ERAMAHDI.NET

Khamis, 21 November 2013

CONFIRM! HADIS ABU HURAIRAH MENGESAHKAN PERMULAAN MAHDI DI IRAQ

Assalamualaikum Warahmatullah

اللهم صلي على محمد و ال محمد الائمة و المهديين و سلم تسليما كثيرا 

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah

Telah muncul Al Mahdi di Iraq
Perhatikan hadis daripada Abu Hurairah

Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Salah satu adalah berkenaan Saddam yang dikatakan sebagai sufyani pertama dan dia telah khianat kepada Mahdi 

Inilah  sebahagian petikan hadis berkenaan :

"Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam…dan…Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, ‘kelopak mata yang turun’ sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia ’shaddam liman aradhahu’ (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”

Perhatikan ayat terakhir : ...dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”

dan Kut itu adalah kuwait yang Saddam telah menyerangnya. "Kut" bermaksud kubu kecil. Lihat wikipedia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kuwait

Apakah yang menyebabkan kecelakaan bagi Saddam?
seperti yang dilapor oleh BBC pada 25 September 2000, dia Saddam Hussein telah menulis Al-Quran dengan menggunakan darahnya.  
http://fenomenazaman.blogspot.com/2011/11/al-quran-di-tulis-menggunakan-darah.html




dan Imam Ahmad Al Hassan telah mengutuk tindakan Saddam sedangkan tidak ada sesiapa pun yang berbuat demikian kerana takutkan keselamatan mereka terancam. Imam Ahmad Al Hassan telah memberi amaran bahawa Saddam telah menuliskan ajal dan kejatuhannya apabila dia menulis Al-Quran dengan darahnya yang najis. 


Kaji dan bacalah dengan hati terbuka ----- Klik untuk Download e-Book Selamat Datang
Wahai Penyeru Kepada Allah Dan Pemegang Panji Hidayah



اللهم صلي على محمد و ال محمد الائمة و المهديين و سلم تسليما كثيرا 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam tuan admin..
boleh tak maksud "kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin" itu rujuk kepada kaum syiah/kaum yg akan bersekongkol menentang kedatangan Imam Mahdi nnt yg dikepong / dikawal oleh beliau semasa pemerintahannya bukan merujuk kepada tempat bermulanya Imam Mahdi. Hadis itu rasanya lebih merujuk kpd Saddam itu sendiri dari menceritakan tentang Al-Mahdi.Tiada siapa tahu siapa Al-Mahdi termasuk empunya badan sendiri kerana ia menjadi rahsia Allah. Sabda Nabi jika diceritakan tidaklah ia menjadi rahsia akhir zaman.

Fenomena Zaman berkata...

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Jika tuan perhatikan sunnah para nabi, tuan akan dapati mereka pasti menyeru kepada manusia ke arah kebenaran.

Apakah tuan yakin bahawa apabila mahdi muncul dia tidak akan menyeru manusia ke arah kebenaran?

jika dia tidak berhujah kepada manusia, lalu bagaimanakah dia boleh diberikan baiah?

dan perkara yang paling besar adalah berkenaan dengan wasiat. Apakah tuan yakin nabi nabi tidak meninggalkan wasiat?