Sabtu, 25 Jun 2011

Dr Mahathir: Selidiki Berita Dari Orang Fasik







Saya berterimakasih kepada Amin Tan yang memperingati saya bahawa saya bukan ulama. Justeru itu saya lebih baik tumpu kepada bidang yang saya miliki kebolehan, seperti bidang perubatan dan pentadbiran.
Tiap kali saya sentuh hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam saya menerima peringatan ini. Saya umarak dan bukan ulama. Jangan bercakap berkenaan agama Islam.
Apakah seorang Muslim tidak perlu faham akan ajaran Islam barang sedikit pun? Apakah seorang Muslim dikehendaki mengikut secara buta-tuli apa sahaja yang didakwa oleh orang yang berpelajaran agama walaupun dakwaannya jelas bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang diketahui oleh semua orang Islam?
Jika hari ini ada ajaran sesat, sebabnya ialah kerana pengikut terima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka oleh orang yang mereka anggap sebagai terpelajar dalam agama Islam.
Jika hari ini ada puak Assabiah, sebabnya ialah kerana puak ini menerima dakwaan oleh orang tertentu tanpa soal.
Apabila sesiapa menyoal, bukan hujah dibelakang soalan itu yang diberi perhatian. Yang ditumpukan ialah siapa dianya yang menyoal.
Bahawa hujah dan soalan tetap tepat dan sesungguhnya boleh disahkan melalui rujukan kepada Al-Quran dan Hadith yang sahih, tidak dipedulikan. Yang diutamakan ialah siapa yang berhujah dan menyoal. Jika ia bukan ulama maka ini bermakna ia tetap salah dan perlu ditolak tanpa usual periksa.
Bahawa hujah dan soalan tetap tepat dan sesungguhnya boleh disahkan melalui rujukan kepada Al-Quran dan Hadith yang sahih, tidak dipedulikan. Yang diutamakan ialah siapa yang berhujah dan menyoal. Jika ia bukan ulama maka ini bermakna ia tetap salah dan perlu ditolak tanpa usual periksa.

Sifat inilah yang ada pada puak fanatik kepada kumpulan mereka dan pemimpin mereka. Terdapatnya Assabiah ialah kerana ada orang yang seperti ini. Kerana taksub dengan fahaman puak mereka, akal fikiran yang dianugerah oleh Tuhan kepada manusia diketepikan.
Kerana tidak tahu mengguna akal fikiran kurniaan Tuhan, maka tak dapatlah mereka menghurai dan menjelas kenapa dakwaan dan soalan terhadap pegangan mereka salah. Selalunya jawapan terhad kepada "kamu tidak tahu, kerana kamu bukan layak berhujah". Kamu bukan ulama, kamu umarak.
Saya percaya petikan ayat dari Al-Quran yang saya perturunkan di bawah ini juga akan ditolak kerana saya umarak.
Lagipun ia dalam bahasa Melayu justeru ia akan dikatakan bukan dari Al-Quran.
Ayat ini berbunyi,
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan." Al Hujarat ayat 6.Ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman, tidak khusus bagi orang yang terpelajar dalam agama Islam. Dengan perkataan lain ayat ini ditujukan kepada umarak bersama ulamak.
Yang ditekankan ialah mereka beriman. Tidak sesiapa boleh dakwa hanya ulama sahaja yang beriman.
Ayat ini jelas menyuruh orang yang beriman menyoal berita yang dibawa oleh orang yang fasik akan kebenaran berita itu. Umpamanya apabila orang itu mendakwa mengundi sebuah parti politik akan menjamin syurga bagi orang berkenaan dan lain-lain lagi.
Apabila saya membuat teguran terhadap dakwaan yang tidak berasas apakah ini bermakna saya menentang ajaran Al-Quran. Atau apakah saya patuhi kehendak agama Islam seperti yang ternyata jelas dalam Surah Al Hujarat ayat keenam?
Tun Dr Mahathir Mohamad (chedet.co.cc)

1 ulasan:

  1. salam wa rahmatollah, betul pendapat saudara. Ana bersetuju. Teringat pesan Imam Ali(as): Dengarlah apa yang dikata, bukan siapa yang berkata."

    Wallahualam

    BalasPadam