Sabtu, 11 Jun 2011

EKONOMI BERASASKAN SUMBER : MODEL EKONOMI BARU YANG PERLU NAJIB FIKIRKAN






1.  Ekonomi Berasaskan Sumber telah diasaskan oleh Jacque Fresco. Ia adalah satu sistem di mana semua barangan dan perkhidmatan dapat disediakan tanpa menggunakan wang, kredit, barter atau sebarang sistem pinjaman-hutang atau perhambaan. Semua sumber alam menjadi warisan bersama kepada semua hidupan dan bukannya khas untuk golongan tertentu sahaja. Sistem yang dinyatakan ini adalah berdasarkan kepada hujah bahawa Bumi ini dipenuhi dengan sumber yang banyak; kegiatan kita yang menjarah sumber bumi berdasarkan kaedah kewangan adalah tidak relevan dan membantutkan keupayaan insan untuk terus bertahan hidup.


2. Masyarakat moden memiliki capaian teknologi yang tinggi dan mampu menyediakan sumber makanan, pakaian, perumahaan, perubatan, membangunkan sistem pendidikan dan dapat membangunkan bekalan tenaga yang tidak terhad boleh diperbaharui. Dengan menyediakan reka bentuk ekonomi yang cekap, semua orang dapat menikmati taraf hidup yang tinggi dengan memanfaatkan kemudahan yang ada pada masyarakat yang berteknologi tinggi.



3. Ekonomi berasaskan sumber akan menggunakan sumber yang terdapat di daratan, lautan, peralatan fizikal, perkilangan dan sebagainya untuk meningkatkan taraf kehidupan populasi keseluruhannya. Di dalam ekonomi berasaskan sumber, kita dengan mudah akan dapat menyediakan semua keperluan kehidupan dan menyediakan taraf hidup yang tinggi untuk semua semua orang.


4. Fikirkan mengenai contoh berikut: Pada permulaan Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat mempunyai lebih kurang 600 pesawat pejuang kelas pertama. Dalam masa yang singkat, kini Amerika mampu mengeluarkan lebih 90,000 pesawat dalam tempoh setahun. Persoalan yang timbul pada permulaan Perang Dunia Kedua ialah: Apakah Amerika mempunyai dana yang mencukupi untuk mengeluarkan apa yang diperlukan bagi peperangan? Jawapanya tidak, Amerika tidak mempunyai wang atau emas yang mencukupi tetapi mempunyai sumber alam yang melimpah. Kerana sumber alam yang melimpah inilah Amerika telah dapat mencapai pengeluaran dan kecekapan yang tinggi untuk memenangi perang tersebut. Malangnya, perkara ini hanya dipertimbangkan dan diambil kira semasa perang sahaja.


5. Di dalam ekonomi berasaskan sumber, kesemua sumber bumi dijadikan sebagai warisan bersama untuk semua manusia, seterusnya akan mengurangkan jurang sempadan ciptaan yang memisahkan manusia. Ini adalah penyatuan yang sangat penting.




6. Kita perlu menegaskan bahawa pendekatan pentadbiran global ini tidak mempunyai kaitan atau persamaan dengan matlamat golongan elit dan gergasi korporat yang ingin mewujudkan pemerintah sejagat dimana mereka berperanan sebagai “tuan” dan populasi dunia sebagai “hamba”. Visi globalisasi kita adalah untuk menggerakan setiap dan semua orang di muka bumi supaya menjadi yang terbaik dan bukannya untuk perhambakan hidup kepada badan-badan pentadbiran korporat.



7. Pandangan kita bukan sahaja untuk menambahkan kesejahteraan orang ramai, bahkan orang ramai juga akan memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengambil bahagian pada sebarang bidang yang sesuai dengan kebolehan masing-masing. Ukuran bagi sesuatu kejayaan seseorang itu tidak lagi berdasarkan pemilikan kekayaan, harta dan kuasa melainkan kepada pencapaian ke atas apa yang ingin disumbangkan kepada masyarakat.


8. Pada masa kini, kita mempunyai sumber-sumber material yang mencukupi untuk memberikan taraf hidup yang tinggi kepada semua hidupan bumi. Kebanyakkan masalah seperti jenayah, ketamakan dan keganasan yang berlaku terjadi apabila jumlah populasi itu melebihi daripada kapasiti yang mampu ditampung oleh alam. Dengan mengatasi masalah sumber yang ada, kebanyakan jenayah akan terhapus malah bangunan penjara tidak akan lagi diperlukan.


9. Ekonomi berasaskan sumber memanfaatkan penggunaan teknologi untuk mengatasi masalah kekurangan sumber dengan mengaplikasikan penggunaan sumber tenaga yang diperbaharui, penggunaan sistem automasi dan komputer di dalam pembuatan, membina bandar yang lengkap dengan kecekapan penggunaan tenaga dan sistem pengangkutan yang maju, menyediakan penjagaan kesihatan yang universal dan pendidikan yang lebih relevan, dan yang paling utama ialah mencipta sistem insentif yang baru yang mengambil berat keperluan alam dan manusia.







