Khamis, 1 Mac 2012

SENANGKANLAH HATIMU!


 Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana dihadapanmu terbentang kesempatan untuk menunaikan yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.



Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu!Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi,lantaran kemiskinanmu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian.



Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu! Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia: Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab banyak orang yang telah mengecap nikmatnya. 


Kalau engkau tidak kuasa jadi dermawan, itupun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah. Saat yang demikian pasti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingga hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.




Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh.Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya.




Kalau engkau telah tua,senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.




Kalau engkau dari turunan yang mulia-mulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan dan kalau kalah tidak begitu terasa. Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya dirimu mahal dan timbanganmu berat.Yang penting adalah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang.




Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan.Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor atau perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudnya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah.

Ingatlah: Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?



Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah ternyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNya, lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan. 




Kalau engkau sakit, senangkan pulalah hatimu! Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan iaitu kesihatan dan kesakitan. Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia ataupun kesembuhan yang sejati.




Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkan hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang terang-benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingga menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihatNya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya matamu sehingga jadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan menghinakan, sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam: “Adalah”, sehingga diapun “ada”.




Kalau engkau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu mulut tidak banyak mencacatkanmu, tidak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, dihadapanmu ada puncak bukit dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakatmu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir-pasir yang kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tidak didapat oleh yang bibirnya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam kolam ilham.




Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu! Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal.



Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau, tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.




Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhambakan, senangkanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati, dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah**.




Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagimu kesempatan mencari kekuatan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.




Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkan hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan.


Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa ’sial-dangkal’, maka senangkanlah hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yang gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.





Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas khasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua  jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong
di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ketelingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersunggguh-sungguh.

Jika engkau mencinta tetapi cintamu tidak terbalas, senangkanlah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah ia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau menjadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup ini berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.



Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.




Merasa senanglah selalu!


Merasa tenteramlah!.....

Solawat! 

(Oleh Al-Anisah Mai) dipetik karya Prof. Dr. Hamka . Tasawuf Moden.

Rabu, 15 Februari 2012

SURAT CADANGAN TERBUKA KEPADA JAWI

Assalamualaikum Warahmatullah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Saya ingin mencadangkan sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh pihak tuan dan mungkin ini boleh memberi manfaat bagi kaum muslimin.

Yang pertama. Saya ingin mencadangkan agar semua surau dan masjid Persekutuan dibuat satu direktori khas di laman web lengkap dengan gambar dan peta lokasi (google map) bagi kegunaan orang awam yang mungkin memerlukannya sebagai panduan merancang perjalanan. Itu pun jika perkara ini tidak membebankan pihak tuan.

Yang kedua. Setiap masjid dipaparkan no akaun bank bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan & derma secara perbankan atas talian. Perkara ini perlu kerana ia boleh membantu melaksana sunnah nabi dan ajaran agama seperti sedekah secara sembunyi. Seperti yang kita tahu bahawa fadhilat sedekah itu sungguh besar kerana nabi pernah bersabda "Bersegeralah kamu dengan sedekah kerana bala tidak akan melangkah sedekah" dan hadis yang berbunyi "ubatlah penyakitmu dengan bersedekah"

Yang ketiga. Mungkin pihak JAWI boleh membuat satu rakaman video khutbah Jumaat lalu dimuatnaik kedalam youtube untuk tontonan orang ramai. Kaum muslimah juga boleh mendapat manfaat daripada khutbah ini. Satu rakaman daripada sebuah masjid sahaja sudah mencukupi. Sebagai contoh, boleh ambil video khutbah daripada masjid Putra, Putrajaya. Atau rakaman video tu boleh diambil secara bergilir-gilir daripada setiap masjid persekutuan pada setiap minggu lalu dimuat naik ke Youtube misalnya.

Jika maklumat ini disertakan di laman web JAWI atau JAKIM misalnya, insya Allah, blogger kecil seperti saya dan ramai lagi blogger yang lain akan membantu pihak JAWI mempromosikan perkara ini secara maya dan percuma. Dan jika perkara ini berjaya, maka mungkin perkara ini boleh dilaksanakan diperingkat negeri dengan kerjasama JAKIM dan Jabatan Agama setiap negeri. 

Perkara-perkara baik seperti ini perlu kita gerakan secara percuma yang mungkin kerana didapati agenda untuk menyebarluaskan maksiat dan kemungkaran semakin menjadi-jadi dan diberikan secara percuma kepada masyarakat melalui radio, TV dan internet. Adalah dikhuatiri jika perkara-perkara kebaikan seperti ini tidak dibuat dengan percuma malah dikenakan kos, maka apakah orang-orang ramai akan tertarik kepada kebaikan yang dikenakan bayaran berbanding maksiat dan kejahatan yang disebarkan secara percuma?

Jika radio IKIM dan TV Al-Hijrah telah mampu dan berjaya dilaksanakan pada hari ini, maka saya yakin perkara yang kecil ini juga boleh dilaksanakan oleh pihak JAWI dengan bantuan JAKIM dan kerjasama kerajaan negeri serta blogger-blogger kecil seperti saya. Insya Allah. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan Allah.

Sekadar satu cadangan Ikhlas dari saya : 


Solawat.

Jumaat, 10 Februari 2012

INGINKAN JALAN PINTAS MACAM MLM? NABI DAH AJAR DAH LAMA DAH...






 Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Inginkan jalan pintas menjadi kaya macam MLM? Bahkan lebih baik lagi?

Sesuatu yang lebih baik daripada emas sebesar gunung.
 
Sebenarnya nabi ajar dah lama dah.

Nah! Ini adalah perkongsian hari Jumaat. Dipetik dari kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa_

Jom! Sama-sama kita amalkan.

Solawat!


Selasa, 7 Februari 2012

BARANG YANG BERGUNA



WHAT’S MINE IS YOURS is about Collaborative Consumption, a new, emerging economy made possible by online social networks and fueled by increasing cost consciousness and environmental necessity. Collaborative Consumption occurs when people participate in organized sharing, bartering, trading, renting, swapping, and collectives to get the same pleasures of ownership with reduced personal cost and burden, and lower environmental impact.

The book addresses three growing models of Collaborative Consumption: Product Service Systems, Communal Economies, and Redistribution Markets. The first, Product Service Systems, reflects the increasing number of people from all different backgrounds and across ages who are buying into the idea of using the service of the product-what it does for them-without owning it. Examples include Zipcar and Ziploc, and these companies are disrupting traditional industries based on models of individual ownership. Second, in what the authors define as Communal Economies, there is a growing realization that as individual consumers, we have relatively little in the way of bargaining power with corporations. A crowd of consumers, however, introduces a different, empowering dynamic. Online networks are bringing people together again and making them more willing to leverage the proverbial power of numbers. Examples of this second category include Etsy, an online market for handcrafts, or the social lending marketplace Zopa. The third model is Redistribution Markets, exemplified by worldwide networks such as Freecycle and Ebay as well as emerging forms of modern day bartering and “swap trading” such as Zwaggle, Swaptree, and Zunafish. Social networks facilitate consumer-to-consumer marketplaces that redistribute goods from where they are not needed to somewhere or someone where they are. This business model encourages reusing/reselling of old items rather them throwing them out, thereby reducing the waste and carbon emissions that go along with new production.

WHAT’S MINE IS YOURS describes how these three models come together to form a new economy of more sustainable consumerism. Collaborative Consumption started as a trend in conjunction with the emergence of shared collective content/information sites such as Wikipedia and Flickr and with the recent economic troubles and increasing environmental awareness, it is growing into an international movement. The authors predict it will be a fully fledged economy within the next five years.

In this book the authors travel among the quiet revolutionaries (consumers and companies) from all around the world. They explore how businesses will both prosper and fail in this environment, and, in particular, they examine how it has the potential to help create the mass sustainable change in consumer behaviors this planet so desperately needs. The authors themselves are environmentalists, but they are also entrepreneurs, parents, and optimistic citizens. This is a good news book about long-term positive change.

Nak tahu lebih lanjut, pergi kat link ni : 

Kalau nak tonton video tentang idea ni, boleh klik kat sini
http://www.wired.co.uk/news/archive/2011-10/13/rachel-botsman-wired-11

Nota: Dalam Al-Quran ada surah yang bertajuk : Barang yang berguna





Isnin, 6 Februari 2012

SATU LUAHAN HATI




Katakanlah :Tiada yang wujud melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Semua yang ada akan hancur dan pasti musnah melainkan Allah Dzat yang mahasuci.

Ya Rasulullah, Sesungguhnya dirimu dan Ahlul Bait mu telah mengajarkan kepada kami melalui datuk nenek dan kedua ibu bapa kami akan perintah yang datang dari Rabbul Allamin.

Sesungguhnya dirimu manusia yang paling beradab. Dan tiadalah syariat agama itu diturunkan dan disempurnakan kepadamu melainkan dalam keadaan dirimu yang sempurna suci dan paling beradab sekali.
Hanyalah orang-orang yang beradab dan suci yang mampu menerima hidayah dengan izinNya dan mengerti akan syariatmu. Dan semakin beradablah orang-orang yang memegang teguh akan syariatmu ya Rasulullah.

Ya Rasulullah. Dirimu pernah memberitahu bahawa musuh kami itu telah berputus asa untuk menyesatkan dalam perkara yang besar. Dan dirimu telah mengingatkan supaya berhati-hati di dalam perkara yang kecil. Namun selama ini diri kami tidak menyedari dan bersikap tidak acuh.

Dirimu sentiasa memikirkan dan mendahulukan orang lain. Sedang diriku sentiasa memikirkan diriku dan mendahulukan diri.

Ibnu Hisyam memberitahu, bahawa dirimu semasa bayi tidak akan  mahu  menyusu tatkala  saudara  susuan,  anak  kandung  Halimah  alSaadiah  menangis  minta disusukan. Setelah saudara susuanmu tidur kekenyangan barulah dirimu mahu menyusu.

Oh alangkahnya dirimu bagaikan  faham  tentang  keperluan  sifat  mengutamakan  insan  lain. Begitu jugalah sikap dirimu terhadap sepupu-sepupumu dari anak Pakcikmu Abu Thalib di zaman kanak-kanak. Dan begitu jugalah sikap dirimu ke atas umat setelah dewasa dan bergelar Rasul.

Dirimu tidak pernah makan sampai kenyang dan selalu tenang dalam berlapar dan dahaga. Namun diriku makan sampai menjadi malas-malasan dan gelisah memikirkan makanan esok lusa. Dan Saidatina Aisyah memberitahu bahawa inilah bidaah yang pertama oleh umatmu selepas dirimu tiada.

Dirimu selalu bersyukur dengan barang yang sedikit. Sedangkan diriku sentiasa mengeluh walaupun harta sebesar bukit.

Dirimu tetap khusyuk solat walaupun di dalam hujan panah, lembing dan kilauan pedang . Sedangkan diriku terkeluh dihati hanya kerana sesuatu yang berdering disebelah sidang.

Dirimu tidak pernah membalas walaupun disakiti lisan dan badan. Malah dirimu ibarat bunga yang meninggalkan haruman walaupun luluh di dalam genggaman.

Sedangkan diriku hanya kerana mendengar kelembutan yang tidak menyenangkan walaupun  benar, menyimpan dendam dan amarah yang membakar.

Dirimu selalu menangis mengenangkan nasib umat dan hari akhirat. Sedangkan diriku menangis mengenangkan diri dan sesuatu yang terlewat.

Dirimu menangis tatkala malaikat memberi khabar awal yang cucunda kesayanganmu penghulu pemuda di syurga akan syahid di tangan umat. Sedangkan diriku hanya seronok dan menikmati bubur Asyura setiap kali menjelang 10 Muharam yang ada kalanya jatuh pada hari Jumaat. Oh, betapa jahilnya aku.

Air mata manakah yang lebih mulia? Air mata manakah yang lebih bermakna?

Katakanlah: Airmata kasih dan penuh harapan akan hari kemudian itu lebih mulia dan bermakna berbanding air mata hampa yang penuh duka akan hari semalam. Kerana harapan itu akan jadi kenyataan sedangkan kehampaan itu hanya jadi kenang-kenangan dan sempadan. Sungguhpun begitu keduanya ditinggalkan jangan.

Namun nasib umatmu masih lagi tinggal harapan.

Belum jadi kenyataan.

Sedang menunggu keturunanmu yang akan menjadi Imam Zaman

Yang akan merobah keadaan.

Yang akan menghuraikan kekusutan.

Yang akan menghapuskan kebejatan.

Yang akan mencegah kemungkaran.

Yang akan menukar rupa peradaban.

Yang akan melimpahkan kekayaan dari Ar-Rahman.

Ya Rasulullah! Bagaimanakah diriku boleh mengakui mencintai dirimu sedangkan diriku tidak mengenal  dan tahu akan apa dan siapa yang dicintai oleh mu?

Ya Rasulullah. Dirimu pernah memberitahu. Sekiranya umatmu mengetahui akan apa yang dirimu ketahui, maka umatmu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.

Ya Rasulullah. Bagaimanakah diriku mampu mengetahui sedangkan diriku tertawa banyak dan menangis sedikit?

Sungguh diriku tidak tahu.

Namun diriku mahu tahu.

Bagaimanakah maksud doa dirimu yang selalu meminta supaya dijadikan dikalangan orang-orang yang miskin tetapi dalam masa yang sama dirimu juga berdoa agar dijauhkan dari kefakiran?

Bukankah kemiskinan dan kefakiran itu sama sahaja, lalu dipanggil sebagai fakir miskin?

Lalu mengapakah hanya mahu jadi miskin tetapi tidak mahu jadi fakir?

Bagaimanakah boleh wujud pertentangan ini?

Bukankah dirimu telah mengajarkan kepada menantumu Saidina Ali bahawa kebenaran itu tidak ada dua, tidak ada tiga melainkan hanya satu?

Namun kini diriku mengerti.

Kerana Allah menyayangi umatmu, maka dia timpakan kesusahan dan dibiarkan terkapai-kapai di dalam lautan air mata. Kerana Dia ingin mengajarkan umatmu supaya pandai berenang menuju ke daratan yang abadi.

Kerana hanya dengan menempuh jalan kedukaan dan tangisan dengan berserah diri semata-mata kerana Allah dan dirimu itulah yang akan membuatkan umatmu lebih mengetahui.

Maka benarlah dunia ini penjara bagi mukmin. Tiada keseronokan

Dirimu menempuh jalan kemiskinan bukan kerana tidak berharta bermalas-malasan.

Melainkan dirimu miskin kerana habis hartamu diberi kepada orang yang memerlukan.

Melainkan harta yang diamanahkan dan untuk langsaikan hutang, maka itu sahajalah yang dirimu pesan untuk simpan.

Kini diriku mengerti mengapa Siti Khadijah sijanda hartawan tertarik kepada dirimu. Bukan kerana keuntungan barang dagangan. Melainkan kerana sikap dirimu yang selalu mengasihani fakir miskin, anak yatim, janda-janda dan orang-orang yang memerlukan bantuan sehingga semua upah keuntungan yang diberikan Siti Khadijah kepadamu, dalam masa 3 hari habis dibelanjakan.
  
Kini diriku juga mengerti mengapa dirimu berdoa memohon agar dijauhkan daripada kefakiran. Kerana kefakiran itu adalah keadaan orang yang tidak mampu memberi.

Tidak mampu memberi bukan kerana tidak berharta. Tetapi kerana tidak mampu melawan nafsu yang cinta kepada harta dunia sehingga menjadi kedekut, tamak dan rakus serta tidak mengenang budi.

Dirimu memberi hampir segala-galanya dan menyimpan hampir tiada.

Maka kini diriku mengerti akan pesan nenek moyangku dahulu kala :

Biar miskin harta, jangan miskin budi.
Kerana sungguhpun tiada harta masih boleh berbudi dengan jiwa & tulang empat kerat

Biar mati anak, jangan mati adat.
Kerana tidak berguna menyimpan anak yang tidak mengenang budi dan tidak beradab dan beradat.
Itulah hikmah pertemuan nabi Musa bersama muridnya Yushak bin Nun dengan Khidir Alaihisalam. Hanya ahli hakikat sahaja yang dibolehkan melanggar adat dengan izinNya. Melanggar adat demi menjaga adat.

Dan janji Allah kepada Nabi Ibrahim pasti akan dipenuhi. Bumi ini akan diwarisi oleh anak cucunya yang berakal budi dan berhati mulia. Anak cucunya yang akan kembali kepada adat bapanya yang lurus.

Maka bergenanglah air mata apabila membaca ayat-ayat suci Allah serta pesan kata-kata mu Ya Rasulullah

“Sesungguhnya  telah  datang  kepada  kamu  seorang  Rasul  dari kalangan  kamu  (Muhammad  s.a.w),  Yang  menjadi  sangat  berat  kepadanya sebarang  kesusahan  Yang  ditanggung  oleh  kamu,  Yang  sangat  inginkan kebaikan  bagi  kamu,  (dan)  ia  pula  menumpahkan  perasaan  belas  serta  kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.” (At-Taubah : 128)

“Tidak  Kami  utuskan  engkau  (Muhammad)  melainkan  sebagai  rahmat untuk sekalian alam.”
(Al-Anbia :107)

“Hanya  sesungguhnya  Aku  dibangkitkan  (sebagai  Rasul)  untuk menyempurnakah kemuliaan akhlak.” (Imam   alBaihaqi   Rahimahullah meriwayatkan daripada Abu Hurairah)

“Aku telah bermohon kepada Tuhanku 3 perkara, dia memberikan kepada 2 perkara dan menahan 1 daripadanya: aku memohon agar umatku tidak binasa  dengan  kebuluran,  maka  doaku  ini  diperkenankan,  aku  memohon  agar umatku  tidak  dimusnahkan  dengan  banjir  besar  yang  melenyapkan  mereka, doaku ini juga diperkenankan, dan aku bermohon agar umatku tidak bermusuh-musuhan   sesama   mereka,  namun   permohonanku   ini   tidak   diperkenankan Tuhan.” (Imam  Muslim  Rahimahullahu  taala  meriwayatkan  daripada ‘Aamir  bin  Saad  daripada  bapanya )                    


Suatu  ketika  sedang  membaca  ayat  alQuran  tentang  azab  di akhirat, baginda mengangkat tangan berdoa dan menyebut. “Umatku.. umatku.. sambil menangis. Lalu Allah SWT berfirman kepada Jibril:   “Wahai Jibril, pergilah kamu kepada Muhammad. Tuhanmu Maha Mengetahui, tanyakan padanya apakah yang membuat dia menangis?  Lalu Jibril A.S mendatangi baginda dan bertanya. Rasulullah  SAW pun menceritakan sebab tangisan baginda. Lantas Allah berfirman kepada Jibril, “Wahai Jibril, Pergi kepada Muhammad dan katakanlah, “Sesungguhnya Kami meredhaimu pada Umatmu dan tidak akan menyakitimu (dengan sebab mereka).”
(Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abdulllah bin Amru bin  Al-Ash  RA.) 

“Untuk  setiap  Nabi diperuntukkan  satu  doa  yang  mustajab  jika  dia bermohon  dengannya,  dan  aku  mahu  menyimpan  doaku   itu  sebagai  Syafaat untuk umatku di akhirat.”
(Hadis diriwayatkan oleh Imam alBukhari daripada Abu Hurairah RA)

Tidak akan sampai kepada Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani melainkan orang-orang yang tinggi cintanya serta kasih kepada dirimu dan ahli keluargamu melebihi dirinya dan keluarganya sendiri ya Rasulullah.

“Katakanlah  (Wahai  Muhammad):  "Jika  benar  kamu  mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.   dan   (ingatlah),   Allah   Maha   mengampun,   lagi   Maha Mengasihani.” (Ali Imran: 31)

Maka memang benarlah namamu di gelar Yang Terpuji. Dan benarlah yang Terpuji itu menjadi kekasih kepada Yang Dipuji. Tidak akan sampai kepada Yang Dipuji melainkan orang Yang Terpuji. Dan segala puji hanya bagi Allah.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Solawat!

Jumaat, 27 Januari 2012

REVOLUSI TELAH BERMULA! AYUH KITA MULAKAN GERAKAN SUMBER TERBUKA @ PERCUMA

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

NABI PERNAH BERSABDA :
"BERSEGERALAH KAMU DENGAN SEDEKAH KERANA SESUNGGUHNYA BALA TIDAK AKAN MELANGKAH SEDEKAH"


Kita tidak memerlukan wang kerana wang itu adalah satu kelangkaan buatan manusia. Jika kita terperangkap di sebuah pulau, apakah wang, emas dan perak akan menjadi berguna kepada kita?Tidak berguna sama sekali!  Apa yang kita perlukan adalah makanan yang mencukupi dan berkhasiat, tempat berteduh dan pakaian yang selesa. 


Hanya satu masalah sahaja yang dihadapi jika kita terperangkan di sebuah pulau. Masalah itu ialah bagaimana kita boleh sediakan keperluan  tersebut untuk keperluan semua orang dengan kadar yang cepat dan cekap.


Penyelesaiannya adalah teknologi. Mengapa teknologi?


Kerana teknologi itu adalah alat yang dibentuk melalui pendekatan sains untuk menyelesaikan masalah manusia


Apa itu sains?


Sains itu adalah ILMU yang telah dibuktikan melalui kaedah pemerhatian dan pengulangan kejadian atau peristiwa  atau ujikaji. Dan hasil dari pengulangan tersebut itetap menghasilkan kesan yang sama walaupun diulang berkali.


 Ia adalah ILMU ALAM.


Dan ILMU ALAM itu Hendaklah dipandu Dengan ILMU AGAMA


NABI MENGAJARKAN ILMU  AGAMA SECARA PERCUMA KERANA IA DATANG DARI ALLAH YANG MAHA KAYA


NAH! JIKA KAMU PERCAYA ILMU AKHIRAT @ AGAMA ITU LEBIH TINGGI DAN MULIA DARIPADA ILMU DUNIA, MAKA ILMU DUNIA ITU JUGA HARUS DIAJARKAN DAN DISEBARKAN DENGAN PERCUMA. APATAH LAGI JIKA ILMU DUNIA ITU MENGGUNAKAN SUMBER ALAM YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SECARA PERCUMA KEPADA MANUSIA! NOKTAH!


TANYALAH KEPADA M.O DAN SRI KANDI MISTISFILES MENGAPA MEREKA MENULIS BLOG? TANYALAH KEPADA DIRI ANDA. MENGAPA ANDA MENULIS BLOG? KERANA ANDA MAHU BERKONGSI DAN MEMBERI BUKAN? ANDA INGIN BERKONGSI DAN MEMBERITAHU KEPADA ORANG LAIN TENTANG APA YANG ANDA TAHU. ANDA INGIN BERSEDEKAH DENGAN APA YANG ANDA TAHU. 



MARI SAYA PERKENALKAN KEPADA ANDA SESUATU YANG MEMUNGKINKAN SEGALANYA. SEMUANYA ADALAH PERCUMA UNTUK ANDA DAN JUGA MASYARAKAT


YANG PENTING ANDA MESTILAH TERMASUK DI KALANGAN SALAH SATU DARIPADA YANG DISENARAIKAN DI BAWAH.


GOLONGAN PERTAMA:
GOLONGAN YANG SANGGUP BELAJAR & MENIMBA ILMU SERTA SANGGUP MELAKUKAN SEDIKIT KERJA KASAR. (SESUAI UNTUK MEREKA YANG MENGGANGUR)

GOLONGAN KEDUA:
JIKA ANDA TIDAK SANGGUP MELAKUKAN KERJA-KERJA TERSEBUT, ANDA BOLEH SAHAJA BERPERANAN SEBAGAI PENYUMBANG IDEA. (SESUAI UNTUK ORANG YANG SUDAH BEKERJA, TETAPI MEMPUNYAI PENGETAHUAN DI BIDANG BERKAITAN)

GOLOGAN KETIGA :
JIKA MEMBERI IDEA PUN ANDA TIDAK MAMPU, SEKURANG-KURANGNYA HULURKANLAH DERMA SEIKHLAS HATI BAGI MEMBIAYAI PROJEK YANG DIRENCANAKAN. ( SESUAI UNTUK ORANG YANG SUDAH BEKERJA TETAPI TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN DI BIDANG BERKAITAN, TETAPI BERMINAT DENGAN PROJEK YANG DIBANGUNKAN)


DERMA YANG ANDA BERIKAN TIDAK PERLU BANYAK. CUKUPLAH KALAU ANDA MAMPU KELUARKAN RM 10 SEBULAN. 


RAKYAT MALAYSIA ADA LEBIH KURANG 27 JUTA.


KATAKANLAH KITA AMBIL 100,000 ORANG DARI 27 JUTA RAKYAT MALAYSIA YANG BEKERJA DAN SETIAP SEORANG MENYUMBANGKAN RM 10 SEBULAN. JUMLAH DANA YANG TERKUMPUL ADALAH :


RM 10 X 100,000 = RM 1,000,000.00 SEBULAN ( RINGGIT MALAYSIA SATU JUTA SEBULAN)


OKLAH, TAK PAYAH BANYAK SANGAT DERMA. KITA AMBIL RM 1 (SERINGGIT) DARI 100,000 ORANG = RM 100,000.00 SEBULAN (SERATUS RIBU SEBULAN) @ RM 1.2 JUTA SETAHUN!


RM 1.2 JUTA SETAHUN. BANYAK BUKAN? ITU BARU SUMBANGAN RM SERINGGTI DARI SERIBU ORANG. BAGAIMANA KALAU SUMBANGAN  RM 10 DARI SEJUTA RAKYAT MALAYSIA PADA SETIAP BULAN?


= RM 10 JUTA/SEBULAN @ RM  120 JUTA SETAHUN!






DAN JIKA PROJEK INI BERJAYA, SAYA YAKIN KERAJAAN JUGA TIDAK KEBERATAN UNTUK MENGHULURKAN SUMBANGAN WANG DAN KEPAKARAN BAGI MEMBANTU PROJEK INI




APAKAH PROJEK TERSEBUT?


SAYA PERKENALKAN "OPEN SOURCE ECOLOGY"













Maka benarlah seperti yang telah di katakan oleh Saidina Ali, bahawa:"ILMU ITU ADALAH PEMIMPIN DAN AMAL ITU ADALAH PENGIKUTNYA".


Lihat juga kata-kata Saidina Ali mengenai 10 keutamaan ilmu ------> KLIK SINI  (ILMU VS HARTA)


Hakikat kehidupan dunia dan jalan kesufian dapat dijelaskan  dengan berdasarkan kefahaman ilmu  sains komputer tdan eknologi maklumat seperti siri The Matrix yang diterjemahkan oleh blog mistisfiles  


Internet telah memberikan impak yang besar

Perhatikan apa yang anda dan kamu serta rakan-rakan yang lain boleh lakukan. Dengan adanya blog maka kita boleh berdakwah dengan lebih mudah dan cepat. Ilmu dan maklumat dapat tersebar dengan cepat.

Dengan adanya internet, kita boleh berkongsi dan memberi sumbangan hampir semua perkara yang kita minati.

inilah yang dipanggil teknologi Open Source @ Sumber terbuka. Open source ini telah berjaya menyediakan ruang untuk orang-orang pakar IT di bidang jurutera perisian membangunkan kod-kod perisian yang disebarkan secara percuma dan boleh diubahsuai ikut kemahuan dan cita rasa oleh orang yang menggunakannya. Orang-orang yang ada kepakaran di dalam bidang Teknologi Maklumat @ICT biasanya mereka arif dan sedia maklum dengan istilah sumber terbuka ini. 

Perkara ini telah memberi cabaran kepada syarikat-syarikat besar seperti MIcrosoft dan  Apple. Linux telah memberi cabaran kepada Microsoft dalam membangunkan sistem operasi (Windows vs Ubuntu) dan pemprosesan perkataan (Ms Office Vs Open Office). Ini adalah contoh yang paling mudah. 

Sebenarnya di Barat mereka berasa hairan bagaimana masyarakat pada hari ini telah berjaya melakukan satu pekerjaan dan bergerak bukan atas prinsip mengharapkan ganjaran wang semata. Mereka seperti berasa kagum seolah-olah teori motivasi mereka berkenaan dorongan yang menggerakan dan menarik manusia untuk bekerja runtuh sama sekalai. Sangkaan mereka bahawa manusia itu bekerja semata-mata berhajat kepada ganjaran adalah tidak benar sama sekali.

Kita lihat contoh wikipedia. Wikipedia telah meyediakan satu ensiklopedia secara percuma kepada warga dunia dalam sekala yang belum pernah dicapai sebelum ini. Dan mereka bergerak atas prinsip DERMA/SEDEKAH daripada orang ramai untuk membiayai kos operasinya. Apa yang mengagumkan, dana sumbangan ini semakin bertambah dari hari ke sehari.

Bahkan dikatakan bahawa internet telah menjadikan institusi-institusi tradisional menjadi lapuk. Dulu jika seorang itu mahu memberikan sumbangan, mereka perlu melalui sebuah organisasi syarikat yang akan mengambil mereka bekerja. Namun hal ini mempunyai beberapa halangan seperti kena lulus temuduga atau syarat-syarat pengambilan yang ketat dan kadang-kala bersifat perkauman. Tetapi hal ini tidak terjadi dengan adanya internet. Lihatlah bagaimana wikipedia beroperasi, bagaimana Linux telah berjaya dan lihat juga bagaimana Open Source Ecology yang baru muncul akan memberikan impak yang besar kepada dunia (http://opensourceecology.org/


Saya berasakan sedikit masa lagi, semua institusi seperti syarikat perniagaan dan institusi politik akan berhadapan dengan tekanan yang kuat dari masyarakat sivil. Ini kerana masyarakat sivil tidak perlu lagi bergantung kepada institusi ini untuk mendapat apa yang mereka perlukan kerana masyarakat menjadi semakin berdikari dengan adanya revolusi internet.

Dan saya melihat bahawa apa yang nabi pernah sabdakan bahawa Imam Mahdi akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan kekayaan yang melimpah ruah akan terjadi dan insyaAllah, mungkin kita akan sempat melihat ia berlaku di depan mata.

Berkenaan dengan salib-salib yang akan dimusnahkan, saya berpendapat bahawa ia bukannya terjadi kerana peperangan antara orang islam dan kristian dimana orang islam yang menang akan menawan gereja dan menghancurkan salib. Akan tetapi orang kristian itu sendirilah yang menghancurkannya kerana mereka akan memeluk islam secara beramai-beramai dengan aman.

Perhatikanlah Surat Al-Maidah ayat 82:

"Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang Yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yang berkata: "Bahawa Kami ini ialah orang-orang Nasrani" Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan Ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong."

Dan hal ini adalah sependapat dengan apa yang dikatakan oleh Ulama Imran Hossein seperti video berikut (perhatikan pada minit 49-50)




MAKA DENGAN INI SAYA MENYERU KEPADA KAMU SEMUA UMAT ISLAM DILUAR SANA TERUTAMANYA MEREKA-MEREKA YANG ADA KEPAKARAN DALAM ILMU SAINS DAN ICT, AYUH KITA GERAKAN DAN USAHAKAN SUMBER TERBUKA @ PERCUMA UNTUK MENJADIKAN DUNIA YANG LEBIH BAIK. AMBILAH KESEMPATAN INI SEMENTARA IA MASIH ADA.


KITA BOLEH BERSAHABAT DENGAN ORANG-ORANG KRISTIAN YANG TIDAK SOMBONG DAN JUJUR DALAM PERBUATANNYA. MAKA AMBILAH APA JUA KEBAIKAN DARIPADA MEREKA DAN TINGGALKAN APA YANG BURUK.


AMBILAH KESEMPATAN INI DAN MANFAATKANLAH IA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA SEBELUM ORANG-ORANG YAHUDI ZIONIS INI MENSABOTAJ TALIAN INTERNET DAN TEKNOLOGI YANG ADA SEPERTI YANG TELAH MEREKA LAKUKAN PADA ZAMAN RASULLAH DENGAN MEROSAKKAN KEBUN-KEBUN DAN RUMAH-RUMAH MEREKA SENDIRI APABILA MEREKA TELAH KALAH KEPADA ORANG-ORANG ISLAM




MARI KITA GERAKKAN PERKARA INI DENGAN BERTERASKAN KONSEP SEDEKAH. KERANA SESUNGGUHNYA NABI PERNAH BERSABDA "BERSEGERALAH KAMU DENGAN SEDEKAH KERANA SESUNGGUHNYA BALA TIDAK AKAN MELANGKAH SEDEKAH"

SOLAWAT!


Rabu, 18 Januari 2012

WIKIPEDIA BLACK OUT




Dalam tempoh beberapa jam lagi wikipedia versi bahasa Inggeris  akan ditutup sementara selama 24 Jam sebagai tanda protes ke atas Akta Penghalang Cetak Rompak Atas Talian atau lebih dikenali sebagai
 Stop Online Piracy Act (SOPA) di Rumah Perwakilan Amerika dan Akta PROTECT IP Act (PIPA)

Persoalannya ialah apakah benar Wikipedia telah menyebar luaskan amalan cetak rompak?

Nampaknya ada golongan korporat yang melobi agar pergerakan sumber terbuka seperti wikimedia dihalang daripada beroperasi kerana telah menjejas duit poket mereka!

Mereka berasa terancam dengan revolusi maya yang berlaku : (sila rujuk artikel ringkas saya sebelum ini berkenaan pergerakan sumber terbuka : Klik Sini ---> 2012: REVOLUSI TELAH BERMULA, AYUH KITA GERAKAN



Baca petikan selanjutnya di bawah

http://wikimediafoundation.org/wiki/English_Wikipedia_anti-SOPA_blackout



To: English Wikipedia Readers and Community



From: Sue Gardner, Wikimedia Foundation Executive Director


Date: January 16, 2012


In other languages English • Català • Français • Polski


Today, the Wikipedia community announced its decision to black out the English-language Wikipedia for 24 hours, worldwide, beginning at 05:00 UTC on Wednesday, January 18 (you can read the statement from the Wikimedia Foundation here). The blackout is a protest against proposed legislation in the United States – the Stop Online Piracy Act (SOPA) in the U.S. House of Representatives, and the PROTECT IP Act (PIPA) in the U.S. Senate – that, if passed, would seriously damage the free and open Internet, including Wikipedia.



This will be the first time the English Wikipedia has ever staged a public protest of this nature, and it’s a decision that wasn’t lightly made. Here’s how it’s been described by the three Wikipedia administrators who formally facilitated the community’s discussion. From the public statement, signed by User:NuclearWarfare, User:Risker and User:Billinghurst:



It is the opinion of the English Wikipedia community that both of these bills, if passed, would be devastating to the free and open web.

Over the course of the past 72 hours, over 1800 Wikipedians have joined together to discuss proposed actions that the community might wish to take against SOPA and PIPA. This is by far the largest level of participation in a community discussion ever seen on Wikipedia, which illustrates the level of concern that Wikipedians feel about this proposed legislation. The overwhelming majority of participants support community action to encourage greater public action in response to these two bills. Of the proposals considered by Wikipedians, those that would result in a "blackout" of the English Wikipedia, in concert with similar blackouts on other websites opposed to SOPA and PIPA, received the strongest support.



On careful review of this discussion, the closing administrators note the broad-based support for action from Wikipedians around the world, not just from within the United States. The primary objection to a global blackout came from those who preferred that the blackout be limited to readers from the United States, with the rest of the world seeing a simple banner notice instead. We also noted that roughly 55% of those supporting a blackout preferred that it be a global one, with many pointing to concerns about similar legislation in other nations.



In making this decision, Wikipedians will be criticized for seeming to abandon neutrality to take a political position. That’s a real, legitimate issue. We want people to trust Wikipedia, not worry that it is trying to propagandize them.


But although Wikipedia’s articles are neutral, its existence is not. As Wikimedia Foundation board member Kat Walsh wrote on one of our mailing lists recently,


We depend on a legal infrastructure that makes it possible for us to operate. And we depend on a legal infrastructure that also allows other sites to host user-contributed material, both information and expression. For the most part, Wikimedia projects are organizing and summarizing and collecting the world’s knowledge. We’re putting it in context, and showing people how to make to sense of it.


But that knowledge has to be published somewhere for anyone to find and use it. Where it can be censored without due process, it hurts the speaker, the public, and Wikimedia. Where you can only speak if you have sufficient resources to fight legal challenges, or if your views are pre-approved by someone who does, the same narrow set of ideas already popular will continue to be all anyone has meaningful access to.



The decision to shut down the English Wikipedia wasn’t made by me; it was made by editors, through a consensus decision-making process. But I support it.



Like Kat and the rest of the Wikimedia Foundation Board, I have increasingly begun to think of Wikipedia’s public voice, and the goodwill people have for Wikipedia, as a resource that wants to be used for the benefit of the public. Readers trust Wikipedia because they know that despite its faults, Wikipedia’s heart is in the right place. It’s not aiming to monetize their eyeballs or make them believe some particular thing, or sell them a product. Wikipedia has no hidden agenda: it just wants to be helpful.



That’s less true of other sites. Most are commercially motivated: their purpose is to make money. That doesn’t mean they don’t have a desire to make the world a better place – many do! – but it does mean that their positions and actions need to be understood in the context of conflicting interests.


My hope is that when Wikipedia shuts down on January 18, people will understand that we’re doing it for our readers. We support everyone’s right to freedom of thought and freedom of expression. We think everyone should have access to educational material on a wide range of subjects, even if they can’t pay for it. We believe in a free and open Internet where information can be shared without impediment. We believe that new proposed laws like SOPA and PIPA, and other similar laws under discussion inside and outside the United States, don’t advance the interests of the general public. You can read a very good list of reasons to oppose SOPA and PIPA here, from the Electronic Frontier Foundation.


Why is this a global action, rather than US-only? And why now, if some American legislators appear to be in tactical retreat on SOPA?



The reality is that we don’t think SOPA is going away, and PIPA is still quite active. Moreover, SOPA and PIPA are just indicators of a much broader problem. All around the world, we’re seeing the development of legislation intended to fight online piracy, and regulate the Internet in other ways, that hurt online freedoms. Our concern extends beyond SOPA and PIPA: they are just part of the problem. We want the Internet to remain free and open, everywhere, for everyone.


Make your voice heard!



On January 18, we hope you’ll agree with us, and will do what you can to make your own voice heard.


Sue Gardner,


Executive Director, Wikimedia Foundation