Jumaat, 11 November 2011

SISTEM YANG BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH RASULULLAH - Bahagian Satu


Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, 
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : ``Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. 

Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " 
Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi) 


Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.


Runtuhnya kapitalisme kerana asas idea pembinaan ekonominya yang rapuh. Subjek ekonomi yang diajarkan di Universiti seluruh dunia secara terang dan jelas berarus songsang dengan sunnah Rasulullah S.A.W.


Perhatikan! Subjek ekonomi yang diajarkan diseluruh dunia memegang kepada teori dan prinsip berikut : (sumber daripada wikipedia)

The economic problem is most simply explained by the question "how do we satisfy unlimited wants with limited resources?" The premise of the economic problem model is that human wants are constant and infinite due to constantly changing demands (often closely related to changing (demographics) of the population. However, resources in the world to satisfy human wants are always limited to the amount of natural or [human resources] available. The economic problem, and methods to curb it, revolve around the idea of choice in prioritizing which wants can be fulfilled.. and how do we know what to produce for economy.


While the basic needs of human survival are important in the function of the economy, human wants are the driving force which stimulates demand for goods and services. In order to curb the economic problem, economists must classify the nature and different wants of consumers, as well as prioritize wants and organize production TO SATISFY AS MANY WANTS AS POSSIBLE.


Ringkasan dan terjemahannya adalah begini:

Ahli ekonomi barat sentiasa berfikir bagaimanakah cara untuk kita memenuhi kehendak (baca:Nafsu) yang tidak terbatas dengan sumber yang terhad.
Hujah pertama: Keperluan dan kehendak manusia adalah sentiasa kekal dan tidak terbatas dan tidak pernah puas.  
Hujah kedua: Sumber yang ada untuk memenuhi kehendak manusia di bumi ini adalah terhad dan terbatas.
Persoalan Ekonomi: Yang mana satukah yang perlu dipenuhi dahulu dan diberi keutamaan? Bagaimanakah kita mengetahui tentang apakah yang perlu dihasilkan untuk ekonomi?

Ahli ekonomi barat menyedari bahawa perkara yang perlu dilakukan dan diutamakan adalah untuk menyediakan keperluan asas manusia secukupnya seperti makanan dan minuman, tempat tinggal, kesihatan dan kasih sayang. Tiada apa masalah dengan hal ini kerana ianya memang tuntutan fardhu kifayah.

Tetapi, ahli ekonomi barat belum berpuas hati jika hanya setakat memenuhi keperluan asas manusia sahaja. Kerana pada satu ketika nanti apabila keperluan manusia sudah dipenuhi, maka ekonomi akan menjadi satu keadaan yang stabil dan membosankan.Ada satu lagi perkara yang perlu diselesaikan, MEMENUHI KEHENDAK MANUSIA. Ya! dalam erti kata yang lain ialah MEMENUHI KEHENDAK NAFSU MANUSIA!

Siapakah yang mencadangkan teori ini? Orangnya adalah Adam Smith melalui karyanya pada 1776 dan dikenali sebagai An Inquiry Into Natures and Causes For Wealth For The Nations. Rujuk sini: http://www.indiastudychannel.com/resources/133733-Adam-Smith-his-theory-human-wants.aspx 

Adam Smith dianggap merupakan seorang tokoh akademik yang terlalu asyik dengan pengajian beliau dan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Apa yang agak memeranjatkan mengenai Adam Smith ini ialah beliau dikatakan seorang yang suka bercakap dengan diri sendiri dan semasa di zaman kanak-kanak beliau sering dilihat tersenyum kepada teman ghaibnya. Beliau juga pernah dilaporkan telah berada dalam keadaan tidak sedar dan berjalan dalam keadaan tidur disiang hari sejauh 24 kilometer di sebuah pekan. Sila rujuk pautan di SINI




Gambar Adam Smith di atas Checkered Floor?


Perhatikan hadis ini.


Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, 
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : ``Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. 

Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " 
Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi) 




Dan perhatkan sebahagian daripada teori ekonomi seperti berikut :


human wants are the driving force which stimulates demand for goods and services". 

Dan inilah yang telah disepakati oleh mereka (barat) bahawa kehendak dan nafsu manusia inilah yang menjadi daya pemacu yang menggalakan permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan. Dan dari sinilah orang-orang Eropah memulakan penjajahan mereka. Inilah salah satu punca Portugis menyerang Melaka kerana ingin menguasai perdagangan rempah yang mempunyai permintaan yang tinggi di Eropah.



Minat mereka untuk memenuhi nafsu ini sebenarnya bermula lebih awal. Sistem kewangan yang pada mula berasaskan emas telah digantikan dengan sistem wang kertas bagi memudahkan transaksi jual beli. Pada mulanya wang kertas merupakan token yang boleh ditebus semula kepada emas kerana nilai wang kertas itu merupakan satu sijil yang mewakili sejumlah emas yang disimpan oleh tukang emas (gold smith). Dengan itu, masalah membawa emas yang banyak terdedah kepada risiko rompakan dan tenggelam dilaut dapat di atasi seterusnya mempercepatkan proses jual beli. Tetapi akhirnya si Gold Smith entah macam mana telah mendapat akal memikirkan bagaimana membuat untung dengan hanya mengeluarkan wang kertas sahaja tanpa bersandarkan nilai emas dan menipu orang ramai. Perhatikan video di bawah :



Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.  (al-Baqarah, 275) 



Idea yang dibawa oleh Adam Smith ini merupakan satu faktor yang penting kepada revolusi perindustrian di Eropah. Revolusi industri yang berlaku di Eropah telah mempercepatkan lagi proses memenuhi nafsu manusia ini. Alat dan mesin berteknologi tinggi telah berjaya meningkatkan kadar pengeluaran dan pelbagai barangan dapat dicipta dengan menggunakan teknologi baru. Maka misi memenuhi kehendak dan nafsu manusia telah menjadi semakin hebat dan rakus. 





Dan misi ini masih berterusan sehingga ke saat tulisan ini dihasilkan, malah ia lebih menakjubkan lagi.

Tak percaya? Biar saya buktikan.
Pergi dan lihatlah di pasar raya seperti Tesco, Giant, Carefour & Mydin. Berapa banyak jenis makanan yang tersedia untuk dipilih oleh kita? Apakah kita memerlukan kesemua jenis makanan tersebut?

Lihat pula restoran makanan segera seperti McDonald, KFC A&W, Burger King dan lain-lain. Apakah makanan jenis ini benar-benar diperlukan oleh kita?

Lihatlah apa yang ada di dalam rumah kita. Buatlah senarai dan asingkan mengikut kategori sama ada barang itu keperluan atau kehendak semata-mata.

Dan mungkin ada diantara barang-barang makanan yang anda beli telah sampai kepada tarikh luputnya  dan tidak dimakan kerana terlampau banyak membeli dan menyimpannya terlalu lama.

Lihatlah keadaan semasa di bulan puasa. Pelbagai jenis juadah disediakan di bazar Ramadhan dan saya percaya kebanyakan kita membeli juadah pada waktu itu pasti ada makanan yang dibeli berlebihan dan akhirnya terpaksa dimasukkan ke tong sampah. Dan membazir itu amalan syaitan.


Anda perlukan bukti lagi?


Teknik Pemasaran dan Pengiklanan

Teknik pemasaran dan pengiklanan juga telah berperanan dan menyumbang kepada peningkatan kadar  daya memuaskan nafsu manusia. Cuba tonton video di bawah. Saya  akan berikan komen seterusnya.



Kreatif bukan? Ya, memang iklan ini kreatif. Adalah mustahil untuk menerangkan rasa sedap burger menerusi iklan di TV. Dengan menggunakan tema kasih sayang dalam keluarga dan perdamaian diantara dua orang adik beradik yang sering berebut dan bertelagah atas sesuatu, iklan ini telah berjaya menimbulkan satu persepsi baru kepada penontonnya. Kalau anda ingin berikan kegembiraan kepada anak-anak anda, maka bawalah mereka ke Mcdonalds. Di situ ada jalan penyelesaiannya. Di situ ada kasih sayang. Di situ ada kegembiraan. Lihat. Secara tidak sedar anda telah ditipu. Iklan ini secara tidak sedar telah menipu dan menawarkan kebahagian yang palsu, iaitu : Jika anda ingin anak-anak anda gembira dan keluarga anda bahagia, pergilah berkunjung ke McDonalds. Kamilah yang akan berikan anda kebahagian. AWAS! Dikhuatiri iklan ini boleh membawa kepada syirik. Syirik Moden! Kerana punca kebahagian di dalam keluarga sebenarnya datangnya dari Allah. Bukan dari ibu-bapa, anak-anak apatah lagi McDonalds!

Jom kita tonton lagi iklan McDonalds Versi Jepun

Apa kena mengena gadis seksi dengan burger McDonald? Melihat kepada trend fesyen muda-mudi Jepun yang overdoze memang tidak menghairankan.



Jom kita layan pula video ni. Ada subliminal mesej Mcdonalds pada rancangan Iron Chef Amerika


Perhatikanlah wahai saudaraku! Apakah ini semuanya terjadi secara kebetulan?



Kesimpulan

Kita tidak perlu berasa sangsi dan ragu lagi. Ekonomi hari ini sememangnya 180 darjah bertentangan dengan sunah Rasullulah.

Ekonomi hari ini digerakkan untuk memenuhi keperluan nafsu dan kehendak manusia yang tiada penghujungnya. Nafsu dan kehendak manusia merupakan nadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi. "human wants are the driving force which stimulates demand for goods and services". 

Perhatikanlah! Pelbagai penyakit sosial dan penyakit badan yang timbul hari berpunca daripada apa?

Pernahkan anda terasa bosan dan letih bekerja? Tidak menghairankan jika anda mengatakan YA! Kerana Apa? Kerana kita semua bekerja semata-mata untuk memenuhi nafsu kita sendiri! kita sudah tidak merdeka lagi! Kita menjadi hamba kepada hawa nafsu kita sendiri!

Setiap tahun kita dicanangkan di media mengenai pertumbuhan ekonomi. Kita selalu mendengar laporan oleh bank negara mengenai unjuran peratus pertumbuhan ekonomi sama ada mencapai sasaran atau tidak, menguncup atau berkembang. Kita sering tertanya, bilakah ekonomi akan berhenti berkembang dan berada dalam keadaan tetap? Tidak cukupkah dengan apa yang ada pada hari ini?

Memang benarlah bak kata pepatah orang Melayu : ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta, ikut nafsu lesu!


Cadangan


Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, 
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : ``Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. 

Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " 
Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi) 



Peperangan melawan nafsu merupakan jihad yang lebih besar daripada berperang seperti yang disabdakan oleh nabi

Maka  langkah pertama yang perlu diambil ialah : 

Setiap kita perlulah menahan nafsu dan menahan diri dari berkehendakkan kepada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan. Belilah mengikut keperluan sahaja dan bukannya mengikut kehendak. Duit yang lebih itu berilah sedekah kepada kaum kerabat dan dan fakir miskin. Jangan disimpan di Bank atau amanah saham dan ASB melainkan untuk keperluan bersara sahaja! (Pelik, kenapa tak boleh di simpan di dalam bank?) saya akan terangkan pada masa akan datang nanti. Insya Allah)

Langkah Kedua :

Kita perlu melancarkan perang ideologi ke atas idea-idea barat yang ternyata bertentangan 180 darjah dengan Sunnah Rasulullah. Penelitian secara kritis dan teliti perlu dilakukan ke atas semua subjek dan teori yang dicadangkan oleh barat seperti teori ekonomi yang diajarkan di seluruh universiti di dunia.

“Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. Ali Imran - Ayat 54


 “Perang adalah tipu daya” 
(Shahih Bukhari No. 3030, Shahih Muslim No. 1740).



Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Solawat!

bersambung.... InsyaAllah.

3 ulasan:

  1. salam,

    benar saudara,

    riba' ni adalah pintu masuk dajal...

    saya cukup2 mual melihatkan segalanya yang berkaitan tentang riba'...terutama wang kertas...

    jika diteliti,betapa riba' itu telah menelan habis segala sifat2 mulia...segala...

    cuba cari zaman sekarang berapa ramai peniaga yang bukan berniaga untuk keuntungan sebaliknya sebagai satu muamalah???

    hampir tiada...betapa kegilaan mereka telah menghuru harakan dunia...membuat manusia jadi seperti robot...hidup untuk duit...

    dan sifat gilakan duit ni bukan setakat penyakit kritikal,tapi ia juga penyakit berjangkit!

    itulah bahayanya...

    sampaikan timbul kepercayaan bahawa tiada duit zaman sekarang,boleh mati dibuatnya!

    saya betul2 sedih mengenangkan semua ni...

    rasa mual melihat segala kepura-puraan yang bermula daripada riba'...

    benar2 semuanya menguji kesabaran...hmm...

    teruskan dengan kajian saudara,syabas dari saya...

    ...insyaAllah nanti saya juga akan bentangkan tentang

    riba' sebagai penghapus ikhlas...

    BalasPadam
  2. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

    Pada hemat saya, masalah hari ini berpunca daripada nafsu dan perbuatan manusia yang tidak dipandu dengan Ilmu agama.

    Dan kerana nafsu ini menyebabkan manusia mengamalkan riba.

    Sebenarnya masalah riba tidak dapat diselesaikan dengan hanya menggunakan emas dan perak. Dengan menggunakan emas dan perak sekali pun riba masih boleh berlaku. Buktinya adalah seperti yang terdapat dalam kitab Al Muwaatta seperti berikut :

    Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said berkata,

    ” Rasullulah s.a.w , mengarahkan dua Saad untuk menjual becana/bekas yang diperbuat dari salah satu emas atau perak daripada harta rampasan. Mereka sama ada menjual masing-masing tiga unit-unit berat untuk empat unit berat duit syiling atau masing-masing empat unit-unit berat untuk tiga unit berat duit syiling. Rasullulah s.a.w, berkata kepada mereka, ‘Kamu telah mengambil riba , jadi kembalikan ia.’ “

    Penukaran ini melibatkan berat yang tidak sama. Antara becana atau bekas yang diperbuat dengan emas dan perak. Menjualnya dengan tidak setimpal dari segi berat syiling dinar dan dirham adalah riba.

    Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Humayd ibn Qays al-Makki yang Mujahid berkata,

    “Saya berada bersama Abdullah ibn Umar, dan seorang tukang datang kepadanya dan berkata, ‘Abu Abd ar-Rahman – Saya membentuk emas perhiasan dan kemudian menjual lebih daripada beratnya. Saya mengambil satu jumlah bersamaan kerja tangan saya.’ Abdullah melarang dia melakukan yang demikian , jadi tukang itu mengulangi soalan kepadanya, dan Abdullah terus melarangnya sehingga dia datang ke pintu masjid atau kepada binatang tunggangannya . Kemudian Abdullah ibn Umar berkata, ‘Satu dinar untuk satu dinar, dan satu dirham untuk satu dirham. Tidak boleh menambah antara mereka. Ini merupakan perintah dari Nabi kita untuk kami dan nasihat kami untuk anda.’ “

    Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar dari datuknya, Malik ibn Abi Amir yang Uthman ibn Affan menyatakan,

    ” Rasullulah s.a.w berkata kepada saya, ‘ Jangan kamu jual satu dinar untuk dua dinar atau satu dirham untuk dua dirham ” .

    Komen:

    Perhatikan. Upah dalam kerja membentuk emas dan perak juga boleh dianggap riba! Hari ini jika anda beli emas di kedai emas, secara terang-terang ada upah emas disitu.

    Masalah manusia hari ini adalah masalah nafsu. Tamak, ingin menjadi kaya, cinta dunia dan takut mati. Dan riba itu berpunca daripada nafsu yang tidak dididik dan kurangnya ilmu.

    Tujuan muamalah yang sebenar adalah untuk memenuhi keperluan manusia dan bukannya memenuhi kehendak@nafsu seperti yang diusulkan oleh Adam. Smith.

    Dan nafsu manusia itu hanya berfungsi untuk kehidupan di Dunia sahaja. JIka nafsu itu tidak dipandu dengan sebaiknya, maka kelak celakalah di akhirat nanti. Tidak bergunalah istilah ekonomi di akhirat kerana semua nikmatnya amat luas dan melimpah ruah.

    Sebab itulah yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin bertambah miskin. Kerana yang kaya hanya memikirkan bagaimana boleh menambahkan kekayaan dengan memenuhi kehendak manusia lain yang tidak pernah puas. Dan kebanyakan mereka yang tidak puas adalah mereka yang kaya juga. Inilah Cinta Dunia dan Takut Mati.

    Maka yang miskin terus terabai.

    Wallahualam

    BalasPadam
  3. Salam,

    Berhijrahlah dari
    1. sistem kewangan fractional banking kuffar yang berasaskan matawang fiat riba yang bernilai hanya tisu tandas dan beralih kepada emas/perak
    2. sistem perundangan sekular kuffar yang tidak berasaskan kepada tauhid/ehsan/rahmatNya dan beralih kepada dalil-dalil kitabNya dan sunnah kekasihNya
    3. sistem pemerintahan demokrasi kuffar yang sangat bersangkutan dengan dua elemen kuffar di atas yang seterusnya bersangkutan dengan bank dunia dan pertubuhan bangsa bersatu sebagai khalifah ciptaan/toghut/dajjal beralih kepada Khalifah pilihanNya.

    Anony 3.28am

    BalasPadam