10.Kebanyakkan orang mempercayai bahawa terlalu banyak teknologi yang wujud pada hari ini dan menjadi punca utama kepada pencemaran alam. Hal ini tidak benar. Hakikat yang sebenar adalah penyalahgunaan teknologi yang perlu diberi perhatian dan dibimbangkan. Penggunaan mesin seharusnya bukan bertujuan untuk membuang manusia daripada pekerjaan. Disamping dapat meningkatkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan, ia seharusnya dapat mengurangkan jumlah jam bekerja dan memanjangkan hari bercuti bagi individu. Jika kita dapat memanfaatkan teknologi baru bagi meningkatkan taraf hidup untuk semua orang, maka penerapan teknologi mesin bukan lagi menjadi satu ancaman. 







11. Ekonomi dunia yang berasaskan sumber akan turut melibatkan keluruhan usaha untuk membangunkan sumber tenaga yang baru, bersih dan boleh diperbaharui seperti geotherma; hidrogen; tenaga solar; fotovoltan; angin; kuasa ombak dan arus malah minyak dari lautan. Dengan itu kita akan mampu untuk memiliki sumber tenaga di dalam jumlah yang tidah terhad yang dapat memacu peradapan untuk ribuan tahun. Ekonomi berasaskan sumber juga perlu komited untuk membentuk semula bandar-bandar dan kota, sistem pengangkutan dan pelan perindustrian bagi membolehkan ia lebih cekap di dalam penggunaan tenaga, bersih dan dengan mudah dapat memenuhi keperluan orang ramai.


12. Apakah sisi lain yang boleh diberikan oleh ekonomi berasaskan sumber? Ia membolehkan penggunaan teknologi yang pintar dan cekap, penjimatan tenaga, mengurangkan sisa buangan dan menyediakan masa yang lebih bagi riadah. Dengan pengunaan inventori berautomasi secara global, kita akan dapat mengekalkan keseimbangan antara pengeluaran dan agihan. Hanya makanan yang berkhasiat dan sihat sahaja yang akan dibekalkan dan hal-hal lain yang usang dan ketinggalan tidak akan diperlukan dan tidak akan wujud di dalam ekonomi berasaskan sumber.





13. Dengan menghapuskan sejumlah kerjaya yang berteraskan sistem kewangan seperti peguam, pekerja bank, agen insurans, pegawai pemasaran, pengiklan, jurujual, broker saham; sejumlah pembaziran bakat manusia akan dapat dihapuskan. Sejumlah sumber tenaga juga dapat dijimatkan dengan menghapuskan duplikasi produk-produk yang bersaing seperti alat-alatan, perkakas makanan, teko, kuali dan pembersih hampagas. Mempunyai pilihan itu memang baik. Akan tetapi adalah lebih baik jika hanya wujud beberapa pengeluar  yang mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dan bertahan lama untuk keperluan populasi berbanding  beratus-ratus kilang berlainan yang memerlukan banyak kertas kerja dan tenaga kerja bagi mengeluarkan barang yang sama yang tidak tahan lama. Satu-satunya perkara yang kurang adalah terhadnya pemikiran kreatif dan bijak di dalam diri kira dan pemimpin yang dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Sumber yang paling berharga dan paling tidak dimanfaatkan pada hari ini adalah kebijaksanaan.






14. Dengan terhapusnya hutang, ketakutan terhadap hilangnya pekerjaan akan sirna. Jaminan ini beserta  dengan pendidikan ilmu tentang bagaimana untuk mencatumkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain dengan cara yang lebih bermakna akan dapat mengurangkan tekanan mental dan fizikal serta akan melepaskan diri kita bebas untuk meneroka dan membangunkan kupayaan diri.


15. Jika idea ini yang cuba menghapuskan sistem wang hanya memberikan kesusahan kepada anda dan menyempitkan otak, cuba fikirkan dan pertimbangkan hal ini: Jika adanya sekumpulan orang yang mempunyai sejumlah emas, intan dan wang terkandas di sebuah pulau yang tidak mempunyai sumber makanan, air dan udara yang bersih, kekayaan yang dimiliki tidak memberi makna kepada kelangsungan hidup mereka. Wang hanya boleh digunakan dengan syarat sumber yang diperlukan adalah terhad dan hanya dengan wang sahajalah sumber yang terhad ini dapat dibataskan pergerakan dan dikawal pemilikannya. Seseorang itu tidak dapat menjual udara yang kita hirup atau air yang mengalir dari pergunungan. Walaupun air dan udara itu berharga, ia tidak dapat dijual kerana ia banyak dan melimpah.




16. Wang hanya menjadi penting dan diperlukan di dalam masyarakat apabila sumber-sumber tertentu  yang diperlukan untuk hidup dicatu dan disekat dan masyarakat perlu menerima keberadaan wang sebagai medium pertukaran ke atas sumber-sumber yang terhad. Wang adalah satu persetujuan dan perjanjian sosial jika anda merelakannya. Ia bukanlah sumber alam semula jadi mahupun salah satu wakil daripadanya. Ia bukanlah sesuatu yang diperlukan bagi kelangsungan hidup melainkan kita yang membenarkan dan merelakan supaya ia diterima sebagai sesuatu yang mesti dan tidak dapat ditolak.  


1 ulasan:

  1. ringtone mp3 THIS SHIT'S GOT TO GO

    http://www.4shared.com/audio/XOCODLBm/this_shits_got_to_go.html

    BalasPadam