اللهم صلي على محمد و ال محمد الائمة و المهديين و سلم تسليما كثيرا
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah
Telah muncul Al Mahdi di Iraq
Perhatikan hadis daripada Abu Hurairah
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.
Salah satu adalah berkenaan Saddam yang dikatakan sebagai sufyani pertama dan dia telah khianat kepada Mahdi
Inilah sebahagian petikan hadis berkenaan :
"Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam…dan…Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, ‘kelopak mata yang turun’ sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia ’shaddam liman aradhahu’ (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”
Perhatikan ayat terakhir : ...dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”
dan Kut itu adalah kuwait yang Saddam telah menyerangnya. "Kut" bermaksud kubu kecil. Lihat wikipedia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kuwait
Apakah yang menyebabkan kecelakaan bagi Saddam?
seperti yang dilapor oleh BBC pada 25 September 2000, dia Saddam Hussein telah menulis Al-Quran dengan menggunakan darahnya.
http://fenomenazaman.blogspot.com/2011/11/al-quran-di-tulis-menggunakan-darah.html
dan Imam Ahmad Al Hassan telah mengutuk tindakan Saddam sedangkan tidak ada sesiapa pun yang berbuat demikian kerana takutkan keselamatan mereka terancam. Imam Ahmad Al Hassan telah memberi amaran bahawa Saddam telah menuliskan ajal dan kejatuhannya apabila dia menulis Al-Quran dengan darahnya yang najis.
Kaji dan bacalah dengan hati terbuka ----- Klik untuk Download e-Book Selamat Datang Khalifah Allah Al Mahdi
اللهم صلي على محمد و ال محمد الائمة و المهديين و سلم تسليما كثيرا
salam tuan admin..
BalasPadamboleh tak maksud "kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin" itu rujuk kepada kaum syiah/kaum yg akan bersekongkol menentang kedatangan Imam Mahdi nnt yg dikepong / dikawal oleh beliau semasa pemerintahannya bukan merujuk kepada tempat bermulanya Imam Mahdi. Hadis itu rasanya lebih merujuk kpd Saddam itu sendiri dari menceritakan tentang Al-Mahdi.Tiada siapa tahu siapa Al-Mahdi termasuk empunya badan sendiri kerana ia menjadi rahsia Allah. Sabda Nabi jika diceritakan tidaklah ia menjadi rahsia akhir zaman.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.
BalasPadamJika tuan perhatikan sunnah para nabi, tuan akan dapati mereka pasti menyeru kepada manusia ke arah kebenaran.
Apakah tuan yakin bahawa apabila mahdi muncul dia tidak akan menyeru manusia ke arah kebenaran?
jika dia tidak berhujah kepada manusia, lalu bagaimanakah dia boleh diberikan baiah?
dan perkara yang paling besar adalah berkenaan dengan wasiat. Apakah tuan yakin nabi nabi tidak meninggalkan wasiat?
Apakah Saddam Hussein adalah Sufyani?
BalasPadam"Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam…dan…Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, ‘kelopak mata yang turun’ sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia ’shaddam liman aradhahu’ (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”
Kuncinya ada pada ...dan... Sufyani. Bagaimana jika titik-titik itu diganti dengan melawan, memerangi atau membenci Sufyani?
Sufyani muncul di bulan Rajab, 14 Mei 1948 bertepatan dengan bulan Rajab. Sufyani membelah perut wanita hamil dan memasak bayi-bayi mungil dengan kuali di tiap serangan bombardirnya ke Gaza. Sufyani akan membawa rakyatnya ke Syam dan mengusir orang-orang nasionalis Palestina ke Mesir. Sufyani akan memerangi 2 musuh lainnya, yaitu si Belang-belang (ideologi campuran sosialisme-nasionalisme-nasserisme) dari Mesir dan si Ashab (para pemilik atau raja-raja) dan akan mengalahkan mereka semua pada Perang tahun 1948, 1967 dan 1973. Si Belang-belang akan terus memerangi Sufyani sampai Sufyani berhasil memaksa mereka menandatangani perjanjian kesetiaan kepadanya, yaitu Perjanjian Camp David. Setelah menguasai Palestina, Sufyani akan menguasai Yordania, Qinashirin/Aleppo, Damaskus dan Homs dengan bantuan rezim Assad yang berasal dari Banu Qilabiyyah. Setelah itu akan menyerang Kufah dan Hijaz sesuai cita-cita Sufyani Raya. Saddam pernah menembakkan rudal Scud ke wilayah Sufyani pada Perang Teluk 1991 dengan harapan negara-negara Arab berbalik memihaknya.
Abu Sulaiman Ardy
BalasPadamterima kasih atas komentar.
Menurut penelitian saya, Saddam adalah salah seorang daripada Sufyani. Kekejaman beliau ke atas rakyatnya sendiri tidak perlu saya huraikan disini.
Apa yang saya fahami, Sufyani itu bukan sekadar merujuk kepada individu sahaja, bahkan juga kepada gerakan dan pengaruh mereka. Gelaran sufyani adalah merujuk juga sifat dan sikap zalim seperti tindakan Abu Sufyan dan keterununannya yang menentang Rasulullah dan keturunan baginda.Begitulah yang terjadi kepada Imam Hussien yang dibunuh oleh Yazid bin Muawiyah bin Abu Sufyan.
Ada riwayat yang menyatakan juga Sufyani itu lebih dari seorang, dan begitu juga Al Mahdi juga lebih daripada seorang.
Ibn Al Munada meriwayatkan: " Sufyani ada tiga, Mahdi ada tiga. Sufyani pertama akan muncul, dan jika dia bangkit namanya disebut-sebut sehingga menjadi popular, Mahdi pertama bangkit, dan kemudian Sufyani kedua, dan kemudian Mahdi kedua bangkit, dan maka Sufyani ketiga akan bangkit, dan kemudian Mahdi ketiga akan bangkit, dan begitulah Allah akan membuatkan segala-galanya menjadi lebih baik daripada telah musnah sebelumnya, dan dia akan menyelamatkan orang beriman, dan akan membuat Sunnah kembali hidup, dan memadamkan api-api bid’ah. "
[Al Arf Al Wardi Li Al Sayooti, jilid 1, ms 149, hadith 250]
Berkenaan info tambahan tentang Sufyani dan gerakannya, boleh dapatkan info dari sini
http://kuunuuansarullah.blogspot.com/p/al-sufyani-di-ambang-pintu-di-manakah.html