Isnin, 3 Julai 2017

WASIAT RASULLULLAH ADALAH JAMINAN BAGINDA UMAT TIDAK AKAN TERSESAT

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem wa la Hawla wa la Quwata illa Billah Al-Aliy Al-Azheem, Allahumma salli ala Muhammad wa Aali Muhammad wa sallim tasleema.

Sepanjang sejarah sememangnya telah ramai yang mengaku sebagai Imam Mahdi dan ternyata mereka ini tidak dapat bertahan  sama ada kepalsuan mereka dapat dibongkar atau mereka mati sebelum dapat memulakan gerak kerja berperang melawan musuh-musuh Islam dan Dajjal. Ini adalah kerana ianya adalah janji-janji Allah yang besar yang tidak dapat dituntut oleh sesiapa jua melainkan pemiliknya yang sebenar.

Aku bertanya kepada Abi Abdillah (a.s) tentang orang yang sepatutnya memegang urusan ini iaitu pembuat tuntutan. Apakah bukti bahawa dia adalah orangnya? Imam a.s berkata: Dia akan ditanya akan halal dan haram. Sahabat Imam (a.s) berkata: Imam (a.s) berjalan ke arahku dan berkata: Tiga bahan bukti yang apabila kesemuanya bertepatan, maka akan diketahui bahawa dia adalah empunya urusan (Sohib Al Amr): Dia menjadi orang pertama yang berotoriti selepas orang sebelumnya, dia juga memiliki senjata (ilmu Rasulullah), dan dia juga yang akan bersama dengan wasiat yang nyata.” [Kafi v.1 ms 285]

Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Ketika sakit Nabi saw. bertambah keras sewaktu beliau akan meninggal, banyak orang berada di rumah beliau; di antaranya terdapat 'Umar bin Khaththab. Nabi saw. bersabda, "Kemarilah, aku bacakan kepada kalian suatu wasiat, hendaklah kalian tulis agar kalian tidak sesat sepeninggal ku." Lalu kata 'Umar, "Nampaknya sakit beliau tambah keras. Bukankah kita telah mempunyai Al Quran? Cukuplah bagi kita Kitab Allah itu." Orang-orang yang berada sekitar beliau ketika itu berbeza pendapat, lalu mereka bertengkar. Ada yang mengatakan, "Mendekatlah kepada beliau, supaya dibacakan beliau wasiat yang harus kamu tulis." Dan ada pula yang sependapat dengan 'Umar, sehingga mereka menjadi ribut dekat Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda, "Pergilah kalian dari sini" Kata 'Ubaidillah, Ibnu 'Abbas mengatakan bahawa: kerugian yang amat besar (bagi kaum muslimin), mereka gagal menuliskan pesan terakhir Rasulullah saw. tersebut, kerana mereka bertengkar dan ribut di dekat Nabi saw. yang sedang sakit keras."  - Hadis Sahih Muslim No. 1619 Jilid 3



Dalam riwayat yang lain dari Ibnu Abbas r.a berkata: “Hari Kamis, apakah hari Kamis itu? Sakit Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam semakin keras. Beliau bersabda, ‘Hadirkan (para penulis) kepadaku, saya akan menulis wasiat untuk kalian. Kalian tidak akan tersesat selamanya setelah itu.’ Maka mereka pun berselisih paham, padahal tidak selayaknya berdebat di sisi nabi. Mereka berkata, ‘Bagaimana kondisi beliau, apakah beliau mengigau? Tanyakanlah kepada beliau.’ Maka mereka pun mendatangi untuk menanggapi beliau. Maka beliau shallallahu alaihi wa sallam bersabda, ‘Tinggalkanlah saya, karena situasi saya lebih baik daripada apa yang kalian serukan kepadaku.’ Lalu beliau mewasiatkan tiga pesan. Beliau bersabda, ‘Keluarkanlah orang-orang musyrik dari Jazirah Arab. Berikanlah hadiah kepada para delegasi yang datang seperti yang saya lakukan. ‘Lalu perawi tidak menyebutkan yang ketiga, atau dia berkata, ‘Aku lupa (yang ketiga).”  -- Riwayat Bukhari, Kitab al-Maghaziy, Bab Maradhi an-Nabiy shallallahu alaihi wa sallam, Fathul Bari 132/8, 4431. Dan Muslim, Kitab al-Washiyah, Bab Man Taraka al-Washiyah, 1257/3, 1637.


Jika kita lihat kepada hadis, sememangnya Rasullullah ingin menuliskan wasiat dan memberi jaminan bahawa umat tidak akan tersesat dengannya .. tetapi malangnya ia terhalang dengan kelakuan para sahabat baginda.

namun jika difikirkan semula.... apakah mungkin nabi langsung tidak menulis wasiat...fikirkan semula berkenaan tragedi perbalahan berlaku pada hari khamis

Sekiranya kita merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku sebelum kewafatan Rasulullah SAWA, dan secara khususnya pada hari khamis terakhir yang lebih dikenali dengan “Tragedi Hari Khamis”. Maka kita akan dapati bahawa umat Islam keseluruhannya bersepakat bahawa Rasulullah SAWA hendak meninggalkan wasiat, dan baginda bersabda bawakan kepada aku lembaran tulis dan dakwat untuk kamu catatkan apa yang tidak akan membuatkan kamu sesat selama-lamanya. Namun sekumpulan sahabat membantah dan terbahagi kepada dua kumpulan menyebabkan Rasulullah SAWA murka dan seterusnya bersabda “pergilah kamu dari sisiku”. Terdapat puluhan hadis menyebutkan tentang Tragedi Hari Khamis ini di dalam kitab-kitab Ahlussunnah wa Al Jamaah berbanding kitab-kitab Syiah dan kitab-kitab sejarah lainya.

Jelas bahawa umat Islam bersepakat bahawa Rasulullah SAWA:

1. Ingin meninggalkan wasiat
2. Menggambarkan bahawa tulisan atau wasiat yang bakal dicatatkan adalah jaminan dari kesesatan.
3. Ada kelompok yang membantah dan bertelagah di sisi Rasulullah SAWA.

Terbukti bahawa umat ini berbeza pendapat tentang:

1. Adakah wasiat tersebut telah dituliskan atau tidak (tanpa wujudnya dalil atau teks menunjukkan bahawa tidak wujudnya wasiat)?

2. Atau ianya telah dituliskan tetapi tidak sampai kepada kita?


Dengan kesepakatan seluruh umat Islam bahawa tragedi tersebut telah berlaku pada malam Khamis dan Rasulullah SAWA wafat di waktu Zuhur pada hari Isnin. Sekiranya seseorang yang bertaqwa dan di sisinya tulisan yang dapat menjamin umat daripada kesesatan, manakala di sisi yang lain pula terdapat seseorang yang berpewatakan seperti Umar misalnya yang cuba menghalangnya daripada meninggalkan wasiat tersebut. Maka berselang masa tiga hari buatnya untuk mencatatkan wasiatnya, adakah dia akan meninggalkan perbuatan tersebut? Sudah tentu tidak. Oleh itu, bagaimana pula dengan penghulu orang-orang yang bertaqwa? Bagaimana mungkin kita menuduhnya tidak menuliskan wasiatnya?

“Diwajibkan atas kamu, apabila (tanda-tanda) kematian telah menghampiri salah seorang di antara kamu dan ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu bapak dan karib kerabatnya secara makruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.” (al-Baqarah: 180).

Setelah kita bersetuju bahawa wasiat tersebut dituliskan, maka wajiblah ianya sampai kepada kita. Ini disebabkan sifat Pemurah Allah SWT yang menjadikan Rasulullah SAWA tidak mengucapkan sesuatu daripada hawa nafsunya telah berkata bahawa ianya adalah tulisan yang menjamin dari kesesatan.



Kesimpulannya adalah seperti berikut:

1. Wasiat itu tertulis
2. Sebagai jaminan dari kesesatan
3. Ianya telah disampaikan kepada kita melalui kitab- kitab. Sekiranya kita menyemak kitab-kitab umat Islam di setiap mazhab, kita akan dapati bahawa hanya ada satu wasiat Rasulullah SAWA ketika menghampiri maut iaitu wasiat yang disebutkan di dalamnya khalifah-khalifah selepas daripadanya seramai dua belas orang Imam dan dua belas orang Mahdi, seperti tersebut di dalam kitab Al Ghaibah Al Toosi di muka surat 150.

bersambung pada artikel seterusnya, Insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan