Jumaat, 28 Oktober 2011

NABI TERLALU BANYAK MEMBERI KEPADA UMAT DAN HANYA MEMINTA UMATNYA TUNAIKAN SATU PERKARA

Assalamualaikum Warahmatullah

Sesungguhnya kita memang telah diberikan pesanan oleh nabi supaya sentiasa hidup dengan penuh sifat memberi sesuatu yang bermanfaat buat diri orang lain tanpa mengharapkan sebarang timbal balas.

Rasulullah S.A.W (Jangan lupa untuk berselawat ke atas Baginda) sebagai kekasih Allah sudah tentu mempunyai darjat keikhlasan yang paling tinggi. Apabila kita menyatakan bahawa Rasulullah mempunyai keikhlasan yang paling tinggi, apakah Rasulullah memang benar tindak mengharapkan sebarang timbal balas dari umatnya? Perhatikan ayat Al - Quran di bawah.


“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah ke atasnya (tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu), kecuali (yang aku minta hanyalah) kasih sayang pada pertalian keluarga/kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu)”. Al-Syura (42) : 23





Jika kita menganggap bahawa orang yang ikhlas itu tidak mengharapkan sebarang timbal balas ke atas apa yang telah diberikan, jadi apakah Rasullah itu sendiri tidak Ikhlas? SALAH SAMA SEKALI JIKA KITA MENGATAKAN NABI TIDAK IKHLAS!
Jika Rasulullah benar-benar ikhlas dan tidak mengharapkan sesuatu pun selain daripada Allah, mengapa pula ayat di atas diturunkan?
Al-Quran memberitahu kita tentang perlunya ada pertalian yang erat dengan keluarga Nabi SAW dan mencontohi mereka kerana adanya jaminan kesucian dan istiqamah dalam keperibadian mereka. Apa yang dimaksudkan oleh al-Quran dalam perkara ini ialah kita akan mendapat ketenangan jiwa jika kita erat mengasihi ahl al-bayt dan iltizam dengan cara perjalanan mereka dengan mengambil agama dari jalan mereka, kerana jalan merekalah yang aman, yang dijamin ketahanan dan kelurusan mereka. Ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:
النُّجُوْمُ أَمَانٌ لأَهْلِ الأَرْضِ مِنَ الْغَرَقِ وَ أَهْلُ بَيْتِيْ أَمَانٌ لأُمَّتِيْ مِنَ الإِخْتِلاَفِ فَإِذَا خَالَفَتْهَا قَبِيْلَةٌ مِنَ الْعَرَبِ اِخْتَلَفُوْا فَصَارُوْا حِزْبَ إِبْلِيْسَ.
Maksudnya:
“Bintang-bintang mengamankan ahli bumi daripada tenggelam dan ahli keluargaku mengamankan umatku daripada perselisihan. Apabila satu kabilah dari bangsa Arab mengingkarinya (ahl al-bayt), maka akan berpecah-belahlah mereka (kabilah itu), dan jadilah mereka kumpulan Iblis.” (Riwayat al-Hakim: 4715)

Untuk selanjutnya, sila klik sini
dan sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan