|
Books by Imam Ahmad Al-Hassan pbuh
|
||
|
The
Journey of Moses pbuh to the
Junction of the Two Seas
|
||
|
Book
of Monotheism
|
||
|
Enlightenments
from the Calls of the Messengers Volumes 1-3
|
||
|
The
Allegories Volume 1
|
||
|
The
Allegories Volume 2
|
||
|
The
Allegories Volumes 1-4
|
||
|
With
the Virtuous Servant
|
||
|
The
Calf Volumes 1 and 2
|
||
|
A
Part of the Interpretation of Al-Fatiha
|
||
|
The
Interpretation of a verse from Surat Yunus (Jonah) pbuh
|
||
|
The
Enlightened Answer through the Internet Volume 1
|
||
|
The
Enlightened Answer through the Internet Volume 2
|
||
|
The
Enlightened Answer through the Internet Volume 3
|
||
|
The
Enlightened Answer through the Internet Volume 4
|
||
|
The
Enlightened Answer through the Internet Volume 5
|
||
|
Supremacy
of Allah and not the Supremacy of the People
|
||
|
Successor
and Messenger of Imam Al-Mahdi pbuh in
Quran, Torah and Gospel
|
||
|
The
Wilderness or the Path to Allah
|
||
|
The
Jurisprudence of Islam Volumes 1-3
|
||
|
An
Advice to the Students of the Scientific Hawzas and Whoever Seeks the Truth
|
||
|
Letter
of Guidance
|
||
|
The
Sealing Prophethood
|
||
|
Jihad,
the Doorway to Heaven
|
||
|
Clarification
of the Truth from the Numbers Part 1 and 2
|
||
|
The
13th Disciple
|
||
|
The
13th Disciple (Commentary by Sh. Alaa
al-Salem
|
||
|
The
Return is the 3rd of Allah's Greatest Days
|
||
|
Download
all of the Books of Imam Ahmad Al-Hassan pbuh
|
||
|
Sermons by Imam Ahmad Al-Hassan pbuh
|
||
|
Sermon
to the Students of the Hawza
|
||
|
Sermon
of Hajj
|
||
|
Sermon
of Muharram
|
||
|
Sermon
of Forgiveness
|
||
|
Statement
of Muharram
|
||
|
The
Will of Muhammad pbuhap
|
||
|
Books by the Ansar of Allah swt
|
||
|
Jurisprudence
of Fasting
|
||
|
Illustrated
Prayer Manual
|
||
|
Musaylimah
in a New Garment
|
||
|
Books of Interest
|
||
|
Gospel
of Judas
|
||
|
Epic
of Gilgamesh
|
Isnin, 12 Disember 2016
Ahad, 18 September 2016
Hakikat Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala Puji Bagi Allah Rabb Sekalian Alam
Dan solawat serta salam Allah ke atas Muhammad dan ahli keluarganya, para Imam dan para Mahdi
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu,
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu,
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, akan tersesatlah aku dari agamaku
Hakikat Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar
Rasulullah telah berkata kepada Ali….
“Wahai saudaraku! Bergembiralah kerana hidup dan mati anda adalah bersamaku. Anda adalah saudaraku, wasiku, wazirku dan warisku. Anda akan memerangi di atas Sunnahku, anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Anda seperti Harun adalah ikutan yang baik ketika kaumnya menindas dan menentangnya sehingga hampir mereka membunuhnya.
Justeru itu, bersabarlah dengan kezaliman Quraisy terhadap anda. Dendam kesumat di dada mereka, dendam Badr dan warisan Uhud. Sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya kepada kaumnya: Sekiranya mereka sesat dan anda mendapati pembantu-pembantu, hendaklah anda menentang “mereka” dengan mereka. Dan sekiranya anda tidak mendapatkan pembantu-pembantu, hendaklah anda menahan tangan dan menjaga darah anda. Janganlah anda memecah-belahkan di antara mereka.
Andapun lakukanlah sedemikian, jika mempunyai pembantu-pembantu maka perangilah mereka. Namun jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu maka tahanlah tangan dan jagalah darah anda. Seandainya anda memerangi mereka nescaya mereka akan membunuh anda. Ketahuilah! Jikalau anda tidak menahan tangan anda dan menjaga darah anda apabila anda tidak mendapati pembantu-pembantu, aku khuatir orang ramai akan kembali menyembah berhala dan mengingkari bahawa aku adalah Rasulullah (Saw.).
Justeru itu, tentangilah mereka dengan hujah dan tinggalkanlah mereka supaya orang yang menentang anda (al-Nasibun), dan pemberontak-pemberontak anda (al-Baghun) akan binasa. Sementara orang awam dan khassah akan selamat. Sekiranya anda mendapati pembantu-pembantu suatu hari nanti untuk mendirikan Kitab dan Sunnah, maka perangilah mereka di atas ta’wil al-Qur’an sebagaimana anda telah memerangi mereka di atas tanzil al-Qur’an. Sesungguhnya orang yang akan binasa daripada umat ini adalah orang yang menentang anda (nasaba la-ka) dan salah seorang daripada para wasi anda, bermusuhan, menentang dan beragama menyalahi apa yang kalian di atasnya.”
- Kitab Sulaim Bin Qais Al Hilali
KERAGUAN YANG DITIMBULKAN OLEH PERAGU DAN GOLONGAN PENENTANG
Golongan penentang sering menyoal bagaimanakah Imam Ali boleh memberikan Baiah kepada Abu Bakar dan membiarkan haknya sebagai Khalifah dirampas begitu sahaja sekiranya memang benar Imam Ali telah dinaskan oleh Rasulullah sebagai penggantinya seperti yang tercatat di dalam Hadis Wasiat dan juga semasa di Ghadir Khum . Berikut adalah beberapa kekeliruan yang sering ditimbulkan oleh golongan penentang
1. Mereka mendakwa sekiranya benar hak Imam Ali sebagai Khalifah telah dirampas, maka sepatutnya Imam Ali bangkit melawan dengan pedang demi mempertahankan amanah yang diberikan oleh Allah dan Rasulnya.
2. Jika benar Imam Ali memiliki wasiat Nabi yang ditulis Baginda dan menyebutkan tentang 12 Imam dan 12 Mahdi dan nama Imam Ali di dalamnya, maka mengapakah Imam Ali tidak menuntut haknya sebagai Khalifah dengan menggunakan wasiat tersebut? Dan mengapakah Imam Ali tidak mengumumkan wasiat tersebut kepada Umat semasa dia berkuasa menjadi Khalifah yang keempat?
3. Golongan penentang juga berpendapat bahawa sekiranya Imam Ali yang maksum telah memberikan haknya kepada Abu Bakar sebagai Khalifah, maka itu membuktikan bahawa pengangkatan Abu Bakar sebagai Khalifah adalah sah dan tidak menyalahi kehendak Allah dan Rasul. Begitu juga dengan Imam Hassan yang telah menyerahkan haknya kepada Muawiyah sebagai Khalifah.
4. Maka di atas alasan-alasan tersebut juga, golongan penentang sukar untuk menerima kewujudan Wasiat Rasulullah yang dititipkan kepada Imam Ali di malam sebelum kewafatan baginda.
JAWAPAN BANTAHAN
1. Bantahan Pertama
Golongan penentang berpendapat bahawa Imam Ali sepatutnya bangkit menentang dengan senjata bagi mempertahankan haknya sebagai Khalifah dan tidak seharusnya membiarkan kemungkaran berlaku dan haknya di rampas..
Marilah kita sama-sama fahamkan maksud hadis Rasulullah berikut:
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." - (Hadis Riwayat Muslim)
Hakikatnya yang sebenar adalah Rasulullah sendiri pernah berpesan kepada Ali seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat pendokong Ahlul Bait seperti Kitab Sulaim Bin Qais Al Hilali. Antara catatan menyebutkan bahawa Rasulullah pernah berpesan seperti berikut:
Wahai Ali! Anda akan menghadapi kecaman Quraisy dan kezaliman mereka ke atas anda. Jika anda mendapati pembantu-pembantu, maka tentangilah mereka. Perangilah mereka yang menentang anda dengan mereka yang bersetuju dengan anda.
Dan jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu, maka bersabarlah, tahanlah tangan anda dan jangan mencampakkan diri anda kepada kebinasaan kerana anda bersamaku sebagaimana kedudukan Harun dengan Musa. Malah untuk anda, Harun adalah ikutan yang baik kerana dia berkata kepada saudaranya: Sesungguhnya kaumku telah menindasku dan hampir mereka membunuhku.
Dan ketahuilah sekiranya anda menyeru mereka, mereka tidak akan menyahuti seruan anda. Justeru itu, jadikan seruan anda sebagai hujah ke atas mereka.
Oleh kerana Rasulullah sendiri telah berpesan kepada Ali agar menentang golongan yang menzaliminya sekiranya dia mempunyai kekuatan cukup, maka disini kita akan memahami mengapa Imam Ali begitu tegas memerangi golongan yang menentang beliau setelah mendapat sokongan yang kuat ketika menjadi Khalifah yang ke empat. Sejarah perang Jamal, Siffin dan Nahrawan adalah bukti yang nyata. Namun kita tidak akan membincang tentang kisah sejarah duka umat islam tersebut di sini kerana ia akan menjadi panjang.
Maka berdasarkan fakta yang dicatatkan oleh salah seorang sahabat Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s. Sulaim bin Qais al-Hilali (wafat sekitar tahun 90 Hijrah), disini kita dapat merumuskan bahawa Imam Ali telah melakukan tindakan-tindakan yang wajar dan sejajar dengan pesan Rasulullah yang berpesan untuk memerangi mereka dengan tangannya sekiranya mampu, atau memberi baiah jika dipaksa serta bersabar ketika dizalimi seperti yang terjadi kepada Harun sepeninggalan Musa.
Hakikat ini jelas terbukti bahawa Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar bukanlah dalam keadaan rela, melainkan terpaksa dan sepadan dengan nasihat Rasulullah
2. Bantahan Kedua
Untuk menjawap persoalan mengapakah Imam Ali tidak menuntut haknya sebagai Khalifah dengan menggunakan wasiat tersebut dan mengumumkannya kepada umat, maka disini kita perlu melihat semula kepada Hadis Tragedi Hari Khamis dimana Rasulullah telah meminta agar dibawakan kertas dan pena untuk dituliskan perkara yang menjamin umat dari kesesatan. Malangnya sebahagian sahabat telah membantah dan bertengkar dengan sahabat lain yang menyebelahi Rasulullah. Dan lebih malang lagi apabila Rasulullah menjadi marah ke atas mereka lalu mereka semua dihalau keluar dari rumah.
Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah SAW semakin berat, kemudian Beliau SAW bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah SAW bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[ Shahih Bukhari no 2997]
Tiada Keraguan bahawa Rasulullah itu adalah lebih berhak dan lebih utama ke atas umat. Maka sudah pasti orang yang lebih patut dan utama menjelaskan wasiat tersebut kepada para sahabat adalah Rasulullah sendiri ketika beliau sedang sakit kuat menjelang kewafatannya. Apa yang diminta oleh Rasulullah kepada para sahabat ketika itu hanyalah perlu menjadi saksi ke atas penulisan wasiat tersebut yang menjamin mereka dari kesesatan. Namun para sahabat berbalah dan bertengkar kerana ada yang tidak setuju dengan perintah Nabi yang ingin berwasiat.
dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya Maka sungguhlah Dia telah sesat, sesat yang nyata.
[Al Ahzab 33:3]
Dan dia tidak berbicara menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” [Al-Najm [53]:3-4)
Namun apa yang pasti dan diyakini ialah Rasulullah tetap menuliskan wasiat sebelum wafat pada hari Isnin kerana itu adalah perintah daripada Al Quran (Al Baqarah 2:180) Perintah Al Quran juga menjelaskan bahawa dua orang saksi yang adil diperlukan apabila ingin berwasiat (Al Maidah 5:106). Jika tidak kita akan menuduh Rasulullah menyalahi perintah Al Quran dan hal itu tidak mungkin sama sekali dilakukan Rasulullah yang maksum.
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.
(Al Baqarah: 180)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. (Al Maidah: 106)
Apa yang dikehendaki oleh Rasulullah adalah supaya wasiat tersebut diserahkan kepada nama-nama waris baginda yang khusus lagi berhak sehingga sampai kepada Muqarrab yang pertama atau Mahdi yang pertama yang baginya tiga nama iaitu: nama seperti nama baginda dan nama Bapanya, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, Maka tugas untuk mengumumkan wasiat tersebut kepada manusia dipikul oleh Al Mahdi yang lahir diakhir zaman.
Maka disini jelas bahawa yang berhak menerima wasiat itu adalah zuriat Rasulullah yang khusus seperti nama yang disebutkan sehingga sampai kepada Al Mahdi. Manakala para sahabat pada ketika itu hanya perlu menjadi saksi ketika Rasulullah mengumumkan dihadapan mereka untuk menuliskan wasiat yang menjamin dari kesesatan.
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat. [An Nisa 4:58]
Syarat untuk menjadi saksi kepada Wasiat Rasulullah hendaklah dari kalangan saksi yang adil dan disini kita harus berfikir dengan wajar mengapa para sahabat yang bertengkar ketika itu dihalau oleh Rasulullah setelah mereka membantah penulisan wasiat oleh baginda. Ini membuktikan bahawa tidak semua para sahabat itu adalah adil. Jika tidak, sudah pasti mereka semua menjadi saksi ke atas wasiat tersebut dan mereka tidak akan dihalau oleh Rasulullah kerana Rasulullah lebih mengetahui keadaan mereka.
Maka mereka yang menghalang Rasullullah daripada berwasiat sudah tentu tidak akan mengetahui kandungan wasiat tersebut kerana itu merupakan kesalahan mereka sendiri. Allah sesekali tidak akan menzalimi melainkan merekalah yang telah menzalimi diri mereka kerana membantah perintah Allah dan Rasulnya
Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (QS. An Nisaa : 79)
Sedangkan mereka sendiri berani membantah Rasulullah yang ingin berwasiat, maka tiada jaminan para sahabat akan akur dan menyokong imam Ali jika wasiat itu didedahkan ketika Imam Ali menjadi Khalifah yang ke empat. Dikhuatiri juga mereka akan menuduh imam Ali mengadakan-ngadakan wasiat tersebut kerana ingin berkuasa.
3. Bantahan ketiga
Golongan penentang berpendapat bahawa sekiranya Imam Ali yang maksum telah memberikan haknya kepada Abu Bakar sebagai Khalifah, maka itu membuktikan bahawa pengangkatan Abu Bakar sebagai Khalifah adalah sah dan tidak menyalahi kehendak agama. Begitu juga dengan Imam Hassan yang telah menyerahkan haknya kepada Muawiyah sebagai Khalifah.
Namun jika kita menilai semula pembentangan hujjah yang dikemukakan pada perenggan sebelum ini, kita akan dapati bahawa Hakikat Bai’ah Imam Ali kepada Abu Bakar itu menunjukkan tentang sikap dan jalan keputusan yang bertepatan dengan pesan Rasulullah iaitu supaya menjaga darahnya jika tidak mempunyai pendokong yang kuat atau mencegah dengan tangan jika mempunyai pendokong. Bukannya bermaksud menyerahkan secara mutlak tanpa berhujjah kepada Abu Bakar dan pengikutnya.
Untuk menjawap keraguan ini, perlu kita meneliti kepada makna erti tentang kosep Keadilan, Kebaikan dan Kezaliman terlebih dahulu. Kemudian daripada situ kita akan melihat bahawa Hakikat Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar adalah merupakan suatu yang berbeza berbanding apa yang difahami selama ini kerana ia tidak membatalkan tiga (3) hukum atau peraturan bagaimana manusia dapat mengenal Khalifah Lantikan Allah iaitu (1)Nas dan Wasiat ) (2) lmu dan Hikmah dan (3) perintah dan tuntutan Ketuanan Allah.
Bahkan jika kita menggunakan peraturan ini sebagai jalan untuk menguji sejauh manakah benar Abu Bakar dan juga manusia lain adalah juga Khalifah Lantikan Allah, maka kita akan dapati bahawa mereka ini tidak mempunyai tiga ciri-ciri yang ditetapkan kecuali kepada Keturunan Baginda yang dijelaskan di dalam wasiat nabi.
3.1 Makna keadilan, kebaikan dan Kezaliman menurut Imam Ali
Pada suatu ketika datang seseorang bertanya kepada Ali bin Abi Thalib, "Manakah yang lebih afdal: keadilan atau kebaikan?" Ali menjawab: “Keadilan itu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, sedangkan kebaikan mengeluarkan sesuatu perkara dari tempatnya."
Daripada kata-kata Imam Ali ini dapat kita huraikan persamaannya seperti berikut:
Keadilan = meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya,
Kezaliman = tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya
Kebaikan = mengeluarkan sesuatu perkara dari tempatnya.
Dan dari situ kita dapat merumuskan bahawa Keadilan adalah memberikan hak kepada setiap yang berhak untuk menerima haknya.
Manakalah kebaikan itu pula adalah apabila seseorang itu mengeluarkan haknya dan memberikan kepada seseorang yang tidak berhak atas perkara tersebut.
Dan Kezaliman itu adalah apabila seseorang yang tidak mempunyai hak dalam sesuatu urusan, telah mengambil hak sesuatu urusan itu sebagai miliknya dengan cara yang tidak diizinkan oleh pemiliknya yang berhak.
Maka dari sini kita dapat memahami bahawa Imam Ali telah melakukan kebaikan dengan mengeluarkan haknya sebagai Khalifah dan memberikan bai’ah kepada Abu Bakar dalam keadaan mereka meminta minta kepada Imam Ali sambil menzaliminya. Padahal mereka mengetahui keutamaan dan kelayakan Imam Ali disisi Rasulullah di banyak tempat.
Maka yang tidak adil disini adalah Abu Bakar dan para sahabat yang menyokongnya sedangkan mereka mengetahui kedudukan Ali disisi Baginda amatlah rapat yang tidak dimiliki oleh mana-mana manusia lain. Hatta Imam Ali adalah orang yang terakhir bersama baginda sehingga dikebumikan. Mereka telah bertindak tidak adil ketika mereka bermesyuarat mengangkat Abu Bakar sebagai Khalifah sedangkan Ahlul bait Baginda tidak berada bersama mereka kerana sibuk mengurusi Baginda yang baru wafat.
Bahkan dapat dikatakan bahawa tindakan Imam Ali merupakan
kayakinan teguh kepada pesan Rasulullah
Wahai Ali! Anda akan menghadapi kecaman Quraisy dan kezaliman mereka ke atas anda. Jika anda mendapati pembantu-pembantu, maka tentangilah mereka. Perangilah mereka yang menentang anda dengan mereka yang bersetuju dengan anda.
Dan jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu, maka bersabarlah, tahanlah tangan anda dan jangan mencampakkan diri anda kepada kebinasaan kerana anda bersamaku sebagaimana kedudukan Harun dengan Musa. Malah untuk anda, Harun adalah ikutan yang baik kerana dia berkata kepada saudaranya: Sesungguhnya kaumku telah menindasku dan hampir mereka membunuhku.
Dan ketahuilah sekiranya anda menyeru mereka, mereka tidak akan menyahuti seruan anda. Justeru itu, jadikan seruan anda sebagai hujah ke atas mereka.
Sekiranya umat tidak lalai dan benar-benar mentaati Rasulullah, maka seharusnya mereka menegakkan keadilan dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya sebaik sahaja Rasulullah wafat dengan menjadikan Imam Ali sebagai Pemimpin dan Wali mereka seperti yang dipesan Oleh Rasulullah semasa di Ghadir Khum.
Sekiranya umat benar-benar adil, maka sepatutnya mereka menunggu Ahlul Bait Keluarga Rasulullah datang dan bermesyuarat dengan mereka tentang pengangkatan Khalifah
Bahkan lebih awal daripada itu para sahabat sepatutnya bersikap adil ketika Rasulullah ingin menuliskan wasiat dan tidak membantah kehendak baginda kerana hanya itulah permintaan terakhir Rasulullah sebelum baginda Wafat. Para Sahabat yang membantah seharusnya meletakkan Rasulullah pada tempat yang selayaknya kerana Hak Rasulullah ke atas umat ialah untuk ditaati dan dipatuhi tanpa sebarang persoalan ke atas apa jua yang ditetapkan. Manakala hak umat ke atas Rasulullah adalah untuk diajarkan Ilmu dan Hikmah serta memberikan jaminan bahawa umat tidak akan sesat selepas baginda iaitu dengan berpegang kepada Ahli keluarga baginda yang khusus. Kerana merekalah yang alim ulama yang sebenar yang mewarisi nabi dan merekalah Ulim Amri yang sebenar yang perlu ditaati.
