Khamis, 20 Januari 2011
MARI MELABUR DI BURSA MALAYSIA
APA FAEDAH SERTAI BENGKEL INI?
5 Faedah Sertai Bengkel BJS
1. Pemahaman asas dan beza setiap pelaburan yang diiktiraf kerajaan
didedahkan.
2. Dengan hanya 15 minit sehari anda mampu mengenalpasti saham
berpotensi untuk dibeli dan seterusnya menjana keuntungan.
3. Duit simpanan anda akan bekerja dengan lebih kuat melalui teknik
pemilihan saham-saham yang berkualiti.
4. Rahsia teknik mengkaji trend saham selama 15-30 minits sehari
akan didedahkan.
5. Teknik mengawal emosi akan didedahkan untuk memastikan
keuntungan saham dapat dimaksimakan.
5 Faedah Sertai Bengkel CPO
1. Walaupun tidak mempunyai ladang sawit,anda mampu memperolehi
keuntungan dengan memasuki pasaran hadapan minyak sawit
2. Cara membuat tempahan 2 hala akan didedahkan.
3. Cara menggunakan platform melihat pergerakkan harga pasaran
hadapan minyak sawit mentah (FCPO)Malaysia akan diajar semasa
bengkel.
4. Risiko yang tinggi dapat dikawal asalkan dapat mengenalpasti arah
major trend pasaran sebenar.
5. Main pasaran hadapan tanpa melihat pergerakkan FCPO setiap
masa akan didedahkan.
Dunia saham penuh dengan cerita dan rahsianya yang tersendiri. Oleh itu, bengkel pendidikan pelaburan di Bursa Malaysia ini sesuai untuk semua yang ingin menjadi pelabur atau spekulator secara bersistematik. Pemahaman konsep dan asas pelaburan yang kukuh amatlah penting untuk memastikan wang simpanan hasil titik peluh bekerja dilaburkan dengan selamat dan seterusnya menjadi pelabur yang berjaya. Disamping mempelajari proses jual-beli saham dan teknik berspekulasi di Pasaran Hadapan Minyak Sawit/Indeks ,penceramah juga mengajar beberapa teknik emas yang terbukti berkesan dalam mengawal emosi. Jika emosi dapat dikawal,barulah untung dapat dimaksimakan.
Hasrat murni penceramah adalah mendedahkan orang ramai supaya melabur ke tempat yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Menurut beliau lagi, “keuntungan atau kerugian adalah hasil keputusan sendiri pelabur dan ianya pasti lebih baik dari ditipu ‘bulat-bulat’ oleh pembuat skim cepat kaya. Dengan modal ilmu dan komitmen yang ada, hasrat untuk bergelar jutawan saham pastinya menjadi kenyataan.” -ZAMSAHAM-
PROGRAM SETAHUN ZAMSAHAM 2011
PROMOSI PAKEJ BJS DAN CPO HANYA RM 680 SAHAJA!! *JIMAT RM320
*Promosi hanya untuk yang mendaftar awal sahaja
BENGKEL JUTAWAN SAHAM (BJS) = RM390 Seorang (Harga Sebenar RM500)
5 FEBUARI 2011 (SABTU) 9pg – 5ptg
Persada International Convention Center,JB
12 FEBUARI 2011 (SABTU)9pg–5ptg
Putra World Trade Center (PWTC) KL
23 APRIL 2011 (SABTU) 9pg – 5ptg
Putra Trade Center (PWTC) KL
14 MEI 2011 (SABTU) 9pg – 5ptg
Persada International Convention Center,JB
18 JUN 2011 (SABTU) 9pg – 5ptg
Putra World Trade Center (PWTC) KL
9 JULAI 2011 (SABTU) 9pg – 5ptg
Persada International Convention Center,JB
22 OKTOBER 2011 (SABTU) 9pg-5ptg
Putra World Trade Center (PWTC) KL
12 NOVEMBER 2011 (SABTU) 9pg-5ptg
Persada International Convention Center,JB
17 DISEMBER2011 (SABTU) 9pg-5ptg
Putra World Trade Center (PWTC) KL
BENGKEL JUTAWAN CPO (BJCPO) = RM390 Seorang (Harga Sebenar RM500)
6 FEBUARI 2011 (AHAD) 9pg – 5ptg
Persada International Convention Center,JB
13 FEBUARI 2011 (AHAD) 9pg -5ptg
Putra Trade Center (PWTC) KL
24 APRIL 2011 (AHAD) 9pg – 5ptg
Putra World Trade Center (PWTC) KL
15 MEI 2011 (AHAD) 9pg – 5ptg
Persada International Convention Center,JB
19 JUN 2011 (AHAD) 9pg – 5 ptg
Putra World Trade Center (PWTC) KL
10 JULAI 2011 (AHAD) 9pg – 5ptg
Persada International Convention Center,JB
23 OKTOBER 2011 (AHAD) 9pg–5ptg
Putra World Trade Center (PWTC) KL
13 NOVEMBER 2011 (AHAD) 9pg-5ptg
Persada International Convention Center,JB
18 DISEMBER2011 (AHAD) 9pg-5ptg
Putra World Trade Center (PWTC) KL
BAGAIMANA UNTUK SERTAI BENGKEL?
1. Hubungi Team Zamsaham: En Halim 0127448843, Cik Shida 0127265094, En Zaidi 0197317732, En Khalis 0122246994, En Adli 0177041999 (Mr Add), Cik Aziana 0197432230, Cik Aishah 0148231426
2. Daftar Secara Online Di Laman Web berikut (klik sini)
www.zamsaham.com, www.zamsaham.blogspot.com
ZAMSAHAM TRAINING AND CONSULTANCY
“DUNIA SAHAM DI LUAR KEBIASAAN”
Program pendidikan ini di sokong oleh : PERSATUAN PELABUR STRATEGIK MELAYU MALAYSIA (PPSMM)
Ahad, 2 Januari 2011
Elak kisah Hang Nadim
Tan Sri Ali Hashim telah banyak berjasa menaikkan ekonomi orang-orang Melayu sekali gus beliau telah juga berjihad dengan jalan perniagaan. Namun entah mengapa seperti ada yang cuba menyisihkan beliau seperti nasibnya Hang Nadim. Jom kita ikuti pandangan di bawah yang dipetik dari Utusan Malaysia.
Elak kisah Hang Nadim
Oleh PROF. DATO' DR. SIDEK BABA
ISU dan polemik KFC QSR, Kulim Bhd dan Johor Corporation yang hangat diperkatakan beberapa bulan kebelakangan ini menarik perhatian ramai. Aspek yang banyak dibicarakan ialah penyusunan semula kepimpinan Johor Corporaiton yang mengejutkan banyak pihak dan keinginan banyak pihak untuk menguasai saham KFC dan seumpamanya oleh pihak dalam dan luar negara.
Yang terakhir ialah usaha penyingkiran Tan Sri Ali Hashim yang dianggap tokoh kontroversial dalam isu ini yang dilakukan secara terancang. Sesiapa yang memerhatikan dengan rapi dan teliti pendekatan Ali akan menyaksikan dua perkara penting yang berlaku terhadap Johor Corporation.
Pertama, kemampuannya memperkasa Johor Corporation dan anak syarikatnya yang berjumlah hampir 300 buah sebagai sebuah entiti korporat yang dihormati dan disegani. Kedua, pendekatan Islam yang diambilnya iaitu memperkenalkan produk Islami yang menarik seperti Wakaf Korporat, Klinik An Nur, pembayaran zakat yang berterusan, menjamin pasaran halal KFC, Pizza Hut, Ayamas, Rasamas dan lain-lain lagi adalah suatu lonjakan berani yang mengambil pendekatan wasatiyyah atau sederhana iaitu suatu pendekatan yang amat serasi dengan iklim sosioekonomi dan politik Malaysia.
Dengan aset yang semakin besar dan aliran tunai KFC yang sangat menggalakkan tidak ada pertanda Johor Corporation akan menuju kepada muflis. KFC umpamanya menjadi semakin berkembang dan popular sehingga mampu mengembangkan sayapnya ke Singapura, Brunei, Kemboja dan India.
KPJ Healthcare umpamanya sudah memiliki 22 hospital dan termasuk beberapa buah di Indonesia. Ia menjadi kebanggaan umat Melayu dan Malaysia kerana keupayaannya mengembang dan menawarkan produk Islami yang berdaya saing.
Malaysia sebagai sebuah negara yang membangunkan institusi kewangan dan bisnes Islam yang kondusif tentunya melihat perkembangan ini secara positif. Pendekatan yang diambil dalam mengendalikan urusniaga dalam Johor Corporation adalah contoh unik bagi masyarakat Malaysia. Keupayaannya mengumpulkan lebih RM200 juta dana Wakaf Korporat dan membangunkan Klinik An Nur di seluruh negara didatangi oleh pesakit semua kaum dengan bayaran yang amat kecil, keupayaannya menampung kakitangan dan kepakaran di kalangan semua bangsa bagi hospital dan hospital pakar yang dikendalikan menjadi model praktis pengurusan bisnes perubatan yang berintegriti, keupayaan membina Hospital Tawakkal yang tegak dengan wajah baru di ibu kota adalah gambaran suatu kejayaan yang patut disyukuri sebagai lambang keupayaan umat Melayu dan Malaysia.
Walaupun Ali sering menggunakan pendekatan "Jihad Bisness", ia harus dilihat secara positif. Jihad pada pandangan sesetengah pihak adalah sesuatu yang negatif. Pada hemat saya, jihad ialah satu perjuangan. Memartabatkan kesedaran umat Melayu bahawa bisnes itu sebagai suatu jihad adalah penting.
Perjuangan
Bila bisnes itu dihubungkan dengan perjuangan, umat Melayu akan merasakan bahawa ada prioriti terhadap bisnes yang menjadi kekurangan umat Melayu. Ia menjadi lebih lengkap lagi kerana Islam dijadikan landasan untuk membangunkan kegiatan bisnes dengan tidak menafikan penglibatan dan penyertaan orang-orang bukan Islam.
Kerajinannya mendekati generasi muda umat Melayu di Institusi Pengajian Tinggi amat menarik sekali. Cetusannya terhadap Jihad Bisnes di kalangan generasi muda adalah langkah bijak.
Justeru, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun lalu menganugerahkan Doktor Kehormat kepadanya. Pada tahun ini saja Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kolej Universiti Insaniah, Kedah juga mengurniakan anugerah yang sama. Sudah tentu ada sebab mengapa kurniaan itu diberi.
Saya tidaklah bermaksud ''mendewa-dewkan''nya. Saya adalah salah seorang dari ramai umat Melayu dan Malaysia yang mengikuti usaha gigihnya memartabatkan kegiatan korporat yang berlandaskan Islam dan bermanfaat untuk masyarakat Malaysia.
Paling tidak, ada bukti bahawa kalau Tabung Haji boleh berjaya, bank dan Takaful Islam boleh berjaya, Johor Corporation juga tersenarai dalam senarai kejayaan ia memperlihatkan bahawa apa organisasi pun jika ditadbir urus dengan telus dan tulus, lebih-lebih lagi mengikut pedoman syariah, umat Melayu boleh berjaya. Dan yang paling penting manfaat kejayaan itu dikongsi dan dirasakan oleh orang-orang bukan Islam.
Bagi saya Ali sudah menjadi aset bagi umat Melayu. Beliau diibaratkan seperti "angsa emas" yang perlu dimanfaatkan bakat dan daya pengorbanannya.
Tidak banyak dalam Perbadanan Negeri yang sehebat Johor Corporation yang bukan saja menjadi kebanggaan warga Johor tetapi menjadi kebanggaan umat Melayu dan Malaysia. Apakah kerana Ali dan kawan-kawannya seperti Datin Sri Paduka Saadiah, Ahmad Muhammad, Jamaludin Ali yang tidak memiliki kepentingan saham dalam Johor Corporation menjadi satu kesalahan hingga membiarkan persaingan terbuka dalam dunia korporat menyebabkan model kebanggaan umat Melayu ini sedang dimasalahkan?
Sekiranya benar Ketua Eksekutif Johor Corporation yang baru tidak berhajat menjual QSR dan KFC ia adalah suatu kenyataan yang melegakan. Ia lebih melegakan lagi sekiranya Ceo Johor Corporation menarik balik notis EGM Kulim supaya ada pemikiran baru lahir bahawa perlunya tradisi menghargai bakat dan kebolehan yang dimiliki dihargai dan diperkongsi supaya kisah Hang Nadim dan Singapura dilanggar tTodak tidak berulang lagi.
Dalam tradisi Islam yang mementingkan keadilan, kita dididik meletakkan sesuatu pada tempatnya kerana antara sebab yang membawa kejatuhan umat Melayu dalam sepanjang sejarah ialah penyakit hasad dan dengki. Kita tidak pandai menghargai sumbangan dan pengorbanan orang lain. Kita selalu mengambil kesempatan pencapaian orang lain. Lalu kita mengaku bahawa itu adalah usaha kita sendiri. Kalau kita tidak pandai menghargai jasa orang tunggulah masanya sumbangan kita tidak akan dihargai oleh orang lain pula.
Langgan:
Catatan (Atom)