Assalamualaikum Warahmatullah
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah
NABI PERNAH BERSABDA :
"BERSEGERALAH KAMU DENGAN SEDEKAH KERANA SESUNGGUHNYA BALA TIDAK AKAN MELANGKAH SEDEKAH"
Kita tidak memerlukan wang kerana wang itu adalah satu kelangkaan buatan manusia. Jika kita terperangkan di sebuah pulau, apakah wang, emas dan perak akan menjadi berguna kepada kita.Tidak berguna sama sekali! Apa yang kita perlukan adalah makanan yang mencukupi dan berkhasiat, tempat berteduh dan pakaian yang selesa.
Hanya satu masalah sahaja yang dihadapi jika kita terperangkan di sebuah pulau. Masalah itu ialah bagaimana kita boleh sediakan keperluan tersebut untuk keperluan semua orang dengan kadar yang cepat dan cekap.
Penyelesaiannya adalah teknologi. Mengapa teknologi?
Kerana teknologi itu adalah alat yang dibentuk melalui pendekatan sains. Apa itu sains?
Sains itu adalah ILMU. Ia adalah ILMU ALAM.
dan ILMU ALAM itu Hendaklah dipandu Dengan ILMU AGAMA
NABI MENGAJARKAN ILMU AGAMA SECARA PERCUMA KERANA IA DATANG DARI ALLAH YANG MAHA KAYA
NAH! JIKA KAMU PERCAYA ILMU AKHIRAT @ AGAMA ITU LEBIH TINGGI DAN MULIA DARIPADA ILMU DUNIA, MAKA ILMU DUNIA ITU JUGA HARUS DIAJARKAN DAN DISEBARKAN DENGAN PERCUMA. APATAH LAGI JIKA ILMU DUNIA ITU MENGGUNAKAN SUMBER ALAM YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SECARA PERCUMA KEPADA MANUSIA! NOKTAH!
TANYALAH KEPADA M.O DAN SRI KANDI MISTISFILES MENGAPA MEREKA MENULIS BLOG? TANYALAH KEPADA DIRI ANDA. MENGAPA ANDA MENULIS BLOG? KERANA ANDA MAHU BERKONGSI DAN MEMBERI BUKAN? ANDA INGIN BERKONGSI DAN MEMBERITAHU KEPADA ORANG LAIN TENTANG APA YANG ANDA TAHU. ANDA INGIN BERSEDEKAH DENGAN APA YANG ANDA TAHU.
MARI SAYA PERKENALKAN KEPADA ANDA SESUATU YANG MEMUNGKINKAN SEGALANYA. SEMUANYA ADALAH PERCUMA!
Maka benarlah seperti yang telah di katakan oleh Saidina Ali, bahawa:"ILMU ITU ADALAH PEMIMPIN DAN AMAL ITU ADALAH PENGIKUTNYA".
Lihat juga kata-kata Saidina Ali mengenai 10 keutamaan ilmu ------> KLIK SINI (ILMU VS HARTA)
Internet telah memberikan impak yang besar
Perhatikan apa yang anda dan kamu serta rakan-rakan yang lain boleh lakukan. Dengan adanya blog maka kita boleh berdakwah dengan lebih mudah dan cepat. Ilmu dan maklumat dapat tersebar dengan cepat.
Dengan adanya internet, kita boleh berkongsi dan memberi sumbangan hampir semua perkara yang kita minati.
inilah yang dipanggil teknologi Open Source @ Sumber terbuka. Open source ini telah berjaya menyediakan ruang untuk orang-orang pakar IT di bidang jurutera perisian membangunkan kod-kod perisian yang disebarkan secara percuma dan boleh diubahsuai ikut kemahuan dan cita rasa oleh orang yang menggunakannya.
Perkara ini telah memberi cabaran kepada syarikat-syarikat besar seperti MIcrosoft dan Apple. Linux telah memberi cabaran kepada Microsoft dalam membangunkan sistem operasi (Windows vs Ubuntu) dan pemprosesan perkataan (Ms Office Vs Open Office). Ini adalah contoh yang paling mudah.
Sebenarnya di Barat mereka berasa hairan bagaimana masyarakat pada hari ini telah berjaya melakukan satu pekerjaan dan bergerak bukan atas prinsip mengharapkan ganjaran wang semata. Mereka seperti berasa kagum seolah-olah teori motivasi mereka berkenaan dorongan yang menggerakan dan menarik manusia untuk bekerja runtuh sama sekalai. Sangkaan mereka bahawa manusia itu bekerja semata-mata berhajat kepada ganjaran adalah tidak benar sama sekali.
Kita lihat contoh wikipedia. Wikipedia telah meyediakan satu ensiklopedia secara percuma kepada warga dunia dalam sekala yang belum pernah dicapai sebelum ini. Dan mereka bergerak atas prinsip DERMA/SEDEKAH daripada orang ramai untuk membiayai kos operasinya. Apa yang mengagumkan, dana sumbangan ini semakin bertambah dari hari ke sehari.
Bahkan dikatakan bahawa internet telah menjadikan institusi-institusi tradisional menjadi lapuk. Dulu jika seorang itu mahu memberikan sumbangan, mereka perlu melalui sebuah organisasi syarikat yang akan mengambil mereka bekerja. Namun hal ini mempunyai beberapa halangan seperti kena lulus temuduga atau syarat-syarat pengambilan yang ketat dan kadang-kala perkauman. Tetapi hal ini tidak terjadi dengan adanya internet. Lihatlah bagaimana wikipedia beroperasi, bagaimana Linux telah berjaya dan lihat juga bagaimana Open Source Ecology yang baru muncul akan memberikan impak yang besar kepada dunia (http://opensourceecology.org/ )
Saya berasakan sedikit masa lagi, semua institusi seperti syarikat perniagaan dan institusi politik akan berhadapan dengan tekanan yang kuat dari masyarakat civil. Ini kerana masyarakat sivil tidak perlu lagi bergantung kepada institusi ini untuk mendapat apa yang mereka perlukan kerana masyarakt menjadi semakin berdikari dengan adanya revolusi internet.
Dan saya melihat bahawa apa yang nabi pernah sabdakan bahawa imam mahdi akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan kekayaan yang melimpah ruah akan terjadi dan insyaAllah, mungkin kita akan sempat melihat ia berlaku di depan mata.
Berkenaan dengan salib-salib yang akan dimusnahkan, saya berpendapat bahawa ia bukannya terjadi kerana peperangan antara orang islam dan kristian dimana orang islam yang menang akan menawan gereja dan menghancurkan salib. Akan tetapi orang kristian itu sendirilah yang menghancurkannya kerana mereka akan memeluk islam secara beramai-beramai dengan aman.
MAKA DENGAN INI SAYA MENYERU KEPADA KAMU SEMUA UMAT ISLAM DILUAR SANA TERUTAMANYA MEREKA-MEREKA YANG ADA KEPAKARAN DALAM ILMU SAINS, AYUH KITA GERAKAN INI UNTUK MENJADIKAN DUNIA YANG LEBIH BAIK.
MARI KITA GERAKKAN PERKARA INI DENGAN BERTERASKAN KONSEP SEDEKAH. KERANA SESUNGGUHNYA NABI PERNAH BERSABDA "BERSEGERALAH KAMU DENGAN SEDEKAH KERANA SESUNGGUHNYA BALA TIDAK AKAN MELANGKAH SEDEKAH"
MARI KITA GERAKKAN PERKARA INI DENGAN BERTERASKAN KONSEP SEDEKAH. KERANA SESUNGGUHNYA NABI PERNAH BERSABDA "BERSEGERALAH KAMU DENGAN SEDEKAH KERANA SESUNGGUHNYA BALA TIDAK AKAN MELANGKAH SEDEKAH"
SOLAWAT!
salam
BalasPadamaku x bace abis ko punye post, tapi aku masuk website open source ecology tu..gempak gile...good share..harap ramai lg org kat Malaysia minat bende2 mcm ni...
Thumb Up
Alhamdulillah..
BalasPadamAbangiz... Saya pun berharap ramai diluar sana yang minat dengan perkara baik seperti ini..
Saya berharap orang-orang yang kreatif seperti Zulkefli yang banyak mereka cipta peralatan dan jentera dapat mencontohi perkara ini...
Pohon saudara/saudari semua sebarkan perkara ini..
Terima kasih.