Khamis, 30 Julai 2020

HAKIKAT SA'I DAN MAKNA PENYEMBELIHAN ISMAIL AS YANG DITEBUS DENGAN KORBAN AGUNG

HAKIKAT SA'I DAN MAKNA PENYEMBELIHAN ISMAIL AS YANG DITEBUS DENGAN KORBAN AGUNG...

Salam ke atas Hussein, ahlulbait Hussein, kaum keluarga Hussein dan sahabat-sahabat Hussein. Jika tidak kerana mereka, maka tiada lagi penyeru yang tinggal bagi menyeru kepada Hakimiyyah Allah di bumiNya dan bumi ini tidak pernah kosong walau seketika daripadanya (penyeru yang menyeru kepada Hakimiyyah Allah).

Pada malam kesepuluh pada bulan Muharam, Sayyid Ahmad Al Hassan as telah menyebutkan tentang datuknya yang syahid, dibunuh kehausan dan disembelih, yang tidak pernah luput dari ingatannya walau sehari, lalu berkata:

Pada malam ini, aku memberitahu kamu tentang Imam Hussein as sebagai kebaikan buat kamu:

Lihatlah kepada Hajar ketikamana dia meletakkan anaknya Ismail di bumi, setelah mendapati dirinya tidak mampu lagi menanggung anaknya daripada mati kehausan di kedua belah tangannya. Seterusnya melakukan sa'i di antara Safa dan Marwah.

Adakah perlakuannya ini adalah perlakuan seorang ibu yang tidak keruan dan seolah-olah tidak berakal sebagaimana yang mereka katakan?

Atau adakah perlakuan Hajar ini menjadi sebab terbitnya air di sisi Ismail?

Sekiranya sa'i di antara Safa dan Marwah itu menyebabkan terbitnya air, jadi, mengapa perlakuan sa'i Hajar di antara dua bukit menjadi sebab menerbitkan air dengan qudrat Allah dan sekaligus menyelamatkan anaknya?

Pada hakikatnya, dua bukit ini sepertimana yang telah aku jelaskan sebelum ini (Kitab Al Mutasyabihat, jilid 4, soalan 156) mewakili Fatimah dan Ali alaihimassalam, sa'i di antara keduanya bermaksud tawassul dengan kedua-dua mereka, zuriat kedua-dua mereka atau perolehan daripada kedua-dua mereka.

Sa'i yang dilakukan oleh Hajar menjadi sebab kurniaan Allah ke atasnya, dan Ismail ditebus dengan Hussein as.

Lihatlah, ini adalah tebusan yang pertama: tebusan daripada kehausan. Di mana Ismail as akan mati kehausan, tetapi ditebus dengan Hussein as anak Ali dan Fatimah alaihimassalam, atau Safa dan Marwah yang Hajar lakukan sa'i di antara keduanya dan bertawassul dengan kedua mereka.

Tebusan kedua: tebusan daripada penyembelihan dan kamu sedia maklum tentangnya. Di mana Ismail juga ditebus dengan Hussein as dan Allah menyebutkannya di dalam al-Quran: "Dan Kami tebus anaknya itu dengan korban yang agung." (As Saaffat: 107)

Dia (Ismail as) ditebus daripada kehausan serta penyembelihan, dan disebabkan ini Hussein as mati kehausan dan disembelih.

Tidak ada sesuatu yang sia-sia di dalam agama Allah atau di dalam kehidupan para anbiya alahimussalam sepertimana yang digambarkan oleh orang yang jahil akan hakikat bahawa pada pemikiran mereka Hajar telah bersa'i di antara Safa dan Marwah disebabkan anaknya yang kehausan dan diambang maut, tanpa menjadikan sa'i ini mempunyai apa-apa makna?!!

Oleh itu, barangsiapa yang pergi haji dalam keadaan tidak memahami hakikat-hakikat ini dan apa yang dia perbuat, maka Allah menyifatkan hajinya adalah sepertimana tepukan dan siulan iaitu bersiul-siul (muka'an) dan bertepuk tangan (at tashdiah) sepenuhnya : "Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu." (Al Anfaal: 35)

Sesungguhnya amalan yang kamu lakukannya dalam keadaan kamu tidak memahami maknanya dan tidak mengetahui sesuatu apa pun daripadanya, maka ianya tidak bernilai: "Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]." (Al-Furqan: 44)

Demi Tuhan kamu, apakah beza binatang yang berlari-lari di antara kedua bukit itu dan orang yang tidak memahami sesuatu apa pun yang berlari-lari antara Safa dan Marwah itu?

Perkara ini bukan hanya berlari-lari anak, berlari laju atau bersa'i manusia di antara dua bukit, tetapi wajib memahami apa yang dia lakukan dan kenapa ia dilakukan?

Pemergian ke kaabah, sa'i antara Safa dan Marwah....sehingga ke akhirnya daripada perbuatan-perbuatan haji, kesemuanya adalah berhubungkait dengan Ali, Hussein dan Keluarga Muhammad alaihimussalam.

Kitab Ma'al Abduls Soleh, jilid 2, ms 7-8.

Tiada ulasan: