Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah
Saya ingin mencadangkan sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh pihak tuan dan mungkin ini boleh memberi manfaat bagi kaum muslimin.
Yang pertama. Saya ingin mencadangkan agar semua surau dan masjid Persekutuan dibuat satu direktori khas di laman web lengkap dengan gambar dan peta lokasi (google map) bagi kegunaan orang awam yang mungkin memerlukannya sebagai panduan merancang perjalanan. Itu pun jika perkara ini tidak membebankan pihak tuan.
Yang kedua. Setiap masjid dipaparkan no akaun bank bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan & derma secara perbankan atas talian. Perkara ini perlu kerana ia boleh membantu melaksana sunnah nabi dan ajaran agama seperti sedekah secara sembunyi. Seperti yang kita tahu bahawa fadhilat sedekah itu sungguh besar kerana nabi pernah bersabda "Bersegeralah kamu dengan sedekah kerana bala tidak akan melangkah sedekah" dan hadis yang berbunyi "ubatlah penyakitmu dengan bersedekah"
Yang ketiga. Mungkin pihak JAWI boleh membuat satu rakaman video khutbah Jumaat lalu dimuatnaik kedalam youtube untuk tontonan orang ramai. Kaum muslimah juga boleh mendapat manfaat daripada khutbah ini. Satu rakaman daripada sebuah masjid sahaja sudah mencukupi. Sebagai contoh, boleh ambil video khutbah daripada masjid Putra, Putrajaya. Atau rakaman video tu boleh diambil secara bergilir-gilir daripada setiap masjid persekutuan pada setiap minggu lalu dimuat naik ke Youtube misalnya.
Jika maklumat ini disertakan di laman web JAWI atau JAKIM misalnya, insya Allah, blogger kecil seperti saya dan ramai lagi blogger yang lain akan membantu pihak JAWI mempromosikan perkara ini secara maya dan percuma. Dan jika perkara ini berjaya, maka mungkin perkara ini boleh dilaksanakan diperingkat negeri dengan kerjasama JAKIM dan Jabatan Agama setiap negeri.
Perkara-perkara baik seperti ini perlu kita gerakan secara percuma yang mungkin kerana didapati agenda untuk menyebarluaskan maksiat dan kemungkaran semakin menjadi-jadi dan diberikan secara percuma kepada masyarakat melalui radio, TV dan internet. Adalah dikhuatiri jika perkara-perkara kebaikan seperti ini tidak dibuat dengan percuma malah dikenakan kos, maka apakah orang-orang ramai akan tertarik kepada kebaikan yang dikenakan bayaran berbanding maksiat dan kejahatan yang disebarkan secara percuma?
Jika radio IKIM dan TV Al-Hijrah telah mampu dan berjaya dilaksanakan pada hari ini, maka saya yakin perkara yang kecil ini juga boleh dilaksanakan oleh pihak JAWI dengan bantuan JAKIM dan kerjasama kerajaan negeri serta blogger-blogger kecil seperti saya. Insya Allah. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan Allah.
Sekadar satu cadangan Ikhlas dari saya :
Solawat.
salam saudara,bagus cadangannya...
BalasPadammudah2an adala orang2 besar jawi dok baca benda ni pastu amik tindakan...
cuba try letak kat fb...fb besar rangkaiannya...
Terima kasih atas cadangan. Sebenarnya perkara ini telah pun saya emelkan kepada Jawi.
BalasPadamNanti saya semak FB Jawi atau Jakim kalau ada.
Terima kasih sekali lagi atas idea tersebut.
salam,saudara tahu tentang resonans tak?boleh terangkan pada saya?
BalasPadamsaya da baca banyak kali,tapi tak puas hati dgn apa yang dibaca...rasa something missing...
kalau saudara tahu,mohon berkongsi dgn saya melalui email kami...
(nursyahadah9111@gmail.com)
-Annur-
BalasPadamSaya tidak tahu hukum Resonans kecuali sedikit. Kalau tak silap macam Law of Attraction.
BalasPadamPada saya kalau nak dapatkan satu tarikan dan perhatian daripada Allah,
ikutilah jalan yang ditempuh oleh Rasullulah.