Ahad, 3 Julai 2011

Air mencari Si dahaga ( Kisah Ayatullah Hasan Zadeh Amuli )




Jika seseorang itu dahaga akibatnya ia akan sampai kepada air.Anda jika dahagakan makrifat-makrifat akibatnya anda akan sampai kepada air.Hikmat di dalam Qadha’ dan Qadar Ilahi adalah begini dimana Si Dahaga mencari air dan air mencari Si dahaga.

Saya kadangkala bermusafir  melalui jalan Hezar ke wilayah Amul.Di pertengahan jalan saya perhatikan sungai Hezar yang dengan susah payah melalui batu-batu,bukit-bukau,tanah tinggi dan lurah dan kadangkala terjun berbentuk air terjun membentuk buih-buih ! Saya bertanya kepadanya :
Kenapa begitu tergesa-gesa engkau bergerak ? Dia berkata : Tuan,tanah-tanah yang dahaga banyak sekali yang menantiku dengan mulut-mulut yang ternganga untuk dihilangkan dahaga denganku,maka aku pergi kepada mereka!



Ya,Tuan .Hikmat Tuhan di kalangan benda-benda wujud adanya tarikan,tertarik dan asyik! Insan yang dahagakan Makrifat-Makrifat juga akhirnya menemui air.Sekarang ini banyak sekali air yang menantikan kamu semua wahai orang-orang yang dahaga!.

Solawat.

1 ulasan:

arizWanmerahs berkata...

Hidayah mencari sidahaga, yakni apabila ummat ini siap berkorban demi ugama dan keluar dijalan Allah..