Khamis, 31 Disember 2015

KHALIFAH ALLAH AL MAHDI DATANG DENGAN BUKTI YANG NYATA, NAMUN TIADA SIAPA YANG DAPAT MENYANGKA DAN MEMAHAMI BAGAIMANA KEDATANGANNYA SEHINGGA DIA MENJELASKKAN

Berita Besar dan bagaimana memahaminya? Berita kedatangan Khalifah Allah adalah berita besar dan Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran dalam surah Berita, surah Al-Naba' surah 78: ayat 1-5 أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ﴿بسم الله الرحمن الرحيم﴾ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani ﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾ Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang mereka perselisihkan tentang nya. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui. (5) [Al-Naba' 78:1-5] ﴿قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ *انْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ* ........ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ﴾ {Katakanlah: "Ia adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya *.......... Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa waktu lagi.):[Shaad 38:67,68 dan 88]. Hakikatnya kedatangan berita besar yang menjadi tanda tanya dan diperselisihkan oleh manusia adalah mengenai kedatangan Khalifah Allah yang Allah sendiri lantik sebagai wakil dan hujjahnya ke atas mahluk. Bahkan sejak awal lagi berita besar ini telah menyebabkan Malaikat berselisih dan bertanya kepada tuhanNya tentang pelantikan Nabi Adam (a.s)sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Lalu Iblis gagal apabila Allah mengujinya dengan Mahluk baru yang Allah ciptakan sebagai wakilnya dibumi iaitu Adam (a.s) Dan begitulah perselisihan terjadi di kalangan manusia pada setiap kali diutuskan Khalifah lantikan Allah yang terdiri dari para nabi dan rasul serta para wasi mereka yang menjadi hujah ke atas umat dizamannya. Dan Iblis (la) telah berjanji bahawa dia akan menyesatkan mereka, anak-anak Adam dan dia telah menyebabkan mereka (manusia) untuk mengikuti jejak langkahnya dengan menjadi sombong terhadap Khalifah Allah SWT di sepanjang zaman. Oleh itu, di sepanjang zaman manusia dibahagikan antara sebahagian yang mengikut jejak langkah Malaikat iaitu mereka yang taat kepada Khalifah Allah, dan bahagian yang lain yang mengikuti Iblis (la) dengan kesombongannya terhadap Khalifah Allah. Dan kelak akan diketahui mereka yang mengikut Iblis (la) dalam kesombongan mereka terhadap khalifah Allah, ke tempat mana mereka akan kembali Di akhir zaman, Manusia yang berselisih bukan sahaja dikalangan umat Islam, bahkan dikalangan pengikut Yahudi dan Kristian. Kaum Yahudi mempercayai kedatangan Elia sang penyelamat di akhir zaman. Umat Kristian meyakini kedatangan kedua Yesus @ Isa yang telah mati tiang salib. Manakala Umat Islam pula mempercayai kemunculan keturunan Rasulullah di akhir zaman yang disebut sebagai Al Mahdi. Dikalangan Umat Islam sendiri perselisihan tentang kedatangan Khalifah Allah Al Mahdi sebelum kiamat kubra (kiamat besar)begitu jelas dan tidak dapat dinafikan. Kedua Mazhab Sunni dan Syiah saling bertikai tentang kedatangan Al Mahdi. Di sisi Sunni dipercayai bahawa Imam Mahdi yang akan muncul diakhir zaman adalah seorang lelaki yang dilahirkan di akhir zaman dari Zuriat Rasulullah. Manakala Syiah pula meyakini bahawa Imam Mahdi adalah Imam Muhammad Ibnu Hassan Al Askari yang telah dilahirkan pada pertengahan Syabaan Tahun 255 Hijrah, lalu ghaib selepas itu dan akan muncul di akhir zaman. Selain itu, perselisihan dan kekeliruan umat tentang kedatangan satu figure penyelamat di akhir zaman semakin parah dengan adanya penuntut penuntut palsu yang mendakwa kononya sebagai Imam Al Mahdi. Persoalannya ialah bagaiaman perselisihan ini dapat dirungkai dan manusia dapat mengenal Khalifah Lantikan Allah Al Mahdi agar mereka tidak menuduh bahawa Allah tidak pernah menurunkan peraturan bagaimana manusia dapat mengenal Khalifah yang Allah lantik?

Isnin, 9 November 2015

KHUTBAH PENGAMPUNAN OLEH: IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI A.S, WASHI DAN UTUSAN IMAM MAHDI A.S.



Untuk mereka yang pernah bersalah dan berdosa
Buat meraka yang pernah terkhilaf dan terlajak tingkah laku sebelum beriman
Dosa dosa kalian akan terampun sekalipun setinggi langit dan sebesar gunung. In Sha Allah

Perhatikanlah Khutbah Khalifah Allah Al Mahdi yang dijanjikan

KHUTBAH PENGAMPUNAN
OLEH: IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI A.S, WASHI DAN UTUSAN IMAM MAHDI A.S.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, selawat dan salamMu keatas Muhammad dan Keluarga Muhammad.

Dan orang-orang yang beriman yang beramal soleh dan beriman dalam apa yang telah diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah kebenaran daripada Tuhan mereka, Dia sembunyikan untuk mereka kesalahan mereka dan diselesaikan fikiran mereka. [Surah Muhammad 47:2]

Beginilah keadaan orang-orang yang beriman [dengan] Hujjah Allah. Mereka pada mulanya mempercayai ayat-ayat Allah dan beriman kepadaNya, kemudian mereka beramal dengannya dan beriman kepada Hujjah Allah keatas mereka, yang ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Maka mereka beroleh ganjaran dari Tuhan mereka berupa “yang disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka dan dan diselesaikan fikiran mereka.”

Sekarang mari kita bertanya pada diri kita sendiri, adakah kita beramal dengan firman-Nya, “disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka?”

 Saudaramu yang beriman digambarkan oleh Allah swt sebagai bersih dan suci.Allah tidak hanya memaafkan salah laku, bahkan Dia telah menghapuskannya: “Disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka,” menghapuskan bermaksud untuk melindungi dan menyembunyikan. Ya, Dia bukan sahaja telah memaafkan mereka, tetapi melindungi dan menyembunyikan kesalahan itu. Dan adakah anda tahu dari siapakah disembunyikan kesalahan itu?

 Dia sembunyikan kesalahan itu daripada malaikat-malaikat. Ya, dari daratan dan dari semua yang menyaksikan kesalahan atau dosa tersebut. Oleh itu, dosa itu tidak lagi wujud dan tidak lagi mempunyai kesan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Malaikat yang menulis kesalahan itu: Allah menjadikan dia lupa apa yang tulisnya. Ya, begitu juga daratan dan segala-galanya.

Orang yang jahil tentang kebenaran berkata bahawa perbuatan yang salah dan dosa-dosa itu diampunkan Allah, tetapi kesannya kekal. Dan mereka itu memberikan contoh bahawa jiwa itu adalah seperti sekeping kayu dan perbuatan salah itu seperti paku yang telah diketuk ke dalam kayu tersebut, dan mereka berkata walaupun paku tersebut telah ditarik keluar, kesannya akan tetap kekal. Jadi mereka melihat walaupun kesalahan itu telah diampunkan, kesannya masih tertinggal. Inilah apa yang mereka katakan.

Saya katakan dan kebenaran yang saya katakan kepada kalian, bahawa kalian salah. Mengapa kalian bercakap tentang apa yang kalian tidak tahu? Mengapa kalian menutup pintu Kerajaan Malakut terhadap orang yang bertaubat? Yang mamakukan paku ke dalam kayu tersebut bukanlah Pencipta kayu yang mampu mengembalikannya kepada keadaan asalnya. Manakala Yang Mengampunkan perbuatan salah adalah Dia, Allah yang menciptakan ruh dan Dia mampu keatas segala-galanya. Dia mampu mengembalikan ruh sebagaimana asalnya.

Jika seorang hamba bertaubat kepada Allah, maka Allah menjadikan malaikat yang mencatat menjadi lupa apa yang mereka menulis, dan Dia menjadikan daratan di mana hamba tersebut melakukan kesalahan menjadi lupa apa yang ia saksikan. Dia mengangkat setiap jejak kesalahan dari jiwa hamba tersebut, iaitu hamba yang ikhlas dalam taubatnya. Ya, dia kembali sepertimana hari ibunya melahirkanya, fitrah suci. Tidak ada dosa. Tiada kesan. Tiada siapa yang ingat.

Ya, dengan rahmat Allah, Allah menjadikan hamba tersebut mengingati kesalahannya, bukan untuk berbicara tentangnya, kerana Allah juga tidak pernah cukup dengan demikian, tetapi untuk dia tidak akan kembali kepada kesalahan tersebut, dan supaya dia sentiasa merasakan kepedihan akibat ketidakpatuhan dengan kepatuhan, dan terus ditinggikan (martabatnya) dengan kepedihan tersebut.

Wahai orang-orang yang bertaubat, kalian hari ini adalah fitrah yang suci sepertimana hari ibu kalian melahirkan kalian. Tiada pintu dari pintu-pintu langit yang tertutup di hadapan kalian jika sekiranya anda ingin naik (ke kedudukan yang lebih tingg). Kalian ingin menjadi orang-orang yang dekat (muqarrabin), ya silakan kerana pintu itu terbuka untuk kalian, yang dibukakan oleh Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Allah mahukan kalian mendengar Dia swt supaya tinggalkan seruan syaitan. Jangan tertipu dengan perkataanya, "Siapakah anda? Apa anda akan jadi supaya anda menjadi orang-orang yang dekat?" Jangan diperbodohkan dengan perkataannya yang berkata kepada kalian, "Siapakah anda supaya anda boleh naik ke tahap yang lebih tinggi?"

Sekiranya kalian terpaksa berpaling kepadanya, maka katakanlah kepadanya, "Aku adalah hamba yang lemah, bersalah lagi miskin dan seorang hamba yang berdosa, tetapi Tuhanku Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang dan Pemurah, Dia telah membuka pintu buatku melalui anugerah pemberian-Nya.”

Beginilah keadaan orang yang beriman dengan Hujjah Allah “disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka.” Sekarang, kita tahu bagaimana Allah swt menyembunyikan salah laku mereka. Jadi, apakah kita telah memberi hak mereka? Adakah kita telah memberi mereka yang bersih lagi suci itu akan hak mereka? Bagaimana kita berurusan antara satu sama lain? Ya, setiap seorang daripada kita sepatutnya tahu bahawa saudaranya yang beriman adalah menyayangi Allah dan sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang beriman dan mencintai sesiapa jua yang mencintai mereka.

Cukupkah bagi kalian mengetahui bahawa dia adalah suci dan bahawa sesungguhnya Allah menyembunyikan kesalahanya supaya kalian mengasihi dia. Cukuplah bahawa sesungguhnya Allah menyintai dia supaya kalian menyintai dia. Cukuplah bahawa para nabi dan pewaris nabi (awsiya) menyintai dia itu supaya kalian cinta kepadanya. Cukuplah bahawa malaikat cinta kepadanya supaya kalian menyintainya. Cukuplah (bagi mereka) bahawa Allah tidak redha bahawa kalian menyakiti orang yang beriman itu dengan perkataan, supaya kalian mengelakkan diri dari menyakiti mereka. Cukuplah bagi kalian untuk mengetahui bahawa makhluk yang paling dikasihi oleh Allah adalah mereka yang cinta demi Allah [cinta sesama saudara yang beriman], supaya kalian bermula seperti baharu.

Wahai orang-orang berimana, yang disucikan oleh rasa cinta atau menjauhkan dari menyakiti saudara seiman kalian yang disucikan. Ya, ini adalah kewajipan kalian untuk pergi ke kedudukan yang lebih tinggi. Pintu-pintu tersebut adalah terbuka buat kalian, oleh itu janganlah kalian mengendahkan tipu daya Syaitan. Jangan sesekali mengabaikan kecintaan kepada orang-orang yang beriman atau menyakiti mereka, agar pintu yang telah dibuka untuk kalian tidak tertutup sekali lagi.

Kemudian adakah kita telah beramal dengan firman-Nya SWT, “Dan diselesaikan keadaan fikiran mereka.” Adakah kita gembira dengan rahmat keselamatan agama ini dan bai’ah yang benar?

“Katakanlah, di dalam rahmat Allah dan kasihNya, di dalamnya dibiarkan mereka bersuka ria, ia adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”(Al-Maidah:5).

Adakah kita berdukacita terhadap apa yang kita hindarkan diri dari perkara-perkara duniawi termasuklah kemenangan materialistik? Adakah kita pernah berasa gembira sekiranya kemenangan materialistik yang diperolehi itu dapat dicapai bersebabkan kehendak dan rahmat-Nya?

“Supaya kamu tidak berdukacita terhadap apa yang telah kamu dihindarkan darinya dan tidak berasa gembira terhadap apa yang Dia kurniakan keatas kamu. Dan Allah tidak suka orang yang sombong takabbur” (Al-Hadid: 57)

Jika beginilah keadaan kita, maka kita menjadi contoh terhadap “diselesaikan keadaan fikiran mereka”. Ya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka itu dengan redha akan penghakimanNya dan tunduk kepada arahanNya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan pengabdian kepada Dia swt. Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan beramal diantara kedua tangan HujjahNya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan keikhlasan kepada Dia SWT. Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan harapan dan ketakutan.

Terdapat orang-orang jahil yang barangkali membayangkan bahawa Dia swt menyelesaikan keadaan fikiran dengan pembaikan dunia mereka iaitu dengan urusan-urusan materialistik. Mereka berimaginasi bahawa Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan urusan-urusan dunia materialistik, kerana dunia ini adalah sejauhmana yang mereka boleh gapai dalam pengetahuan mereka. Sedangkan bagi mereka yang keadaan fikirannya telah diselesaikan oleh Dia swt, seluruh dunia ini adalah kejahilan melainkan posisi keilmuan, dan keseluruhan ilmu itu adalah hujjah kecuali apa yang diamalkan, dan keseluruhan amalan adalah riya’ kecuali amalan yang ikhlas, dan keikhlasan itu di dalam bahaya sehingga orang itu melihat apa yang dimeterai (kehidupan) untuknya.

Maka keadaan fikiran mereka disibukkan dengan Dia SWT. Adakah ada sesuatu yang lebih melegakan selain dari sebuah fikiran yang disibukkan dengan Allah? Ya, benar bagi mereka yang sebegini, maka Dia swt “telah selesaikan keadaan fikirannya.”.

Salam Sejahtera keatas kalian, wahai orang-orang beriman dan dirahmati Allah. KeberkatanNya, salamNya dan doaNya keatas mereka tabah dalam keadaan keadaan kesakitan dan kesusahan.

Salam keatas anda wahai Ansar Allah, yang berhak lagi benar. Mereka yang telah mengesahkan ikrar mereka kepada Allah, maka Allah telah mengesahkan ikrar mereka. Semoga Dia mengurniakan mereka kedudukan yang tinggi bersama para Nabi dan Rasul.

Salam keatas anda, yang menyeberang ke akhirat dalam keadaan selamat dan sejahtera, dan juga dalam perlindungan agama, yang Allah cintai dan dengan apa yang diredhai Allah. Saya memohon kepada Allah untuk syafaat anda dalam urusan kami dan mendoakan untuk kami insan lemah yang tinggal di dunia yang kotor lagi gelap gelita ini, agar laluan kami pada hari laluan kami dicatatkan adalah kepada cahaya yang telah anda seberangi.

Ya Allah, bantulah kami, dan gunalah kami untuk membantu agamaMu dengan kehendak dan rahmatMu, dan dengan limpah kurniaanMu.

Dengan Nama Allah Yang Pengasih lagi Maha Pengasih

”Apabila telah datang kemenangan dari Allah dan pembukaan. Dan engkau melihat manusia berbondong bondong memasuki agama Allah. Oleh itu, sucikan dengan memuji Penciptamu dan pohonlah keampunan dari-Nya.Sesungguhnya, Dia Maha Menerima Taubah.” (An-Nasr: 110)

Rabu, 22 Julai 2015

GEMPAR! APAKAH WASIAT BAGINDA RASULULLAH DI MALAM KEWAFATANNYA?

GEMPAR! APAKAH WASIAT BAGINDA RASULULLAH DI MALAM KEWAFATANNYA?







Diketahui dari ayat-ayat Quran al Karim, penulisan wasiat adalah wajib hukumnya. Di sini saya sertakan ayat-ayat tersebut:




كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ


Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)



Seterusnya:


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ شَهَٰدَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ حِينَ ٱلْوَصِيَّةِ ٱثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ أَوْ ءَاخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنتُمْ ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَأَصَٰبَتْكُم مُّصِيبَةُ ٱلْمَوْتِ


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. (Al Maidah: 106)



Maka atas sebab itu, Muhammad SAW sebagai seorang Rasul Allah, pendokong syariat yang teragung dan terbaik, sudah pastinya akan menuliskan wasiat apabila kedatangan ajal padanya. Jika tidak, sudah pasti baginda akan dituduh sebagai seorang yang tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan dirinya sendiri. Allah melindunginya dari sifat ini.


Bagi melaksanakan syariat ini, maka pada hari Khamis, beberapa hari sebelum kewafatan baginda, telah dipintakan kepada orang ramai pena dan kertas agar baginda dapat menulis wasiat yang dapat menyelamatkan umatnya dari kesesatan selama-lamanya selagi kita berpegang kepadanya. Namun baginda telah dihalang dari menulisnya oleh sekumpulan “sahabat” yang dikepalai oleh Umar al Khattab.


Ibnu Abbas menyebut peristiwa ini sebagai Tragedi Hari Khamis. InsyaAllah, kami akan sertakan beberapa riwayat tersebut.



Hadis Pertama


عن ابن عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم


Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah” kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]



Hadis Kedua


ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)


Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah SAW semakin berat, kemudian Beliau SAW bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah SAW bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]



Hadis Ketiga



عن ابن عباس قال لما اشتد بالنبي صلى الله عليه وسلم وجعه قال (اتئوني بكتاب أكتب لكم كتابا لا تضلوا من بعده). قال عمر إن النبي صلى الله عليه وسلم غلبه الوجع، وعندنا كتاب الله حسبنا. فاختلفوا وكثر اللغط، قال (قوموا عني، ولا ينبغي عندي التنازع). فخرج ابن عباس يقول: إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله عليه وسلم وبين كتابه


Dari Ibnu Abbas yang berkata ketika sakit Nabi SAW semakin parah, Beliau bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan tuliskan untuk kalian tulisan yang kalian tidak akan sesat setelahnya”. Umar berkata”Sesungguhnya Nabi SAW telah dikalahkan oleh sakitnya dan kita sudah memiliki Kitabullah dan cukuplah itu bagi kita. Lalu mereka berselisih dan terjadi keributan. Nabi SAW pun berkata”Menyingkirlah kalian dari-Ku, tidak sepantasnya terjadi perselisihan di hadapan-Ku”. Maka Ibnu Abbas berkata “Sesungguhnya bencana yang sebenar-benar bencana adalah penghalangan antara Rasulullah SAW dan penulisan wasiatnya” [Shahih Bukhari no 114]



Dari tiga hadis di atas, kita dapati bahawa Nabi SAW menyebut dengan jelas bahawa apa yang baginda akan tuliskan adalah perkara yang akan menghalang/menyelamatkan umat dari kesesatan selepas baginda. Dan Ibnu Abbas menyebut dan menangisi peristiwa ini sebagai satu bencana atau musibah.


Saya tidak mahu menggunakan riwayat ini untuk menganalisis tindakan Umar al Khattab. Bagi saya ia telah jelas lagi bersuluh dan saya tinggalkan ia untuk penilaian para pembaca. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya kepada saya adalah, di manakah wasiat al maut(wasiat ketika kematian) oleh baginda? Sudah tentu baginda tidak akan meninggalkan penulisannya hanya kerana baginda telah dihalangi oleh sekumpulan manusia jahil?


Kerana jika benar begitu, maka baginda telah bercanggahan dengan syariat, dan sudah tentu Allah melindungi baginda dari perkara itu, sedangkan apa yang baginda ingin tuliskan adalah sesuatu yang besar. Bukan perkara remeh.


Semoga kalian dapat fikirkan hal ini dan memberikan jawabannya.

Sabtu, 31 Januari 2015

SISTEM YANG BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH RASULLAH - Bahagian Dua

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Di dalam artikel terdahulu telah diterangkan bagaimana teori ekonomi yang dipakai oleh dunia hari ini menjadi korup sama sekali. Korup kerana ia berteraskan matlamat untuk memuaskan nafsu serakah manusia.

Pada keseluruhannya, kita semua termasuk orang-orang yang korup kerana mendokong sistem yang korup sama ada secara sedar atau tidak, secara langsung dan tidak langsung. Tidak kiralah apa pekerjaan anda sekali pun. Kita semua adalah mangsa dan terpaksa menjadi korup. Tiada pilihan. Nah, itulah hakikatnya.

Hanya sedikit sahaja tujuan ekonomi itu dijana bagi memenuhi keperluan manusia. Maksud tersirat di dalam teori ekonomi moden menggambarkan bahawa memenuhi keperluan manusia itu tidak menyeronokkan dan tidak memberikan keuntungan berganda. Sebaliknya, tujuan memenuhi nafsu manusia yang tidak kunjung putus itulah yang memacu pertumbuhan ekonomi dan menjana kekayaan!  Dan proses memenuhi nafsu serakah ini semakin menjadi-jadi dengan berkembangnya Ilmu sains dan teknologi. Bermula dengan revolusi perindustrian di eropah sehinggalah ke era revolusi digital pada hari ini.


Kali ini kita akan lihat bagaimana pula Ilmu sains dan teknologi yang dimiliki disekat dan dibataskan demi mengaut keuntungan dunia yang sedikit.

Sains dan teknologi sememangnya memainkan peranan yang besar dalam membina peradaban manusia
Namun apakah sains dan teknologi itu sebenarnya?

Istilah Sains itu secara umumnya bermaksud satu longgokan ilmu pengetahun yang telah terbukti kebenaranya berdasarkan kepada sistem cerapan, ujian, kajian dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, ia adalah ilmu alam.

Manakala teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih dari satu takrifan. Salah satu takrifan tersebut adalah sebagai pembangunan dan penggunaan alat-alatan, mesin, bahan dan proses yang tertentu untuk menyelesaikan masalah manusia. Dalam erti kata yang lain, teknologi itu adalah alat yang digunakan oleh manusia bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi atau bagi tujuan mencapai sesuatu yang diinginkan.

Menuju Ekonomi Kelimpahan: Membebaskan Sains dan Teknologi daripada Penjara Keserakahan.

Di dalam pemerhatian yang mendalam terhadap realiti dunia hari ini, kita dapat melihat bagaimana teori ekonomi yang dipakai oleh dunia menjadi korup sama sekali. Korupsi ini bukan sekadar pada angka, tetapi pada akarnya: ia berteraskan matlamat untuk memuaskan nafsu serakah manusia.

Pada keseluruhannya, kita semua terperangkap. Kita mendokong sistem yang korup ini sama ada secara sedar atau tidak, secara langsung atau tidak langsung. Tidak kiralah apa pekerjaan anda sekalipun, kita semua adalah mangsa yang terpaksa menjadi korup di dalam sistem yang berpaksikan Paradigma Kekurangan (Scarcity-Based Mindset). Inilah hakikat pahit yang perlu kita telan.

Mitos Kekurangan dan Pemuasan Nafsu

Hanya sebahagian kecil daripada aktiviti ekonomi dunia hari ini dijana bagi memenuhi keperluan asas manusia. Maksud tersirat di dalam teori ekonomi moden menggambarkan bahawa memenuhi keperluan manusia itu "tidak menyeronokkan" dan tidak memberikan keuntungan berganda. Sebaliknya, tujuan memenuhi nafsu manusia yang tidak kunjung putus itulah yang memacu pertumbuhan ekonomi dan menjana kekayaan!

Proses memenuhi nafsu serakah ini semakin menjadi-jadi dengan berkembangnya ilmu sains dan teknologi. Bermula dengan Revolusi Perindustrian di Eropah sehinggalah ke era revolusi digital hari ini, potensi manusia sering kali disalahguna. Kita melihat bagaimana sains dan teknologi yang dimiliki disekat dan dibataskan demi mengaut keuntungan dunia yang sedikit.

Sains dan Teknologi: Alat Pembebasan atau Penjara?

Sains dan teknologi sememangnya memainkan peranan yang besar dalam membina peradaban manusia. Namun, apakah hakikatnya?

  • Sains secara umumnya adalah longgokan ilmu pengetahuan yang terbukti kebenarannya melalui cerapan dan kajian—iaitu ilmu alam.

  • Teknologi pula adalah pembangunan alat, mesin, dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Secara fitrahnya, teknologi sepatutnya menjadikan sesuatu perkara itu lebih mudah, lebih murah, dan akhirnya membawa kepada Kelimpahan (Abundance). Namun, di bawah sistem ekonomi korup, "Kelimpahan adalah musuh kepada keuntungan." Apabila sesuatu sumber itu melimpah, harganya akan jatuh. Oleh itu, sistem hari ini sengaja mencipta "kekurangan buatan" (artificial scarcity) melalui sistem paten yang ketat, monopoli harta intelek, dan polisi yang menyekat inovasi rakyat marhaen.

Transformasi Visi: Pendekatan Sumber Terbuka (Open Source)

Bagaimana kita melawan sistem yang memenjarakan potensi sains ini? Jawapannya terletak pada demokratisasi teknologi melalui gerakan Sumber Terbuka (Open Source).

Salah satu model paling berwibawa adalah Open Source Ecology (OSE). Mereka memperkenalkan Global Village Construction Set (GVCS)—sebuah pelan biru sumber terbuka untuk 50 mesin industri asas (seperti traktor, pencetak 3D, dan penapis air) yang membolehkan sebuah komuniti membina peradaban moden dengan kos yang sangat rendah.

Apabila ilmu sains dan reka bentuk teknologi dikongsi secara bebas, kita sebenarnya sedang meruntuhkan tembok "kekurangan" yang dibina oleh elit korporat. Kita tidak lagi perlu menjadi hamba kepada jenama atau rantaian bekalan yang memeras; kita kembali kepada fitrah manusia sebagai pencipta (maker) dan pengurus alam yang bertanggungjawab.

Kesan Sosial: Dari Persaingan ke Kolaborasi

Peralihan kepada teknologi sumber terbuka dalam kerangka Ekonomi Kelimpahan akan membawa kesan sosial yang mendalam:

  1. Kedaulatan Komuniti: Komuniti tidak lagi bergantung kepada bantuan luar atau hutang bank untuk membina infrastruktur asas. Kuasa kembali ke tangan rakyat.

  2. Pemulihan Fabrik Sosial: Berbeza dengan sistem lama yang memacu persaingan, sistem kelimpahan memacu kolaborasi. Gotong-royong moden akan wujud dalam bentuk perkongsian kod, reka bentuk mesin, dan tenaga kerja.

  3. Kesejahteraan Mental: Apabila keperluan asas dapat dipenuhi dengan kos yang rendah, manusia tidak lagi dibelenggu kebimbangan ekonomi (economic anxiety). Ini memberi ruang kepada pembangunan jiwa, seni, dan hubungan kekeluargaan yang lebih berkualiti.


Pelan Tindakan: Membina Oasis Kelimpahan

Untuk menterjemah visi ini ke dalam realiti, kita perlu bermula dari unit yang paling kecil menerusi langkah berikut:

  • Langkah 1: Literasi Ilmu Terbuka. Mempelajari dan menyebarkan maklumat tentang teknologi alternatif yang tidak bergantung kepada paten korporat.

  • Langkah 2: Penubuhan Bengkel Komuniti (Makerspace). Mewujudkan ruang perkongsian alat pertukangan dan mesin digital untuk kegunaan bersama, mengurangkan keperluan setiap individu untuk membeli barangan yang jarang digunakan.

  • Langkah 3: Implementasi Teknologi Lokal. Membina sistem tenaga, pertanian, dan perumahan menggunakan bahan tempatan dengan panduan reka bentuk sumber terbuka.

  • Langkah 4: Ekonomi Edaran (Circular Economy). Mengurus sisa secara bijaksana dengan menukarnya kembali menjadi sumber melalui teknologi kitar semula lokal.

Penutup

Kedaulatan sejati tidak akan datang daripada sistem yang berpaksikan keserakahan. Ia datang apabila kita membebaskan minda daripada belenggu 'Scarcity' dan mula membina sistem 'Abundance' yang berteraskan rahmat Allah SWT. Teknologi adalah amanah, dan sudah tiba masanya amanah ini dikembalikan kepada seluruh umat manusia untuk kesejahteraan bersama.

Daya dan upaya itu hanya milik Allah. Hanya dengan petunjuk-Nya, kita mampu meruntuhkan tembok keserakahan ini bagi membina sebuah peradaban yang berteraskan kelimpahan untuk semua.


Sumber Rujukan & Inspirasi:

  1. Jakubowski, M. (2011). Open Source Ecology: The Global Village Construction Set. TED Talk. (Mengenai model praktikal pembinaan mesin sumber terbuka).

  2. Fuller, R. Buckminster (1969). Operating Manual for Spaceship Earth. (Mengenai kecekapan sumber dan teknologi untuk manusia).

  3. Diamandis, P. H., & Kotler, S. (2012). Abundance: The Future Is Better Than You Think. Free Press. (Mengenai bagaimana teknologi eksponensial menukar kekurangan kepada kelimpahan).

  4. Rifkin, J. (2014). The Zero Marginal Cost Society. Palgrave Macmillan. (Mengenai bagaimana internet dan teknologi sumber terbuka meruntuhkan model kapitalisme lama).