Rabu, 16 Mei 2012

CHINA : KUASA BARU KAPITALIS DUNIA



Baru-baru ini dilaporkan bahawa kerajaan China melalui syarikat milik kerajaan telah berjaya MEMBELI salah sebuah bank di America. Baca selanjutnya  di sini



China has been in a bind for a while. 

Thanks to its smart strategy of lending us money to buy its products and services, China owns $2.2 trillion in Treasuries and other foreign paper.  This makes China rich, but it has also left it exposed to getting clobbered if inflation destroys the value of the dollar.  If China starts dumping Treasuries to protect itself from inflation, meanwhile, it will destroy the value of the rest of the paper it holds.

So now China has a new plan.  Use those dollars to buy stuff.  Companies, land, natural resources, you name it. 

Smart!        Baca selanjutnya di sini




Komen F.Z

Masyarakat Sivil di barat telah mulai sedar bahawa ideologi Kapitalisma mereka telah membawa banyak kerosakan dan kini sedang berusaha untuk mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah yang timbul dan berusaha untuk menjalani kehidupan yang harmoni dengan alam dan persekitaraan. Tetapi anehnya China kini seakan takjub dengan Idea Kapitalisma dan bergerak laju ke arah tersebut.

Bayangkan bagaimanakah corak dan cara hidup rakyat China yang mencecah 1.3 billion penduduk apabila negarai tersebut mencapai status negara maju. China akan menggunakan sumber alam yang banyak bagi memeuhi cita-cita mereka. 

Lebih daripada itu, mereka mempunyai cita-cita yang besar untuk mengusai dunia melalui jalan kapitalisma. Sesuatu yang aneh bagaimana ideologi komunisma China dapat dapat bertahan dan  menyesuaikan diri dengan persekitaran Ideologi Kapitalisma Barat. Mungkin ia disokong oleh budaya dan falsafah yang berkembang sejak 1000 tahun sebelum masehi yang mempunyai pelbagai aliran pemikiran. rujuk sini dan di sini

Jelas bahawa pengaruh dan kuasa politik China akan mempengaruhi Dunia dalam masa 30 tahun mendatang. Mereka akan menggunakan pelbagai strategi dan taktik bagi memastikan kepentingan nasional mereka terpelihara dan memastikan cita-cita mereka menjadi "The Great China" terlaksana.

Isu kepulauan Spartly di laut China Selatan jika tidak diselesaikan dengan bijaksana akan mengundang pertikaian parah sehingga boleh membawa kepada peperangan dan membawa campurtangan U.S di rantau Asia Tenggara. 
Baca sini dan di sini


Adalah perlu kita perhatikan bagaimanakah corak hubungan dan dasar China dengan diaspora komuniti Cina di seluruh dunia. Apakah ia mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan dalam menentukan corak kehidupan, ekonomi dan  politik di negara-negara yang mempunyai diaspora Cina yang besar seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand?

Sila rujuk di sini untuk mengetahui data populasi diaspora Cina diseluruh dunia.