Ketuanan Allah Bhg. 1: Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?
Dipetik dari tulisan Imam Ahmad a.s: Ketuanan Allah, Bukan Ketuanan Manusia, dengan beberapa penambahan dari penulis sebagai contoh.
Dari awal hingga ke akhir, Al Quran secara penuh megiktiraf ketuanan Allah, dan menolak ketuanan manusia. Kami tidak berminat dengan persepsi sonsang sesetengah orang yang menafsir ayat Allah sesuka hati mereka, dan begitu juga mereka yang mempertahankan orang-orang dan aqidah tertentu, sedangkan korupnya orang yang dipertahankan itu, dan batilnya aqidah tersebut, walaupun korupsinya jelas, dan tidak memerlukan usaha kuat untuk melihatnya.
Mari kita telusuri ayat yang mendokong ketuanan Allah di muka bumi.
Pertama: Allah Memberi Pemerintahan
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍإِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Aali Imran:26
Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa kepimpinan itu milik Allah, dan Dia berhak melantik sesiapa yang dikehendakiNya sebagai khalifah di muka bumi. Allah swt berfirman:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah:30)
Jadi, bukanlah menjadi hak mana-mana manusia, dari ayat ini, untuk melantik raja, presiden atau perdana menteri melainkan dirinya adalah lantikan Allah swt.
Kepimpinan ini diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki, namun tidak semestinya seorang pemimpin lantikan Allah itu dapat memerintah, kerana berkemungkinan beliau ditolak dari jawatan tersebut oleh manusia, seperti yang kerap kali berlaku di dalam sejarah manusia. Ibrahim a.s tidak memerintah, namun ia dipegang oleh Namrud l.a. Musa a.s tidak memerintah, namun ia dipegang oleh Firaun l.a, Hussain a.s tidak memerintah, namun Yazid l.a yang memerintah, maka Allah swt berfirman:
أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا
أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. (An Nisa’: 54)
Walaupun keluarga Ibrahim a.s diberikan kepimpinan dan ketuanan Ilahiyah, malangnya mereka ditindas dan dizalimi, ditolak dari kepimpinan dan dirampas hak mereka oleh para penguasa zalim. Jadi tugas manusia adalah menguatkan dan menaikkan manusia pilihan Allah swt di posisi kepimpinan, kerana jika mereka menolaknya, maka kemurkaan Allah swt akan terjadi, dan bencana akan menimpa mereka.
Walaupun keluarga Ibrahim a.s diberikan kepimpinan dan ketuanan Ilahiyah, malangnya mereka ditindas dan dizalimi, ditolak dari kepimpinan dan dirampas hak mereka oleh para penguasa zalim. Jadi tugas manusia adalah menguatkan dan menaikkan manusia pilihan Allah swt di posisi kepimpinan, kerana jika mereka menolaknya, maka kemurkaan Allah swt akan terjadi, dan bencana akan menimpa mereka.
Al Sadiq a.s bersabda: “Pernahkah kamu mendengar firman Allah: {..yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya..(27:60)} Dia berfirman menyatakan bukanlah menjadi hak kamu untuk memilih siapa Imam kamu, menggelarkan mereka sebagai (pemimpin) yang benar atas kehendak dan keingingan kamu.” Kemudian Imam Sadiq a.s bersabda: “Akan ada tiga kumpulan yang mana Allah tidak akan bercakap dan memandang mereka di Hari Kebangkitan, juga tidak akan menyucikan mereka, iaitu mereka yang menanam pohon yang tidak ditanam Allah swt, yakni, sesiapa yang melantik Imam yang tidak dilantik Allah, atau tidak mengimani Imam lantikan Allah.” (Tahaq al Uqul, hal 325)
Kedua: Ketuanan Allah Dari Sejarah Awal
Kisah Talut:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَىٰ إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّ
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” (Al Baqarah: 246)
Sekumpulan mukmin dari Bani Israel mempercayai ketuanan Allah swt, maka mereka tidak mendahului Allah swt dalam melantik, tetapi menyerah dan memohon kepada Allah, agar melantik seorang Raja bagi mereka, dan ini adalah bukti paling besar, bahawa semua agama Samawi mengiktiraf hak lantikan pemimpin berada di tangan Allah, bukanlah di tangan manusia melalui syura, pilihan raya dan sebagainya
Ketiga: Allah Yang Melantik Khalifah Di Muka Bumi
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah:30)
Khalifah Allah sudah semestinya merupakan pemerintah di muka bumi, dan khalifah pertama Allah di muka bumi adalah Adam a.s. Dan di setiap zaman, ada khalifah Allah yang yang dilantik, (seperti firman Allah swt di dalam surah Ar Ra’d:7) Dan di zaman ini, khalifah Allah adalah Imam Mahdi a.s. Jadi manusia perlulah menguatkan pemerintahan beliau, kerana sesungguhnya beliau merupakah lantikan Allah swt, dan beliau seharusnya tidak ditentang oleh pilihanraya dan demokrasi.
Keempat: Berhukum Dengan Hukum Allah
Allah swt berfirman:
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.(5:44), kemudian, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(5:45). Allah swt meneruskan, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.(5:47)
Sudah semestinya, khalifah Allah swt akan berhadapan dengan permasalahan yang baru, tanpa mengira waktu, dan sudah semestinya, beliau diberikan pandangan dan inspirasi istimewa, kurniaan Allah swt, yang mana dengannya, Dia akan membuatkan ketuanannya diketahui dalam peristiwa-peristiwa yang akan terjadi. Malahan bagaimana mungkin seseorang selain dari khalifah lantikan Allah berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt?
Kisah Musa a.s dan kaumnya
وَاخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلًا لِّمِيقَاتِنَا ۖ فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ ۖأَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا ۖ إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ ۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ
Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.(7:155)
Lihatlah sendiri bagaimana Musa a.s, seorang Nabi yang ma’sum, yang memilih 70 lelaki terbaik dari Bani Israel. Kesemua mereka kufur dan memberontak terhadap beliau dan perintah Allah. Oleh itu, jika seorang Nabi Ma’sum seperti Musa, yang memilih 70 orang lelaki untuk misi ketuhanan, dan akhirnya di dapati tiada dari kalangan mereka yang layak untuk misi ini, maka bagaimana dapat manusia biasa memilih pemimpin dan raja? Malah mereka mungkin memilih makhluk Allah yang paling jahat tanpa diketahui.
Ini sudah menjadi bukti yang mencukupi bagi mereka yang mencari apa yang benar dan mahukan lebih lagi. Sungguh Quran yang berada di tangannya menyeru mereka yang tidak memberi perhatian:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu). Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: “Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati). “Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu”.(Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”. (21:105-112)
Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: “Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati). “Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu”.(Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”. (21:105-112)
Beberapa point tambahan yang lain:
Kelima: Pilihan Di Tangan Allah
اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ
“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al Haj:75)
Tanpa perlu menerangkan dengan lebih lanjut, ayat ini secara eksplisit menyatakan bahawa pilihan berada di tangan Allah swt, bukan manusia.
Keenam: Perlantikan Ibrahim a.s sebagai Imam, Daud a.s Sebagai Khalifah
Allah swt berfirman:
وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. (Al Baqarah: 124)
Di tempat lain, Allah swt melantik Daud sebagai khalifahnya
يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ
“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi..” (Sad: 26)
Contoh-contoh ini menjelaskan lagi bahawa kepimpinan dan kekhalifahan adalah hak Allah swt. InsyaAllah, di bab berikutnya, kita akan membahaskan, adakah masih ada perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.a, setelah artikel ini membuktikan hak melantik adalah di tangan Allah swt.
http://ansaryamani.blogspot.my/2013/11/hak-lantikan-kepimpinan-milik-allah.html
http://ansaryamani.blogspot.my/2013/11/hak-lantikan-kepimpinan-milik-allah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan