Rabu, 27 November 2013

Apakah Wasiat Yang Ingin Ditulis Nabi (s)?



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah



Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat adalah sangat ditekankan oleh Allah swt sehingga disebut sebagai wajib di dalam Al Quran.

كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)

Atas dasar kepentingan ini, maka sudah Nabi s.a.w.a sebagai pendahulu pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan tuntutan ini. Di saat akhir hayat baginda ketika baginda sedang tenat, baginda telah meminta pena untuk menulis wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam “Peristiwa Hari Khamis” yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:

عن ابن عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم


Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah” kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]

Berikut pula adalah riwayat dari Sahih Bukhari:

ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)


Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah SAW semakin berat, kemudian Beliau SAW bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah SAW bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]

Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn Al Khattab, kerana ia bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan terhadap apa yang Rasulullah s.a.w.a tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.

Jadi, persoalannya:

Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi s.a.w.a?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?

Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan kejadian ini, bagi menidakkan hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi s.a.w.a itu Tsaqalain atau perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s. Namun Syiah sendiri, dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari mereka sendiri tidak meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi s.a.w.a. Ini turut menyumbang argumen kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka bahawa Imamah bukanlah perkara yang ingin ditulis oleh Nabi s.a.w.a.

Namun benarkan wasiat ini kekal tidak tertulis? Para penentang mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini begitu penting, apa yang menghalang Nabi s.a.w.a dari menulis wasiati ini setelah orang yang menghalang mereka beredar?”

Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi s.a.w.a, kerana baginda telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk mencatatkan wasiat baginda. Ianya adalah seperti berikut:

Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata:

bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda:


Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.


Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s)

Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s  

Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376. 

Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393. 

Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.

Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”) 

Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59. 

Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59. 

Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222. 

Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294. 

Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71. 

Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641. 

Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96. 

Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi. 

Inilah satu-satunya wasiat Nabi s.a.w.a dgn tema “menjaga umatnya dari kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari wasiat ini. Maka atas sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain dengan tema yang sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.

Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain yang menunjukkan kepada Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu dibaca bersekali dengan hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama. Mustahil Nabi s.a.w.a tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana ia bercanggahan dengan ayat Quran yang menekankan penulisan wasiat.

Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi sebagai contoh manusia terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah, tidak mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.

Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah, terutamanya para ulama mereka, juga tidak menerima hadis wasiat ini. Mereka beralasan bahawa Nabi s.a.w.a telah banyak kali menekankan Imamah Ahlulbait a.s sehingga tidak perlu lagi baginda menulis wasiat selepas peristiwa hari khamis. Ini jelas bertentangan dengan logik, dan bertentangan dengan nas dari sumber mereka sendiri, yang menunjukkan Nabi s.a.w.a menulis wasiat ini.

وروى العلاء، عن محمد بن مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى
رسول لله (صلى لله عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي


Diriwayatkan dari Muhammad Bin Muslim yang mendengar dari Imam Abu Jaafar a.s: “Wasiat adalah satu kewajiban, dan Rasulullah s.a.w.a juga meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban Muslim untuk melakukan perkara yang sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih, Jilid 4.

Namun malang bagi mereka apabila mereka tetap mahu menolak hadis Wasiat ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti kepadanya, sedangkan dalam teks mereka, ada menyebut bahawa Nabi s.a.w.a meninggalkan wasiat. Mereka mengaku Syiah dan pengikut kepada Ahlulbait, namun mengambil pendirian yang kontra dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s

Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai tiada penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis. Dan mereka mempunyai dalil teks untuk menyokong keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil ini agak bercanggahan antara satu sama lain.

حَدَّثَنَا خَلاَّدُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ، قَالَ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَوْصَى فَقَالَ لاَ‏.‏ فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ عَلَى النَّاسِ الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى بِكِتَابِ اللَّهِ‏.‏


Telah bercerita kepada kami Khollad bin Yahya telah bercerita kepada kami Malik, dia adalah putra Mighwal telah bercerita kepada kami Thalhah bin Mushorrif berkata; Aku bertanya kepada ‘Abdullah bin Abi Aufaa radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian aku tanya lagi: “Lalu bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia atau mereka diperintahkan supaya berwasiat?” Dia menjawab: “Beliau berwasiat dengan Kitab Allah”.Sahih al-Bukhari 2740

Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin bertanya kepada seorang sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi s.a.w.a sendiri tidak meninggalkan wasiat sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi oleh sahabat tersebut tidak logis dan tidak memperlihatkan kenyataan sebenar akan mengapa Nabi s.a.w.a tidak meninggalkan wasiat. Seorang Nabi pasti akan melakukan perkara yang disebutkan di dalam Quran.

Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan para sahabat dan para tabiin, bahawa Nabi s.a.w.a telah berwasiat kepada Imam Ali a.s. Ini direkodkan di dalam riwayat berikut:

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ رضى الله عنهما ـ كَانَ وَصِيًّا‏.‏ فَقَالَتْ مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ إِلَى صَدْرِي ـ أَوْ قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ، فَلَقَدِ انْخَنَثَ فِي حَجْرِي، فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ


Telah bercerita kepada kami ‘Amru bin Zurarah telah mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu ‘Aun dari Ibrahim dari Al Aswad berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan ‘Aisyah bahwa ‘Ali radliallahu ‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “. Maka dia bertanya: “Kapan Beliau memberi wasiat itu kepadanya padahal aku adalah orang yang selalu menyandarkan Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat Beliau). Atau dia berkata: “berada dalam pangkuanku”, dimana Beliau meminta air dalam wadah (terbuat dari tembaga) hingga Beliau jatuh dalam pangkuanku dan aku tidak sadar kalau Beliau sudah wafat. Jadi kapan Beliau memberi wasiat kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741

Walaupun Ummul Mukminin Aisyah menafikannya, namun isu Imam Ali a.s menerima wasiat dari Nabi s.a.w.a adalah satu isu yang sememangnya menjadi buah mulut di kalangan masyarakat di era tersebut. Dan masakan dahan bergoyang jika tiada angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis Nabi s.a.w.a yang meninggikan kedudukan Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s dengan tema “melindungi umat dari kesesatan.”

Apabila seorang sahabat menafikan, wujud pula sahabat lain yang membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.”


Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari Kamis. Apakah hari Kamis itu?? Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air matanya membasahi kerikil, lalu dia berkata: Rasulullah saw sakit keras pada hari Kamis, lalu beliau bersabda: Bawalah alat tulis kepadaku, aku catatkan buat kalian suatu catatan yang sesudah itu kalian tidak akan tersesat selamanya. Maka mereka bertengkar dan tidaklah seyogya disisi Nabi ada pertengkaran: Mereka berkata: Rasulullah diam. Beliau bersabda: Biarkanlah aku; sesuatu yang sedang aku lakukan (bersiap-siap menghadapi wafat dll) adalah lebih baik daripada apa yang kalian ajakkan kepadaku. Ketika wafat, beliau berwasiat dengan tiga hal, yaitu: Keluarkanlah orang-orang musyrik dari jazirah Arab, berilah hadiah kepada tamu (utusan) sepadan aku (Nabi) memberi hadiah kepada mereka. Dan aku lupa terhadap yang ketiga.” Shahih Bukhari | No. 2911 | KITAB JIHAD DAN PERJALANAN (PERANG)

Apakah perkara ketiga yang dilupai ini? Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah wasiat Nabi s.a.w.a dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”. Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah Ali a.s dan Ahlulbait a.s, yang mana gandingannya dengan Al Quran akan melindungi umat dari kesesatan.

InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita telah mengetahui bahawa:

*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah, dan kuasa ini tidak pernah di berikan di tangan manusia.

*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti dan berterusan selepas pengutusan Muhammad s.a.w.a, kerana Allah swt tidak akan meninggalkan manusia tanpa penunjuk.

*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk menulis wasiat, dan amat bertentangan sama sekali jika Nabi s.a.w.a tidak menulis wasiat.

*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika saat kewafatan baginda, Nabi s.a.w.a ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”. Namun niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.

*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya ura-ura dikalangan masyarakat bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan dan Nabi mewasiatkan 3 perkara yang mana perkara ketiga tidak diketahui.

*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat Nabi (s) yang selari dengan tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat diketahui dari hadis ini bahawa selepas baginda, akan ada 12 Imam dan setelahnya akan ada 12 Mahdi.

*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan jika diganti dengan wasiat lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.

Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita meneliti hadis-hadis lain yang mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk melindungi umatnya dari kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas mempunyai makna yang mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.

Dan Allah lebih mengetahui.

sumber : yamani.org

2 ulasan:

  1. Bukankah nabi buta huruf? kenapa pula dia meminta untuk menulis wasiat?

    BalasPadam
  2. Menulis wasiat adalah perintah di dalam Al-Quran. Adalah mustahil nabi perintahkan kepada umatnya supaya mengikut Al-Quran tetapi nabi sendiri tidak buat seperti yang Al-Quran buat.

    Jika nabi buta huruf, macam mana nabi boleh berdagang, berniaga dan mengira?

    Lagi pula dalam Al Quran itu ada ayat yang menyebutkan tentang bilangan dan angka. Ambil saja contoh pembahagian harta pusaka yang menggunakan angka pecahan seperti dalam surah An Nisa.

    Contoh angka pecahan:

    يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ

    Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. [ An-Nisaa` : 11 ]

    Jadi kalau nabi tidak tahu menulis dan mengira, lalu bagaimana nabi boleh terangkan tentang perihal angka-angka pecahan di dalam bab harta pusaka?

    kalau nak tahu hujah nabi buta huruf atau tidak, boleh rujuk kat sini.

    http://www.darulkautsar.net/article.php?page=1&ArticleID=1493

    BalasPadam