Rabu, 26 September 2012

SATU DALAM SERIBU

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah


1) Terdapat hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari didalam sahihnya.

Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a. Rasulullah saw. bersabda:

 "Allah berfirman pada hari kiamat: "Wahai Adam!" Adam menyahutnya: "Kami sambut panggilanMu wahai Tuhan kami dan demi kebahagiaan yang Engkau curahkan kepada kami." Lalu baginda dipanggil lagi dengan satu panggilan: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu untuk memisahkan rombongan keturunanmu untuk untuk dihantar ke dalam neraka.
" Adam bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan rombongan ke neraka itu?" Allah menjelaskan: "Ambil dari tiap-tiap seribu, 999 orang." Ketika dilaksanakan perintah itu (terjadilah berbagai peristiwa) seperti orang yang sedang hamil, gugur kandungannya, anak-anak kecil serta merta beruban dan kelihatan orang-orang seakan-akan mabuk tapi sebenarnya mereka tidak mabuk, (hanyalah) gambaran seksaan Allah yang sangat dahsyat (ketika itu). 
Orang-orang (yang hadir mendengar pada waktu itu) merasa ngeri sehingga berubah pucat warna muka mereka. Lalu Nabi saw. menerangkan: "Diambil dari Ya'juj dan Ma'juj 999 dan dari kamu 1. Kalau kamu dibandingkan dengan orang yang sangat ramai itu, ibarat sehelai bulu berwarna hitam yang terdapat pada seekor lembu jantan yang berwarna putih. Sesungguhnya aku mengharapkan agar kamu menempati satu perempat penghuni syurga.
" Lalu kami semuanya bertakbir tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati satu pertiga penghuni syurga." Lalu kami bertakbir lagi tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati separuh penghuni syurga." Maka kami pun bertakbir lagi." 
(Hadis riwayat al-Bukhari) 



"Diambil dari Ya'juj dan Ma'juj 999 dan dari kamu 1. Kalau kamu dibandingkan dengan orang yang sangat ramai itu, ibarat sehelai bulu berwarna hitam yang terdapat pada seekor lembu jantan yang berwarna putih. 

2.)  Ada setengah pendapat mengatakan bahawa semua jumlah yang masuk neraka adalah Yakjuj Makjuj dan orang-orang kafir sahaja. Namun benarkah dakwaan ini? Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Walau bagaimanapun, kita boleh juga membuat anggaran tentang jumlah ini sekadar untuk dijadikan sebagai peringatan kepada kita semua agar tidak lalai dan mengambil berat akan perkara ini.

3)  Ini kerana menurut sesetengah pendapat seperti Imran Hosein  mengatakan bahawa Yakjuj Makjuj itu telah pun keluar dan menebarkan fasad ditengah-tengah umat pada masa sekarang. Dakwaan ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang menyatakan bahawa tembok yang menghalang yakjuj makjuj telah pun berjaya ditebuk semasa Nabi s.a.w masih hidup lagi.


“Celakalah orang-orang Arab karena keburukan yang telah dekat. Hari ini, dinding Ya’juj dan Ma’juj telah dibuka seperti ini”, seraya beliau melingkarkan ibu jari dengan jari setelahnya. Shahih Al-Bukhari (3347, 7136) dan Shahih Muslim (2880).]

Sila rujuk posting sebelum ini :   http://fenomenazaman.blogspot.com/2011/10/celakalah-orang-orang-arab-kerana.html


4)  999 masuk neraka dan hanya 1 orang sahaja masuk syurga. Berdasarkan hadis di atas, maka kita boleh membuat pengiraan seperti ini :


1/1000  =  0.001 atau bersamaan 0.1%

5)  Seperti yang kita tahu bahawa penduduk dunia yang ada pada hari ini berjumlah 7 billion orang.
7 billion = 7000,000,000  (sumber : http://www.worldometers.info/world-population/ )
Maka, berapakah jumlah yang akan masuk syurga 
 7000,000,000  X 0.001 = 70,000,000 @ 70 juta orang


Berapakah pula yang akan masuk neraka ?
7000,000,000 - 70,000,000 = 6930,000,000 @ 6.93 bilion !!


6)   NANTI DULU! Yang masuk syurga adalah 70 juta sahaja. Tetapi kita ada umat Islam yang berjumlah lebih kurang 1600,000,000 @ 1.6 bilion (anggaran pada tahun 2010) . MANA PERGI JUMLAH 1.53 BILLION? 


Apakah 6.93 billion itu golongan Yakjuj Makjuj yang akan masuk neraka?!!

Apakah 1.53 bilion umat islam pada hari ini akan masuk neraka kerana menjadi pengikut Yakjuj Makjuj ?!!

MENAKUTKAN BUKAN?!!

Tiada ulasan: