Jumaat, 3 Disember 2010

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA!

SURAT AT-TAKAATSUR




1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

2. Sehingga kamu masuk kubur.

3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya Yang buruk semasa hendak mati)!

4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya Yang buruk pada hari kiamat)!

5. Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa Yang kamu akan hadapi) - Dengan pengetahuan Yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara Yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).

6. (ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka Yang marak menjulang.

7. Selepas itu - Demi sesungguhnya! - kamu (Wahai orang-orang Yang derhaka) akan melihatnya Dengan penglihatan Yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

8. Selain dari itu, Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang Segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!




Wahai setiap insan anak Adam, tak kiralah sama ada kamu seorang rakyat biasa, ahli politik, hartawan, jutawan, rupawan, blogger dan apa jua gelaran yang diberikan kepada kamu,.................

INGATLAH.. BAHAWA SETIAP KITA AKAN DIHITUNG DAN AKAN DIBALAS AKAN APA YANG TELAH KITA KERJAKAN.

Tiada ulasan: