Selasa, 8 Mei 2018

Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah Selepas Muhammad(s)?

Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah Selepas Muhammad(s)?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً


Di dalam artikel yang lepas, kami telah mengemukakan bukti bahawa hak perlantikan khalifah Allah swt di muka bumi adalah semata-mata milik Allah swt, dari awal penciptaan manusia sehinggalah hari kiamat. Tiada sama sekali hak ini pernah berada di tangan manusia untuk menentukan siapakah pemimpin mereka, samada sistem monarki, syura, demokrasi atau apa sahaja.

Jika kita berkeyakinan bahawa Allah swt yang berhak ke atas lantikan khalifahNya di muka bumi, maka isu ini akan membawa kita kepada beberapa persoalan yang berat.

  1. Adakah masih ada lantikan dari Allah swt selepas Nabi Muhammad s.a.w.a?
  2. Jika ada, siapakah yang dilantik itu?
  3. Bukankah Muhammad s.a.w.a itu adalah Rasul yang terakhir? Mengapa masih ada?

Pertama sekali, jangan kita terkeliru antara tugas Nabi, Rasul dan seorang Imam(pemimpin). Masing-masing mereka mempunyai tugasan yang berbeza, namun mereka semua adalah khalifah Allah, yakni wakilNya di muka bumi. Namun ketiga-tiga ini mempunyai tugas yang sama dalam satu isu, menjadi panduan kepada umat manusia, agar tidak tersesat dari jalan kebenaran.

Yang kedua, kami ingin tekankan bahawa, selain dari ketiadaan bukti bahawa Allah memberi kuasa kepada manusia bagi melantik pemimpin mereka, langsung tiada bukti dari Quran bahawa perlantikan khalifah Allah terhenti selepas Muhammad s.a.w.a.

Rasional perlantikan khalifah adalah sebagai panduan kepada umat manusia, maka atas dasar rasional juga, Allah swt tidak akan membiarkan ciptaannya terbiar di muka bumi tanpa wakilNya di muka bumi. Benar, Muhammad s.a.w.a adalah Rasul terakhir, baginda ditugaskan untuk membawa syariat terakhir bagi umat manusia. Namun sejarah membuktikan bahawa selepas pengutusan Rasul setiap zaman, umat mereka akan melakukan kesesatan, terbukti dari sejarah setiap para Nabi dan Rasul yang diutus kepada Bani Israel, sejarah agama Yahudi dan Nasrani, malah Islam sendiri. Maka Allah swt, atas dasar rasional akan sentiasa memastikan adanya “hadi”, guide, penunjuk bagi umat manusia untuk menerangkan dan menegakkan syariat UTUSAN ALLAH sebelumnya. Agar manusia dapat merujuki mereka dalam segala hal, tidak kiralah samada yang dilantik itu, adalah Nabi, Rasul atau Imam.

Bagi menjawab semua persoalan ini, kami bawakan ayat-ayat Quran sebagai bukti adanya perlantikan khalifah Allah selepas Rasulullah s.a.w.a, dan bukti bahawa Allah swt tidak akan meninggalkan umat manusia tanpa seorang pemberi petunjuk yang dilantiknya.

إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ

“Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”(13:7)

Ayat di atas menunjukkan Muhammad s.a.w.a hanyalah pemberi peringatan,dan bagi setiap kaum, umat, zaman dan tempat, akan ada “hadi”nya, yakni orang yang memberi petunjuk.

Pihak lawan akan berdalih: “Orang yang memberi petunjuk ini tidak semestinya lantikan Allah swt, mereka boleh sahaja manusia biasa dari kalangan ulama yang memberi petunjuk pada setiap zaman.”

Bantahan Pertama

Ini adalah satu penghujahan manusia tersepit, yang bersandarkan tekaan dan sangkaan, malah jika mereka menujukan ayat ini kepada para ulama, hakikatnya, para ulama lah yang menyebabkan perpecahan kepada setiap umat, sehingga terdapat perbezaan yang besar dalam setiap hal fiqh, amalan, aqidah dan hukum serta lain-lain. Sedangkan Allah swt berfirman apa sahaja yang datang daripadanya tidak akan ada percanggahan.

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا


Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.(4:82)

Bantahan Kedua

Malah, di dalam Al Quran sarat dengan kecaman kepada Bani Israel yang menjadi sesat kerana ketaatan mereka kepada para ulama mereka. Maka, masakan Allah swt mahukan perkara yang sama terjadi kepada umat ini?

وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠

Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.(33:67)

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.(Taubah 9:31)

Jelas dari ayat di atas, Allah swt secara fizikalnya tidak boleh mendidik manusia, kerana Maha Suci Allah dari berjisim atau bertempat. Maka logikanya hanyalah, Allah swt akan mendidik manusia melalui manifestasi  DIA di alam penciptaan, yakni manusia-manusia utusannya, para khalifah lantikanNya di muka bumi.

Jadi menamakan ulama sebagai pemberi petunjuk untuk setiap zaman dan setiap kaum adalah jelas meleset dari segi realti dan fakta sejarah. Sudah berapa banyak darah ditumpahkan kerana ketaatan manusia kepada mereka.

Tafsir bagi dalil di atas: Hadis Pertama

Sudah tentu, satu lagi jalan bagi kita mengetahui tafsir ayat di atas adalah dengan menilai kata-kata manusia yang diutuskan kepada kita, Muhammad Rasulullah s.a.w.a, agar kita tidak tersesat.

حدثنا عبد الله حدثني عثمان بن أبي شيبة ثنا مطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي في قوله { إنما أنت منذر ولكل قوم هاد } قال رسول الله صلى الله عليه و سلم المنذر والهاد رجل من بنى هاشم

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah yang berkata telah menceritakan kepadaku Utsman bin Abi Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Muthallib bin Ziyaad dari As Suddi dari Abdu Khair dari Ali tentang firman Allah SWT [Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk].
[Imam Ali] berkata “Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] sang pemberi peringatan dan sang pemberi petunjuk adalah laki-laki dari bani Hasyim” [Musnad Ahmad 1/126 no 1041, ini adalah Ziyadah Abdullah bin Ahmad]
Hadis ini juga disebutkan Ath Thabrani dalam Mu’jam Al Awsath 2/94 no 1361 dan Ad Dhiya’ Al Maqdisi dalam Al Mukhtarah 2/286 no 668 [dan Al Maqdisi menyatakan sanadnya hasan] semuanya dengan jalan sanad dari Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali. Hadis ini sanadnya hasan. Para perawinya tsiqat dan hasanul hadits, Muthallib bin Ziyaad seorang yang shaduq hasanul hadits dan As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman As Suddiy seorang imam dalam tafsir dan shaduq hasanul hadis.

  • ·         ‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal telah dikenal sebagai perawi yang tsiqat. Al Khatib menyatakan ia tsiqat tsabit. Nasai menyatakan ia tsiqat. Daruquthni juga menyatakan ia tsiqat [At Tahdzib juz 5 no 246]. Ibnu Hajar menyatakan ia seorang imam yang tsiqat [At Taqrib 1/477]

  • ·         Utsman bin Abi Syaibah adalah Utsman bin Muhammad bin Ibrahim Al Absiy termasuk perawi Bukhari dan Muslim. Ahmad bin Hanbal telah memujinya. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat. Abu Hatim menyatakan ia shaduq. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 7 no 299]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat hafizh [At Taqrib 1/664]

  • ·         Muthallib bin Ziyaad adalah perawi yang shaduq hasanul hadits. Telah meriwayatkan darinya Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma’in dimana keduanya sepakat menyatakan Muthallib tsiqat. Abu Hatim berkata “ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Abu Dawud berkata “shalih”. Isa bin Syadzan dan Ibnu Sa’ad mendhaifkannya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat begitu pula Ibnu Syahin memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ady berkata “ ia memiliki hadis hasan dan gharib tetapi aku tidak melihat riwayat mungkar, menurutku tidak ada masalah padanya”. Utsman bin Abi Syaibah menyatakan ia tsiqat. [At Tahdzib juz 10 no 333]. Adz Dzahabi memasukkannya dalam Man Tukullima Fiihi Wa Huwa Muwatstaq no 328. Ibnu Hajar menyatakan dalam At Taqrib bahwa ia shaduq tetapi pernah melakukan kesalahan dan dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau Muthallib bin Ziyaad seorang yang shaduq hasanul hadits [Tahrir At Taqrib no 6709]

  • ·         As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman bin Abi Karimah As Suddiy termasuk perawi Muslim dan Ashabus Sunan. Ia telah ditsiqatkan oleh Syu’bah, Sufyan Ats Tsawri, Zaidah dan Yahya bin Sa’id Al Qaththan [Sunan Tirmidzi 5/636 no 3721]. Ahmad bin Hanbal menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ma’in mendhaifkannya. Abu Zur’ah berkata “layyin”. Abu Hatim berkata “ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Nasa’i berkata “shalih” terkadang berkata “tidak ada masalah padanya”. Ibnu Adiy menyatakan ia seorang yang hadisnya lurus shaduq dan tidak ada masalah padanya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat dan alim dalam tafsir. Al Uqailiy menyatakan ia dhaif dan Ath Thabari berkata “tidak bisa dijadikan hujjah” [At Tahdzib juz 1 no 572]. Ibnu Hajar dalam At Taqrib menyatakan ia shaduq terkadang salah dan tertuduh tasyayyu’ kemudian dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau ia seorang yang shaduq hasanul hadis dan imam dalam tafsir [Tahrir Taqrib At Tahdzib no 463]

  • ·         Abdu Khair bin Yazid termasuk orang yang menemui masa jahiliah bahkan ada yang menganggapnya shahabat Nabi. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat. Al Ijli juga menyatakan ia tsiqat dan Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 6 no 260]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat dan tidak benar kalau ia sahabat [At Taqrib 1/558]

Tafsir bagi dalil di atas: Pendapat Tafsir Ibnu Hatim

حدثنا علي بن الحسين ثنا عثمان بن أبي شيبة ثنا المطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي لكل قوم هاد قال الهاد رجل من بني هاشم قال ابن الجنيد هوعلي بن أبي طالب رضي الله عنه.

Telah menceritakan kepada kami Aliy bin Husain yang berkata telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abi Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Al Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali tentang “bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”. [Ali] berkata “orang yang memberi petunjuk adalah laki-laki dari bani Hasyim”. Ibnu Junaid berkata “ia adalah Ali bin Abi Thalib radiallahu’anhu” [Tafsir Ibnu Abi Hatim 7/2225 no 12152].
Ali bin Husain bin Junaid Ar Raziy adalah seorang yang shaduq tsiqat [Al Jarh Wat Ta’dil 6/179 no 981] dan ia menyatakan kalau laki-laki bani hasyim yang dimaksud adalah Imam Ali sendiri. Tentu sebagai perawi yang meriwayatkan hadis ini maka penafsirannya layak untuk diperhatikan dan ini sesuai dengan keutamaan yang disandang oleh Imam Ali [alaihis salam].

Dari Tafsir Lain

Selain itu, beberapa tafsir yang lain merekodkan bahawa Rasulullah s.a.w.a bersabda apabila di tanya tentang hadis ini:

“Aku adalah pemberi amaran dan Ali adalah pemberi petunjuk”. Lalu baginda beralih kepada Ali dan bersabda: “Wahai Ali, manusia akan mendapat petunjuk melalui mu.”

Tafsir Durr al-Manthur oleh as Suyuti Vol 4 halaman 45; Tafsir al Kabir, oleh Fakhruddin Razi dalam tafsirannya pada ayat ini; Tafsir Ruh al Ma’ani, Allamah Alusi, serta kitab Mustadrak, oleh al Hakim, Vol 3 hadith 129 & 130

Kita abaikan terlebih dahulu penetapan Ali a.s sebagai pemberi petunjuk selepas baginda, dan kita tumpukan terlebih dahulu pada hakikat akan wujudnya manusia-manusia yang ditugaskan untuk menunjuki manusia, dan mereka semua adalah Bani Hashem. Disebabkan mereka ditetapkan oleh Rasul s.a.w.a, maka penetapan mereka adalah dari Allah swt.

Secara tidak lansung, ini ada kaitan dengan hadis berikut:
Di keluarkan dari Bukhari, Ahmad dan Baihaqi, dari Jabir bin Samurah, berkata, “Akan wujud 12 orang amir”. Jabir berkata: Setelah itu baginda(sawa) mengatakan sesuatu yang tidak dapat aku mendengarnya.    Lantas bapaku berkata bahawa baginda bersabda: “Semuanya dari Quraish.”

Bani Hashem adalah dari Quraish. Dan hadis berikut:

و يقرئنا القرآن , فقال له رجل : يا أبا عبد الرحمن هل سألتم رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم ) كم يملك هذه الأمة من خليفة ؟ فقال عبد الله بن مسعود : ما سألني عنها أحد منذ قدمت العراق قبلك , ثم قال : نعم , ولقد سألنا رسو ل الله فقال : ” إثنا عشر كعد ة نقباء بني إسرئيل “

“…Dari Masruq yang berkata; saat kami duduk disebelah Ibnu Mas’ud yang ketika itu dia membacakan Al Qur’an kepada kami, maka berkatalah seseorang kepadanya: “Wahai Abdurrahman! Adakah kamu pernah tanya kepada Rosulullah saw tentang berapa orang yang menjadi khalifah umat ini? Maka Abdulah ibnu Mas’ud menjawab: “Semasa kedatanganku ke-Iraq tiada siapapun yang bertanya tentang persoalan ini sebelumu, kemudian dia berkata; Ya, sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah dan dia saw bersabda; “(Bahwa jumlah khalifah umat ini) adalah Dua Belas orang sepertimana  bilangan pemimpin Bani Israel” Musnad Ahmad bin Hanbal jilid 2 m/s 55 hadits 3781, Milal Wa Nihal Ja’far Subhani jilid 6 m/s 60
Maka setakat ini, apa yang dapat kita fahami adalah Allah swt telah menetapkan pemberi petunjuk selepas kewafatan Nabi s.a.w.a dan mereka adalah dari kalangan Bani Hashem. Merekalah yang disebutkan Allah swt:
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(21:73)

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (32:24)

Kesimpulan

Berdasarkan pendalilan yang diberikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa:

  • Untuk setiap zaman ada khalifah lantikan Allah yang menunjuk manusia
  • Selepas Rasulullah s.a.w.a, mereka adalah dari kalangan Bani Hashem
Namun siapakah mereka? Adakah selari dengan logik akal, Nabi s.a.w.a menyebut akan ada 12 Imam selepasnya, namun tidak menamakan mereka? Tidak wujudkan perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat untuk bertanya kepada baginda siapa mereka? Adalah sangat tidak logik jika Nabi s.a.w.a tidak menyebut nama secara jelas untuk umat baginda mengikuti mereka. InsyaAllah dalam bahagian seterusnya, kita akan merungkai satu per satu siapa kah mereka, dan nama-nama mereka.
Dalil-dalil ini haruslah ditanggapi dalam konteks menyeluruh, bukan secara individu, samalah seperti kita menyelesaikan “jigsaw puzzle”, yang mana kita harus susun kepingan-kepingan ini secara menyeluruh, barulah nampak gambarannya, bukan membuat andaian dan sangkalan berdasarkan hanya sekeping dari kepingan-kepingan ini.

http://ansaryamani.blogspot.my/2013/11/adakah-masih-ada-perlantikan-khalifah.html

Tiada ulasan: