Khamis, 30 Julai 2020

HAKIKAT SA'I DAN MAKNA PENYEMBELIHAN ISMAIL AS YANG DITEBUS DENGAN KORBAN AGUNG

HAKIKAT SA'I DAN MAKNA PENYEMBELIHAN ISMAIL AS YANG DITEBUS DENGAN KORBAN AGUNG...

Salam ke atas Hussein, ahlulbait Hussein, kaum keluarga Hussein dan sahabat-sahabat Hussein. Jika tidak kerana mereka, maka tiada lagi penyeru yang tinggal bagi menyeru kepada Hakimiyyah Allah di bumiNya dan bumi ini tidak pernah kosong walau seketika daripadanya (penyeru yang menyeru kepada Hakimiyyah Allah).

Pada malam kesepuluh pada bulan Muharam, Sayyid Ahmad Al Hassan as telah menyebutkan tentang datuknya yang syahid, dibunuh kehausan dan disembelih, yang tidak pernah luput dari ingatannya walau sehari, lalu berkata:

Pada malam ini, aku memberitahu kamu tentang Imam Hussein as sebagai kebaikan buat kamu:

Lihatlah kepada Hajar ketikamana dia meletakkan anaknya Ismail di bumi, setelah mendapati dirinya tidak mampu lagi menanggung anaknya daripada mati kehausan di kedua belah tangannya. Seterusnya melakukan sa'i di antara Safa dan Marwah.

Adakah perlakuannya ini adalah perlakuan seorang ibu yang tidak keruan dan seolah-olah tidak berakal sebagaimana yang mereka katakan?

Atau adakah perlakuan Hajar ini menjadi sebab terbitnya air di sisi Ismail?

Sekiranya sa'i di antara Safa dan Marwah itu menyebabkan terbitnya air, jadi, mengapa perlakuan sa'i Hajar di antara dua bukit menjadi sebab menerbitkan air dengan qudrat Allah dan sekaligus menyelamatkan anaknya?

Pada hakikatnya, dua bukit ini sepertimana yang telah aku jelaskan sebelum ini (Kitab Al Mutasyabihat, jilid 4, soalan 156) mewakili Fatimah dan Ali alaihimassalam, sa'i di antara keduanya bermaksud tawassul dengan kedua-dua mereka, zuriat kedua-dua mereka atau perolehan daripada kedua-dua mereka.

Sa'i yang dilakukan oleh Hajar menjadi sebab kurniaan Allah ke atasnya, dan Ismail ditebus dengan Hussein as.

Lihatlah, ini adalah tebusan yang pertama: tebusan daripada kehausan. Di mana Ismail as akan mati kehausan, tetapi ditebus dengan Hussein as anak Ali dan Fatimah alaihimassalam, atau Safa dan Marwah yang Hajar lakukan sa'i di antara keduanya dan bertawassul dengan kedua mereka.

Tebusan kedua: tebusan daripada penyembelihan dan kamu sedia maklum tentangnya. Di mana Ismail juga ditebus dengan Hussein as dan Allah menyebutkannya di dalam al-Quran: "Dan Kami tebus anaknya itu dengan korban yang agung." (As Saaffat: 107)

Dia (Ismail as) ditebus daripada kehausan serta penyembelihan, dan disebabkan ini Hussein as mati kehausan dan disembelih.

Tidak ada sesuatu yang sia-sia di dalam agama Allah atau di dalam kehidupan para anbiya alahimussalam sepertimana yang digambarkan oleh orang yang jahil akan hakikat bahawa pada pemikiran mereka Hajar telah bersa'i di antara Safa dan Marwah disebabkan anaknya yang kehausan dan diambang maut, tanpa menjadikan sa'i ini mempunyai apa-apa makna?!!

Oleh itu, barangsiapa yang pergi haji dalam keadaan tidak memahami hakikat-hakikat ini dan apa yang dia perbuat, maka Allah menyifatkan hajinya adalah sepertimana tepukan dan siulan iaitu bersiul-siul (muka'an) dan bertepuk tangan (at tashdiah) sepenuhnya : "Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu." (Al Anfaal: 35)

Sesungguhnya amalan yang kamu lakukannya dalam keadaan kamu tidak memahami maknanya dan tidak mengetahui sesuatu apa pun daripadanya, maka ianya tidak bernilai: "Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]." (Al-Furqan: 44)

Demi Tuhan kamu, apakah beza binatang yang berlari-lari di antara kedua bukit itu dan orang yang tidak memahami sesuatu apa pun yang berlari-lari antara Safa dan Marwah itu?

Perkara ini bukan hanya berlari-lari anak, berlari laju atau bersa'i manusia di antara dua bukit, tetapi wajib memahami apa yang dia lakukan dan kenapa ia dilakukan?

Pemergian ke kaabah, sa'i antara Safa dan Marwah....sehingga ke akhirnya daripada perbuatan-perbuatan haji, kesemuanya adalah berhubungkait dengan Ali, Hussein dan Keluarga Muhammad alaihimussalam.

Kitab Ma'al Abduls Soleh, jilid 2, ms 7-8.

Sabtu, 13 April 2019

GEMPAR RAHSIA AKHIR ZAMAN - PEMUDA YANG MENGGANTIKAN NABI ISA

Assalamualaikum warahmatullah

1. Sudah lama rasanya tidak aktif blog. Ini kerana sibuk mengkaji seruan Khalifah Allah Akhir Zaman (Al Mahdi - Syed Ahmad Al Hassan). Tiada keraguan dan telah pasti kedatangan Khalifah Allah Al Mahdi yang lahir di akhir zaman. Namanya Ahmad. Inilah yang saya yakini. Pasti.

2. Bagaimana saya boleh mempercayai  hal ini? Saya mempercayai berdasarkan tiga point penting ibrah yang dipelajari dari Al Quran, kisah ketika mana Allah melantik KhalifahNya Nabi Adam iaitu : (1) berdasarkan nas lantikan serta wasiat (2) ilmu yang dimiliki dan (3) Seruan tuntutan ketuanan Allah iaitu dengan mengikuti perintah dan larangan yang dikhabarkan oleh Khalifah Allah. Silalah periksa semula point penting peraturan bagaimana cara mengenal Khalifah Lantikan Allah di setiap zaman

https://fenomenazaman.blogspot.com/2014/09/peraturan-ilahi-dalam-mengenali-hujjah.html


3. Penulisan kali ini bertujuan untuk memaparkan bukti-bukti ilmu yang dimilik Oleh Syed Ahmad Al Hassan sebagai Khalifah Allah Al Mahdi. Khalifah Allah disetiap zaman pasti dikurniakan oleh Allah ilmu yang tidak diberikan kepada mana-mana manusia yang lain sebagai bukti keistimewaan bahawa dialah Hujjah Allah ke atas manusia lain. Maka begitu juga Syed Ahmad Al Hassan.

4. Sejak sekian lama, misteri figur manusia yang disalib menggantikan tempat nabi Isa menjadi tanda tanya dan persoalan. Bahkan Al Quran sendiri menyatakan bahawa manusia itu sendiri berada dalam keraguan tentang orang yang disalib.

Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.” (An-Nisa’: 157-158) 

5. Kini misteri tersebut telah terjawab dan dirungkai oleh Syed Ahmad Al Hassan, sekali gus membuktikan dialah Al Mahdi yang dinantikan, dikurniakan ilmu oleh Allah kepadanya lalu menjadikan ia sebagai bukti dan hujjah ke atas manusia. 

6. Untuk mengetahui lebih lanjut, Silalah ikuti link-link Video perbahasan yang disertakan di bawah ini.



#Bab 1: Gospel Judah Membuktikan Jesus Tidak Disalib
                         


#Bab 2: Figur Yang Mengganti Jesus Disalib Itu Adalah Al-Mahdi?






#Bab 3: Quran Menunjukkan Jesus Tidak Disalib, Hanya Khalifah Allah Tahu Siapa Menggantikan Jesus



#Bab 4: Enam Point Dari Gospel Yang Menunjukkan Jesus Tidak Disalib



#Bab 5: Judah Bukan Judas Iscariot





#Bab 6 : Riwayat Dan Hadis Menunjukkan Bukan Judas Yang Disalib



#Bab 7 : Kesimpulan Perbahasan Penyaliban Jesus Dan Identiti Orang Yang Menggantikan Beliau




Muat turun Buku Pengikut Ke-13

Edisi Bahasa Melayu (dalam proses edit)



Jumaat, 18 Januari 2019

ALAM, ALAMAT, AYAT, ILMU, HUDA DAN IMAM MAHDI



ALAM, ALAMAT, AYAT, ILMU, HUDA DAN IMAM MAHDI  

Salam Jumaat.

1. Tulisan ini adalah tulisan santai yang sedikit berat berkaitan Imam Mahdi dengan menggunakan makna perkataan-perkataan arab-melayu sebagai inti.

2. Perkataan Alam, Alamat, Ayat dan Ilmu berasal dari perkataan arab yang mempunyai erti yang saling berkait antara satu sama lain mengenai pengetahuan dan kefahaman ilmu. Harus diingat bahawa setiap Khalifah Allah daripada Para Nabi dan Rasul hingga Imam Mahdi diutuskan Allah berbekalkan Ilmu dariNya.

3. Perkataan Huda dan Mahdi pula saling terkait merujuk kepada erti ‘petunjuk’ dan ‘yang mendapat petunjuk’. Sudah pasti orang yang mendapat petunjuk adalah orang yang berilmu.

4. Alam = semua benda yang ada di alam ini sama ada yang boleh dilihat dan di rasai secara fizikal mahupun alam ghaib yang lebih tinggi seperti alam roh dan Alam Akhirat

5. Alamat = ia adalah tanda yang menunjuk kepada kedudukan sesuatu atau sesuatu peristiwa

6. Ayat = ia adalah tanda yang bergabung dan terangkum  dalam susunan tertentu  lalu menjadi sesuatu yang diketahui dan boleh difahami lalu menjadikan seseorang yang memerhati itu menjadi tahu tentang tanda-tanda yang ditunjukkan kepadanya  

7. Ilmu = merupakan pengetahuan yang dapat memberi erti dan makna kepada yang memerhati atau yang mempelajari. Apabila dikatakan seseorang itu berilmu, maka juga bermakna seseorang itu telah mengalami proses “ketibaan diri kepada makna dan ketibaan makna kepada diri’

8. Huda = Perkataan yang arab yang bererti petunjuk

9. Mahdi = perkataan arab yang berasal dari akar kata Huda yang bererti seorang yang mendapat petunjuk. 

10. Imam Mahdi adalah seorang lelaki dari keturunan Rasulullah yang mendapat petunjuk yang lahir di akhir zaman sebagai penyelamat manusia. Ada banyak Hadis berkaitan imam Mahd yang boleh kita semak dan bicarakan dalam tulisan lain. Namun cukuplah hadis berikut untuk kita bicarakan tentang Imam Mahdi buat permulaan ini.

11. Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a. dalam sebuah hadis bahwa, Nabi Muhammad SAW bersabda : “Seandainya tidak tersisa dari dunia kecuali satu hari, maka Allah akan memanjangkan hari itu sampai Dia mengutus seorang lelaki dariku atau dari baitku yang namanya menyerupai namaku dan nama ayahnya menyerupai nama ayahku, ia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi kezaliman dan kecurangan.” (HR.Abu Dawud dan Ath-Thabrani)

12. Berdasarkan hadis di atas, Allah menyatakan bahawa Dia akan memanjangkan usia dunia (alam ini) demi memberi kesempatan kepada seorang lelaki dari keturunan Rasulullah menyebarkan keadilan. Wah, begitu penting sekali perkara imam Mahdi ini sehingga kiamat dilambatkan bagi memberi laluan kepada Imam Mahdi.

13. Jika Allah memberikan masa tambahan supaya terjadinya urusan Imam Mahdi, maka mengapa tidak kita meluangkan sedikit masa mengkaji tentang imam  Mahdi? 

14. Ramai yang membicarakan serta mem’viral’kan tentang kejadian alam di akhir zaman seperti padang pasir arab bertukar hijau, bencana alam, perang, LGBT, dan wabak penyakit sebagai tanda hampir kiamat. Namun sayangnya sedikit yang memberikan perhatian tentang kedatangan Imam Mahdi sedangkan Imam Mahdi itu adalah manusia yang diciptakan tuhan yang menjadi tanda penting akhir zaman.

15. Mengapa perlu mengimani kejadian akhir zaman? Kerana kejadian akhir zaman banyak dikhabarkan oleh nabi melalui hadis dan juga dikhabarkan melalui kitab-kitab terdahulu. Bahkan agama hindu dan budha juga ada menyentuh tentang fenomena akhir zaman. Kerana kejadian akhir zaman adalah fasa peralihan dan sebagian daripada hari kiamat.

16. Kita tentu sahaja boleh membicarakan tentang kejadian dan perisitiwa yang berlaku pada alam semula jadi sebagai tanda akhir zaman namun itu tidak mencukupi seandainya  tidak diberikan perhatian kepada Imam Mahdi sebagai tanda paling penting. Semua tanda-tanda ini perlu diperhatikan secara bersekali namun masing-masing perlulah diletakkan pada tempatnya mengikut keutamaan dengan menjadikan Imam Mahdi sebagai fokus utama manakala kejadian yang lain sebagai tanda-tanda sokongon dalam kita mengimani kejadian akhir zaman. 

17. Mengapa Imam Mahdi? Kerana Imam Mahdi adalah tanda dan bahasa alam dari jenis manusia yang lebih dekat dan mudah untuk difahami oleh kita sebagai tanda atau ayat Allah berbanding bahasa alam yang ada pada haiwan, tumbuhan, bumi, planet-planet, bintang-bintang dan matahari. Kerana Imam Mahdi menyampaikan mesej petunjuk dan dakwah  seperti yang telah dilakukan oleh Khalifah Allah terdahulu dari kalangan para nabi, rasul dan wasi untuk meninggikan kalimah tauhid. Maka sudah pasti Imam Mahdi akan berbicara, berhujjah dan menyusun ayat perkataan dalam bentuk tulisan dan percakapan yang dapat difahami untuk membimbing manusia lain sesuai dengan zamannya.

18. Jangan jadi seperti orang Yahudi terdahulu yang mengetahui dan meyakini banyak tanda-tanda tentang kedatangan Utusan Khalifah Allah nabi terdahulu. Namun apabila didatangkan seruan dengan hujjah percakapan dan tulisan, lalu mereka menolak dan mendustakannya dan meminta-minta mukjizat. Dan yang terkedapan dalam menentang utusan Allah adalah dari golongan pembesar dan ulama-ulama yang mengetahui isi kitab.

19. Ya, saya tahu ada yang meragui kedatangan Imam Mahdi kerana telah banyak Imam Mahdi palsu yang mendakwa dirinya. Namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mempercayai kedatangan imam Mahdi kerana peraturan mengenal setiap Khalifah Utusan Allah telah Allah tetapkan di hari pertama Nabi Adam diciptakan. Saya akan diskusi perkara ini di lain masa, In Sha Allah.

20. Soalnya apakah kita sudah bersedia untuk mendengar, mengkaji dan meniliti hujjah tentang kedatangan Khalifah Allah Al Mahdi? Semoga kita semua diberi petunjuk olehNya

Jumaat, 18 Januari 2019

Selasa, 8 Mei 2018

Ketuanan Allah Bhg. 4: Pelindung Umat Dari Kesesatan.

Ketuanan Allah Bhg. 4: Pelindung Umat Dari Kesesatan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً


Di dalam artikel yang lepas, telah terbukti bahawa Nabi s.a.w.a telah menulis wasiatnya sebelum baginda wafat, dan item yang menjadi isu kepada penulisan wasiat tersebut adalah demi melindungi umat baginda s.a.w.a dari kesesatan.

Bagi mendokong wasiat baginda s.a.w.a di malam kewafatannya, insyaAllah, kami akan sertakan bersama hujah-hujah penguat tentang perkara yang melindungi umat Islam dari kesesatan.

Hadis Tsaqalain

Hadis ini merupakan hujah yang lumrah bagi kalangan Syiah dalam mendokong kepimpinan Ahlulbait a.s. Namun banyak juga takwilannya di sisi non-Syiah. Ini berlaku apabila mereka menanggapi sesuatu hadis itu secara individual, dan bukan secara menyeluruh.

Namun apabila sudah diketegahkan bahawa hak kepimpinan adalah milik Allah, dan setiap zaman ada hujjah utusanNya, malahan Nabi s.a.w.a sendiri telah menyatakan wasiat yang akan melindungi umatnya dari kesesatan, maka tiada dalih lagi bagi mereka melainkan menerima makna hadis bahawa Ahlulbait a.s adalah rujukan, pemimpin bagi umat setelah pemergian baginda.

Disebabkan hadis ini sudah begitu umum, maka cukuplah sekadarnya kami memberi contoh beberapa sahaja.

Al Hakim meriwayatkan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Ishaq dan Da’laj bin Ahmad Al Sijzi yang keduanya mendengar dari Muhammad bin Ayub yang mendengar dari Azraq bin Ali yang mendengar dari Hasan bin Ibrahim Al Kirmani yang mendengar dari Muhammad bin Salamah bin Kuhail dari Ayahnya dari Abu Tufail dari Ibnu Wathilah yang mendengar dari Zaid bin Arqam ra yang berkata 

“Rasulullah SAW berhenti di suatu tempat di antara Mekkah dan Madinah di dekat pohon-pohon yang teduh dan orang-orang membersihkan tanah di bawah pohon-pohon tersebut. Kemudian Rasulullah SAW mendirikan shalat, setelah itu Beliau SAW berbicara kepada orang-orang. Beliau memuji dan mengagungkan Allah SWT, memberikan nasehat dan mengingatkan kami. Kemudian Beliau SAW berkata” Wahai manusia, Aku tinggalkan kepadamu dua hal atau perkara, yang apabila kamu mengikuti dan berpegang teguh pada keduanya maka kamu tidak akan tersesat yaitu Kitab Allah (Al Quranul Karim) dan Ahlul BaitKu, ItrahKu. Kemudian Beliau SAW berkata tiga kali “Bukankah Aku ini lebih berhak terhadap kaum muslimin dibanding diri mereka sendiri.. Orang-orang menjawab “Ya”. Kemudian Rasulullah SAW berkata” Barangsiapa yang menganggap aku sebagai maulanya, maka Ali adalah juga maulanya."
Rujukan: Mustadrak As Sahihain, Juzuk 3, Halaman 110

Di dalam hadis ini disebutkan berpegang kepada Al Quran dan Itrat Ahlulbait a.s akan melindungi kita dari kesesatan. Di tempat lain, Rasulullah s.a.w.a menyebutkan hadis ini dengan matan bahawasanya, kedua perkara ini tidak akan terpisah dan sentiasa bersama.

Al Hakim meriwayatkan telah menceritakan kepada kami Abu Husain Muhammad bin Ahmad bin Tamim Al Hanzali di Baghdad yang mendengar dari Abu Qallabah Abdul Malik bin Muhammad Ar Raqqasyi yang mendengar dari Yahya bin Hammad; juga telah menceritakan kepada kami Abu Bakar Muhammad bin Balawaih dan Abu Bakar Ahmad bin Ja’far Al Bazzaz, yang keduanya mendengar dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal yang mendengar dari ayahnya yang mendengar dari Yahya bin Hammad; dan juga telah menceritakan kepada kami Faqih dari Bukhara Abu Nasr Ahmad bin Suhayl yang mendengar dari Hafiz Baghdad Shalih bin Muhammad yang mendengar dari Khallaf bin Salim Al Makhrami yang mendengar dari Yahya bin Hammad yang mendengar dari Abu Awanah dari Sulaiman Al A’masy yang berkata telah mendengar dari Habib bin Abi Tsabit dari Abu Tufail dari Zaid bin Arqam ra yang berkata

“Rasulullah SAW ketika dalam perjalanan kembali dari haji wada berhenti di Ghadir Khum dan memerintahkan untuk membersihkan tanah di bawah pohon-pohon. Kemudian Beliau SAW bersabda” Ku rasa seakan-akan aku segera akan dipanggil (Allah), dan segera pula memenuhi panggilan itu, Maka sesungguhnya aku meninggalkan kepadamu Ats Tsaqalain(dua peninggalan yang berat). Yang satu lebih besar (lebih agung) dari yang kedua : Yaitu kitab Allah dan Itrahku. Jagalah Baik-baik dan berhati-hatilah dalam perlakuanmu tehadap kedua peninggalanKu itu, sebab Keduanya takkan berpisah sehingga berkumpul kembali denganKu di Al Haudh. Kemudian Beliau SAW berkata lagi: “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla adalah maulaku, dan aku adalah maula setiap Mu’min. Lalu Beliau SAW mengangkat tangan Ali Bin Abi Thalib sambil bersabda : Barangsiapa yang menganggap aku sebagai maulanya, maka dia ini (Ali bin Abi Thalib) adalah juga maula baginya. Ya Allah, cintailah siapa yang mencintainya, dan musuhilah siapa yang memusuhinya“

Rujukan: Mustadrak As Sahihain, Juzuk 3, Halaman 109

Maka setakat ini, kita dapat mengambil beberapa point penting dari hadis Tsaqalain berdasarkan kata-kata Nabi s.a.w.a.

  1. Nabi meninggalkan kepada kita dua peninggalan yang berat, iaitu Al Quran dan Itrat Ahlulbait a.s
  2. Nabi menyebutkan keduanya tidak akan terpisah antara satu sama lain, yakni mereka wujud dalam kesatuan.
  3. Nabi juga menyebutkan bahawa kita tidak akan tersesat selagi berpegang kepada keduanya.
Ketiga point ini sepatutnya sudah menidakkan berbagai takwilan yang dipaksakan oleh pihak penentang. InsyaAllah, jika perlu, kami akan bahaskan di artikel lain.

Hadis Dua Khalifah

Bagi menguatkan lagi hadis Tsaqalain, Nabi s.a.w.a juga memberi Tsaqalain dengan terma Khalifatain, yakni bermaksud, dua Khalifah, sekaligus sepatutnya menutup terus percubaan menakwil riwayat ini.

Dari Zaid bin Tsabit RA yang berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Aku telah meninggalkan di tengah-tengah kalian dua Khalifah yaitu Kitab Allah yang merupakan Tali yang terbentang antara bumi dan langit, serta KeturunanKu Ahlul BaitKu. Keduanya tidak akan berpisah sampai menemuiKu di Telaga Surga Al Haudh. 

Rujukan: Hadis Ini diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Musnad Ahmad jilid 5 hal 182, Syaikh Syuaib Al Arnauth dalam Takhrij Musnad Ahmad menyatakan bahwa hadis ini shahih. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ath Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir jilid 5 hal 154, Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawaid jilid 1 hal 170 berkata “para perawi hadis ini tsiqah”. Hadis ini juga disebutkan oleh As Suyuthi dalam Jami’ Ash Shaghir hadis no 2631 dan beliau menyatakan hadis tersebut Shahih.)

Maka dapat kita fahami, bahawa Nabi s.a.w.a telah menentukan siapa pengganti(khalifah) selepas baginda, dua perkara yang tidak akan terpisah antara satu sama lain.

Hadis Bahtera Keselamatan

Rasulullah(sawa) bersabda:
“Sesungguhnya perumpamaan Ahlulbait disisi kamu laksana bahtera Nuh. Barangsiapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang meninggalkannya akan binasa.”

Rujukan: As Sawariq Al Muhriqah hal 282, Al Mustadrak 3/151, Al Mu’jam as Saghir: 1/139,Majma ul zawaid 9/168

Hadis Ali bersama Quran dan Kebenaran


Telah disebutkan sebelumnya, bahawa Ahlulbait a.s. dan Al Quran tiada terpisah selamanya. Pengulangan ketidak pisahan ini juga berulang untuk Imam Ali a.s. yakni khalifah pertama selepas Rasulullah s.a.w.a seperti yang disebutkan di dalam wasiat Nabi s.a.w.a. kerana beliau adalah sebahagian daro Ahlulbait Nabi s.a.w.a

Dalam Mustadrak Al-Hakim 3: 124, manaqib Ali bin Abi Thalib (sa): Ummu Salamah (isteri Nabi saw) berkata bahwa Rasulullah saw bersabda:

عليّ مع القرآن والقرآن مع عليّ لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض

“Ali bersama Al-Qur’an dan Al-Qur’an bersama Ali, keduanya tak akan terpisahkan sehingga keduanya kembali kepadaku di telaga surga.” Al-Hakim mengatakan: Hadis ini shahih.

Hadis ini dan semakna juga terdapat dalam kitab berikut:

1. Faydh Al-Qadir, Al-Manawi, jilid 4 halaman 356.

2. Kanzul ummal, jilid 6 halaman 153, hadis ke 32912.

3. Majma’ Az-Zawaid, jilid 9 halaman 134.

4. Nurul Abshar, Asy-Syablanji, halaman 72.

Ash-Shawa’iq Al-Muhriqah, Ibnu hajar, halaman 75: Dalam suatu riwayat dinyatakan: menjelang wafatnya Rasulullah saw bersabda:

أيها الناس يوشك أن أقبض قبضاً سريعاً فينطلق بي وقد قدمت اليكم القول معذرة اليكم : ألا إني مخلف فيكم كتاب ربي عزوجل ، وعترتي أهل بيتي ، ثم أخذ بيد علي (عليه السلام) فرفعها فقال : هذا عليّ مع القرآن والقرآن مع عليّ لا يفترقان حتى يردا علي الحوض فاسألوهما ما خلفت فيهما

“Wahai manusia, sebentar lagi aku akan meninggalkan kalian, aku akan menyampaikan pada kalian perkataan yang berat bagi kalian: Ingatlah, aku tinggalkan pada kalian kitab Tuhanku Azza wa Jalla dan keturunanku Ahlul baitku.” Kemudian Nabi saw memegang tangan Ali (sa) dan mengangkatnya lalu bersabda: “Ini Ali bersama Al-Qur’an dan Al-Qur’an bersama Ali, keduanya tidak akan pernah terpisahkan sehingga keduanya kembali kepadaku di telaga surga. Maka hendaknya kalian bertanya kepada keduannya tentang apa saja sepeninggalku.”

Dan sesuatu yang sentiasa bersama Quran dan tidak berpisah dengannya walaupun untuk seketika akan sentiasa bersama kebenaran.

حدثنا محمد بن عباد المكي حدثنا أبو سعيد عن صدقة بن الربيع عن عمارة بن غزية عن عبد الرحمن بن أبي سعيد عن أبيه قال : كنا عند النبي صلى الله عليه و سلم في نفر من المهاجرين والأنصار فخرج علينا فقال : ألا أخبركم بخياركم ؟ قالوا : بلى قال : خياركم الموفون المطيبون إن الله يحب الخفي التقي قال : ومر علي بن أبي طالب فقال : الحق مع ذا الحق مع ذا

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abbad Al Makkiy yang berkata telah menceritakan kepada kami Abu Sa’id dari Shadaqah bin Rabi’ dari Umaraah bin Ghaziyyah dari ‘Abdurrahman bin Abi Sa’id dari ayahnya yang berkata “kami berada di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersama sekelompok sahabat Muhajirin dan Anshar, kemudian Beliau datang kepada kami dan berkata “maukah aku kabarkan yang terbaik diantara kalian?. Mereka berkata “tentu”. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berkata “yang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi maaf dan orang yang berbuat kebaikan, sesungguhnya Allah mencintai orang yang menyembunyikan ketakwaannya”. [Abu Sa’id] berkata “kemudian lewatlah Ali bin Abi Thalib” 

[Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “kebenaran bersama orang ini, kebenaran bersama orang ini” 

Rujukan: Musnad Abu Ya’la 2/318 no 1052

Sa’ad berkata
فإني سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول لعلي أنت مع الحق والحق معك حيث ما دار

Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Ali “engkau bersama kebenaran dan kebenaran bersama engkau dimanapun engkau berada” 

Rujukan: Tarikh Ibnu Asakir 20/361

Maka, selagi kita merujuki kebenaran, tiada sesekali kita menghampiri kesesatan. Jelas penekanan seperti ini menguatkan lagi siapa Imam rujukan setelah Nabi s.a.w.a.

Bintang Penyelamat

Sebagai mengakhiri artikel ini, kami nukilkan sebuah hadis dari Al Hakim menerusi kitabnya, Al Mustadrak yang beliau sahihkan berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim. 

Dari Ibnu Abbas, Rasul s.a.w.a bersabda: Bintang-bintang adalah penyelamat bagi makhluk bumi dari kesesatan. Dan Ahlulbaitku adalah penyelamat untuk umatku dari perselisihan. Apabila kaum-kaum telah berselisih, maka mereka berpecah menjadi pengikut iblis.

Akhir kata dapatlah kita simpulkan bahawa:

  1. Al Quran dan Ahlulbait tidak akan berpisah sehinggalah di al Haudh
  2. Oleh kerana mereka tidak terpisah, maka Ahlulbait sentiasa berada dalam kebenaran, kerana Al Quran itu kebenaran.
  3. Maka merujuki kebenaran akan menjaga kita dari kesesatan. 
  4. Ahlulbait a.s adalah pelindung umat dari kesesatan, dan ini disebutkan dengan pelbagai perumpamaan dari Ahadis Nabi. 
  5. Ini secara langsung selari dengan tema wasiat yang mahu ditulis Nabi s.a.w.a, dan hadis wasiat baginda.

Wallahualam. 

http://ansaryamani.blogspot.my/2013/11/ketuanan-allah-bhg-4-pelindung-umat.html

Ketuanan Allah Bhg.3: Apakah Wasiat Yang Ingin Ditulis Nabi (s)

Ketuanan Allah Bhg.3: Apakah Wasiat Yang Ingin Ditulis Nabi (s)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً
Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat adalah sangat ditekankan oleh Allah swt sehingga disebut sebagai wajib di dalam Al Quran.
كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)
Atas dasar kepentingan ini, maka sudah Nabi s.a.w.a sebagai pendahulu pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan tuntutan ini. Di saat akhir hayat baginda ketika baginda sedang tenat, baginda telah meminta pena untuk menulis wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam “Peristiwa Hari Khamis” yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:
عن ابن عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم
Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah” kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]
Berikut pula adalah riwayat dari Sahih Bukhari:
ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)
Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah SAW semakin berat, kemudian Beliau SAW bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah SAW bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]
Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn Al Khattab, kerana ia bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan terhadap apa yang Rasulullah s.a.w.a tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.
Jadi, persoalannya:
Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi s.a.w.a?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan kejadian ini, bagi menidakkan hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi s.a.w.a itu Tsaqalain atau perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s.  Namun Syiah sendiri, dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari mereka sendiri tidak meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi s.a.w.a. Ini turut menyumbang argumen kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka bahawa Imamah bukanlah perkara yang ingin ditulis oleh Nabi s.a.w.a.
Namun benarkan wasiat ini kekal tidak tertulis? Para penentang mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini begitu penting, apa yang menghalang Nabi s.a.w.a dari menulis wasiati ini setelah orang yang menghalang mereka beredar?”
Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi s.a.w.a, kerana baginda telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk mencatatkan wasiat baginda. Ianya adalah seperti berikut:
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata:
bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda:
Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). 
Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s  
Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376. 
Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393. 
Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”) 
Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59. 
Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59. 
Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222. 
Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294. 
Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71. 
Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641. 
Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96. 
Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi. 
Inilah satu-satunya wasiat Nabi s.a.w.a dgn tema “menjaga umatnya dari kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari wasiat ini. Maka atas sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain dengan tema yang sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.
Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain yang menunjukkan kepada Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu dibaca bersekali dengan hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama. Mustahil Nabi s.a.w.a tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana ia bercanggahan dengan ayat Quran yang menekankan penulisan wasiat.
Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi sebagai contoh manusia terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah, tidak mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.
Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah, terutamanya para ulama mereka, juga tidak menerima hadis wasiat ini. Mereka beralasan bahawa Nabi s.a.w.a telah banyak kali menekankan Imamah Ahlulbait a.s sehingga tidak perlu lagi baginda menulis wasiat selepas peristiwa hari khamis. Ini jelas bertentangan dengan logik, dan bertentangan dengan nas dari sumber mereka sendiri, yang menunjukkan Nabi s.a.w.a menulis wasiat ini.
وروى العلاء، عن محمد بن مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى
رسول لله (صلى لله عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي
Diriwayatkan dari Muhammad Bin Muslim yang mendengar dari Imam Abu Jaafar a.s: “Wasiat adalah satu kewajiban, dan Rasulullah s.a.w.a juga meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban Muslim untuk melakukan perkara yang sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih, Jilid 4.
Namun malang bagi mereka apabila mereka tetap mahu menolak hadis Wasiat ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti kepadanya, sedangkan dalam teks mereka, ada menyebut bahawa Nabi s.a.w.a meninggalkan wasiat. Mereka mengaku Syiah dan pengikut kepada Ahlulbait, namun mengambil pendirian yang kontra dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s
Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai tiada penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.  Dan mereka mempunyai dalil teks untuk menyokong keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil ini agak bercanggahan antara satu sama lain.
حَدَّثَنَا خَلاَّدُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ، قَالَ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَوْصَى فَقَالَ لاَ‏.‏ فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ عَلَى النَّاسِ الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى بِكِتَابِ اللَّهِ‏.
Telah bercerita kepada kami Khollad bin Yahya telah bercerita kepada kami Malik, dia adalah putra Mighwal telah bercerita kepada kami Thalhah bin Mushorrif berkata; Aku bertanya kepada ‘Abdullah bin Abi Aufaa radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian aku tanya lagi: “Lalu bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia atau mereka diperintahkan supaya berwasiat?” Dia menjawab: “Beliau berwasiat dengan Kitab Allah”. Sahih al-Bukhari 2740
Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin bertanya kepada seorang sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi s.a.w.a sendiri tidak meninggalkan wasiat sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi oleh sahabat tersebut tidak logis dan tidak memperlihatkan kenyataan sebenar akan mengapa Nabi s.a.w.a tidak meninggalkan wasiat. Seorang Nabi pasti akan melakukan perkara yang disebutkan di dalam Quran.
Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan para sahabat dan para tabiin, bahawa Nabi s.a.w.a telah berwasiat kepada Imam Ali a.s. Ini direkodkan di dalam riwayat berikut:
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ رضى الله عنهما ـ كَانَ وَصِيًّا‏.‏ فَقَالَتْ مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ إِلَى صَدْرِي ـ أَوْ قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ، فَلَقَدِ انْخَنَثَ فِي حَجْرِي، فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ
Telah bercerita kepada kami ‘Amru bin Zurarah telah mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu ‘Aun dari Ibrahim dari Al Aswad berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan ‘Aisyah bahwa ‘Ali radliallahu ‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “. Maka dia bertanya: “Kapan Beliau memberi wasiat itu kepadanya padahal aku adalah orang yang selalu menyandarkan Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat Beliau). Atau dia berkata: “berada dalam pangkuanku”, dimana Beliau meminta air dalam wadah (terbuat dari tembaga) hingga Beliau jatuh dalam pangkuanku dan aku tidak sadar kalau Beliau sudah wafat. Jadi kapan Beliau memberi wasiat kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741
Walaupun Ummul Mukminin Aisyah menafikannya, namun isu Imam Ali a.s menerima wasiat dari Nabi s.a.w.a adalah satu isu yang sememangnya menjadi buah mulut di kalangan masyarakat di era tersebut. Dan masakan dahan bergoyang jika tiada angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis Nabi s.a.w.a yang meninggikan kedudukan Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s dengan tema “melindungi umat dari kesesatan.”
Apabila seorang sahabat menafikan, wujud pula sahabat lain yang membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.”
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari Kamis. Apakah hari Kamis itu?? Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air matanya membasahi kerikil, lalu dia berkata: Rasulullah saw sakit keras pada hari Kamis, lalu beliau bersabda: Bawalah alat tulis kepadaku, aku catatkan buat kalian suatu catatan yang sesudah itu kalian tidak akan tersesat selamanya. Maka mereka bertengkar dan tidaklah seyogya disisi Nabi ada pertengkaran: Mereka berkata: Rasulullah diam. Beliau bersabda: Biarkanlah aku; sesuatu yang sedang aku lakukan (bersiap-siap menghadapi wafat dll) adalah lebih baik daripada apa yang kalian ajakkan kepadaku. Ketika wafat, beliau berwasiat dengan tiga hal, yaitu: Keluarkanlah orang-orang musyrik dari jazirah Arab, berilah hadiah kepada tamu (utusan) sepadan aku (Nabi) memberi hadiah kepada mereka. Dan aku lupa terhadap yang ketiga.” Shahih Bukhari | No. 2911 | KITAB JIHAD DAN PERJALANAN (PERANG)
Apakah perkara ketiga yang dilupai ini? Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah wasiat Nabi s.a.w.a dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”. Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah Ali a.s dan Ahlulbait a.s, yang mana gandingannya dengan Al Quran akan melindungi umat dari kesesatan.
InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita telah mengetahui bahawa:
*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah, dan kuasa ini tidak pernah di berikan di tangan manusia.
*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti dan berterusan selepas pengutusan Muhammad s.a.w.a, kerana Allah swt tidak akan meninggalkan manusia tanpa penunjuk.
*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk menulis wasiat, dan amat bertentangan sama sekali jika Nabi s.a.w.a tidak menulis wasiat.
*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika saat kewafatan baginda, Nabi s.a.w.a ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”. Namun niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.
*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya ura-ura dikalangan masyarakat bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan dan Nabi mewasiatkan 3 perkara yang mana perkara ketiga tidak diketahui.
*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat Nabi (s) yang selari dengan tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat diketahui dari hadis ini bahawa selepas baginda, akan ada 12 Imam dan setelahnya akan ada 12 Mahdi.
*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan jika diganti dengan wasiat lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.
Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita meneliti hadis-hadis lain yang mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk melindungi umatnya dari kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas mempunyai makna yang mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.
Dan Allah lebih mengetahui.
http://ansaryamani.blogspot.my/2013/11/apakah-wasiat-yang-ingin-ditulis-nabi-s.html