jadilah kalian tonggak-tonggak keadilan”. (An Nisa 4; 135)
4. Kesimpulan daripada Hakikat Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar
Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar tidak membatalkan Haknya sebagai Khalifah Allah yang sebenar kerana apa yang dilakukan adalah menepati seperti yang Rasulullah pesan demi menjaga darahnya dan agar umat tidak berpecah dan kembali menyembah berhala.
Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar tidak dapat membatalkan Peraturan Bagaimana mengenal Khalifah Lantikan Allah iaitu (1) berdasarkan Nas dan Wasiat (2) Berdasarkan Ilmu dan Hikmat (3) Berdasarkan tuntutan Ketuanan Allah
4.1 Baiah Imam Ali tidak membatalkan Dalil Nas dan Wasiat
Cukup kami katakan bahawa terlalu banyak bukti-bukti daripada Hadis-Hadis yang menyebut tentang keutamaan Imam Ali sebagai Khalifah Lantikkan Allah. Tidak perlu kami ulanginya disini lagi kerana Hujah dan pegangan utama kami sebagai Ansar Al Mahdi adalah berdasarkan Wasiat Rasulullah yang dituliskan sebelum baginda wafat. Maka bukti-bukti dan hujah lain adalah bersifat sebagai penyokong kepada Dalil Wasiat.
4.2 Baiah Imam Ali tidak menghalangnya daripada tugas mengeluarkan Hukum dan mengajarkan Ilmu dan Hikmah
Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar tidak menghalang tugasnya sebagai Khalifah Allah yang sebenar iaitu mengeluarkan hukum yang benar berdasarkan Kitab Allah serta mengajarkan Ilmu dan Hikmah kepada Manusia sepertimana peraturan kedua mengenal khalifah Lantikan Allah iaitu berdasarkan Ilmu dan Hikmah yang dimiliki. Jika kita bandingkan ketinggian Ilmu Imam Ali dengan orang lain yang hidup dizamannya, maka hal ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika benar Abu Bakar dan Khalifah dan Amirul Mukminin bagi umat Islam, maka mengapakah terlalu sedikit atau hampir tiada kata-kata bijaksana yang dapat dikumpulkan sebagai bukti beliau mengajarkan umat akan ilmu dan hikmah? Dan di dalam Hadis yang lain terdapat bukti menunjukkan bahawa Abu Bakar pernah memusnahkan sejumlah hadis yang dituliskan sebaik sahaja Rasulullah Wafat
4.3 Baiah Imam Ali tidak membatalkan tuntutan Ketuanan Allah
Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar bukanlah penyerahan hak yang mutlak ke atas urusan umat kerana seruan setiap Khalifah Lantikan Allah adalah bermula dengan kata-kata hujjah tentang hukum dan hikmah sebelum dilaksanakan dengan kekuatan Politik. Maka kekuatan politik hanyalah alat atau cara bagaimana hukum-hukum dan hikmah Ilmu itu diterjemahkan dalam perbuatan dan penguatkuasaan hukum apabila diberikan kuasa dan kepercayaan.
Maka disini Baiah Imam Ali kepada Abu Bakar hanya merupakan persetujuan untuk tidak bangkit melawan dengan senjata atau memberontak kepada Khalifah dengan kekerasan. Bahkan baiah Imam Ali kepada Abu Bakar tidak menghalang imam Ali menyatakan hak-haknya yang dizalimi berulang-ulang kali dengan hujah yang kukuh di dalam khutbahnya yang banyak dan bukannya dengan mengadu domba atau diada adakan tanpa hujah dan dalil yang kuat. Maka sebab itu, tidak menghairankan mengapa Kata-kata imam Ali hanya banyak diriwayatkan oleh pengikut-pengikut Ahlul Bait berbanding golongan-golongan yang mengiktiraf kekuasaan dan ketuanan lantikan manusia seperti Abu Bakar, Omar dan Usman serta Khalifah-khalifah Bani Umayah dan Abbasiah.
Fakta sejarah juga menunjukkan bahawa Imam Ali melaksanakan Tuntutan Ketuanan Allah dengan tegas tanpa ragu-ragu apabila dia diangkat sebagai Khalifah setelah terbunuhnya Osman. Ketika Imam Ali menjadi Khalifah, beliau langsung tidak memberi muka kepada golongan penentang dan memecat mereka daripada jabatan hakim dan bertegas dengan mereka sehingga mereka melahirkan kebencian kepadanya seperti yang dicatatkan dalam peperangan Jamal, Siffin dan Nahrawan. Ketegasan beliau perlu difahami bahawa untuk menterjemahkan segala hukum-hukum Allah dan melaksanakan keadilan dengan maksimum, maka ketaatan kepada Khalifah lantikan Allah adalah diperlukan dan ini adalah fitrah bagi mana-mana pemerintahan atau organisasi yang memiliki ketua di dalamnya.
Logiknya adalah kerana seorang ketua yang berilmu lebih mengetahui apa yang terbaik dan diperlukan dalam menguruskan organisasi atau syarikat perusahaannya, Maka seorang bawahan dituntut agar patuh kepada arahan ketua yang memiliki autoriti pelantikan dan kelebihan Ilmu tanpa ragu-ragu.
Jelas bahawa ketaatan kepada Rasulullah dan Ahlulbaitnya dari Imam Ali serta keturunan Rasulullah yang Khusus seperti nama yang disebutkan di dalam Hadis wasiat memiliki dalil dan autoriti yang kuat sebagai orang yang berhak mengeluarkan hukum dan mengajarkan Ilmu dengan kitab Allah seperti firman Allah.
Firman Allah Taala: orang-orang yang mempunyai hubungan Kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu. [Al Anfal : 75]
Firman Allah Taala: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Ali Imran: 34]
Firman Allah Taala: “Dan [ingatlah], ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu menyempurnakannya.” [Al Baqarah: 124]
Firman Allah Taala: “Dan menjadikannya kalimat yang kekal pada keturunannya” [Al Zukhruf: 28]
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim" [Al-Baqrah 2:124.]
Golongan penentang juga akan berhujah bahawa Abu Bakar, Umar dan Usman juga adalah anak keturunan Nabi Ibrahim, maka dalil Al Quran ini juga adalah bertepatan dengan mereka.
Namun hakikat yang harus diakui berdasarkan ibrah daripada Al Quran [Al-Baqrah 2:124.] ialah jelas menyatakan bahawa janji Allah tidak akan mengenai orang-orang yang zalim dan mereka tidak akan dilantik menjadi imam bagi seluruh manusia oleh Allah. Dan seperti yang telah dijelaskan bahawa keadilan itu adalah meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya sebagai lawan kepada makna kezaliman, maka peraturan Allah menetapkan bahawa Khalifah lantikan Allah tidak sesekali Allah lantik dari kalangan manusia yang pernah zalim mensyirikkan Allah.
Maka disini harus kita nilai semula mengapakah Imam Mahdi Akhir Zaman adalah dari zuriat keturunan Rasulullah melalui Imam Ali dan Fatimah dan bukannya melalui Zuriat Abu Bakar, Omar dan Usman atau manusia lainnya. Jawapannya adalah kerana Imam Ali sejak dilahirkan tidak pernah melakukan kezaliman dengan menyembah berhala seperti para sahabat yang lain yang pernah lakukan di zaman jahiliah. Apatah lagi bukti kesucian Imam Ali yang digelar sebagai “Wajah yang Allah sucikan” dan “Putera Kaabah” telah lahir di dalam tempat suci yang menjadi kiblat Umat Islam merupakan bukti bukti yang tidak dapat dipertikaian bahawa Imam Ali memiliki keutamaan yang besar berbanding Abu Bakar.
5. Penutup
Dan hakikat kelahiran Imam Ali di dalam Kaabah mempunyai makna dan kesan yang besar kepada kepada orang-orang yang jahil akan hak imam Ali serta zuriat Ahlulbait yang khusus di dalam wasiat nabi sebagai Khalifah Allah yang dberikan autoriti melaksanakan kekuasaan Allah dimuka bumi. Kerana di dalam Ibadah Haji dan Umrah, lafaz talbiah diucapkan sebagai tanda mengiktiraf Ketuanan Allah dimuka bumi seperti yang diajarkan iaitu “
Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku datang memuhi panggilan-Mu tidak ada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”
Maka kami tutup pembentangan kami kali ini dengan kami kongsikan jawapan imam Ahmad Al Hassan berkenaan sebab dan hikmah kelahiran Imam Ali di dalam Kaabah. Semoga kita memikirkan semula pegangan kita tentang hak Ahlul Bait yang dititipkan melalui wasiat baginda yang suci sebelum kewafatannya.
Ansar Al Mahdi – Jumaat, 2 Zulkaedah 1437 Hijrah – 5 Ogos 2016
Soalan 87: Adakah terdapat sebab bagi kelahiran Ali (as) di Ka’bah?
Jawapan: Ka’bah, atau Bait Allah Al-Haram (Rumah Allah Yang Mulia) adalah tajalli (penampakan) dan zuhur (kemunculan) bagi Bait Al-Ma’mur yang terletak di langit untuk para malaikat bertawaf, dan memohon ampun kerana membahas (menegur) Allah SWT dalam urusan menjadikan Adam(as) sebagai KhalifahNya. Setelah Adam (as) melampaui batas terhadap Pohon Ilmu Aali Muhammad (as) dan Pohon Wilayah
[tidak Kami dapati padanya keazaman yang kuat.] [153],
iaitu, untuk memikul Al-Wilayah Aali Muhammad (as) [154),
dimana dia diturunkan ke bumi dan diperintahkan untuk melakukan tawaf pada Ka’bah dan memohon ampun kepada Allah atas kelemahannya (kekurangannya).
Kemudian Allah mensyariatkan haji ke Bait Al-Haram (Ka’bah) untuk memperkenalkan manusia kepada Hujah Allah di zaman mereka dan wilayah mereka dan mengakui kelemahan (kekurangan) dan memohon ampun atas kekurangan mereka dalam menunaikan hakNya [155], kerana itulah Allah memerintah umat Islam untuk menjadikan Ka’bah Kiblat mereka tidak seperti umat sebelumnya dimana Kiblat mereka adalah Bait Al-Maqdis.
Dan di dalam perkara ini, ada beberapa hal yang perlu dijelaskan:
1 - Ka’bah mempunyai hubungan yang kuat dengan makna wilayah (taat setia), sebagaimana Haji dilakukan semata-mata untuk bertemu dengan Hujjah Allah, dan menunjukkan wilayahnya kepada manusia dan memohon ampun atas kelemahan (kekurangan) pada hak-hakNya.
2 - Ka’bah adalah kiblat solat dan sujud kepada Allah SWT, walaupun sujud sebelumnya adalah sujud kepada Adam yang dilantik sebagai KhalifahNya dan HujjahNya. bahkan sujud pada Nur (Cahaya), yang terdapat di dalam sulbi Adam, dan ia adalah Nur Amir Al-Mukminin Ali (as), dan adalah Kiblat pertama para malaikat yang padanya mereka semua hadapkan dan ia adalah Ali bin Abi Talib (as), Kiblat yang sebenar bukanlah Ka’bah dan batu-batunya, tetapi Kiblat itu adalah Jauhar (permata) yang dilahirkan di dalam Ka’bah, dan ia adalah Waliy Allah dan hujjahNya yang penuh, iaitu Ali bin Abi Talib (as), dan di sinilah diletakkan Hajar Al-Aswad di sudut (penjuru) Ka’bah; kerana Kitab (Tulisan) Persetiaan yang diambil Allah atas manusia ke atas Wilayah Ali bin Abi Talib (as).
Oleh itu, orang yang menghadap ke Kaabah telah mengakui Wilayah Ali bin Abi Talib (as) dengan perbuatannya itu dalam keadaan terpaksa, walaupun dia tidak percaya dengan perkataan dan hatinya, Yang Maha Tinggi berfirman:
[Hanya kepada Allah-lah sujud segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa] [156],
secara sukarela bagi mereka yang mengakui pada Wilayah dan secara terpaksa kepada yang tidak mengiktiraf pada Wilayah.
Yang Maha Tinggi berfirman:
Apakah kamu tidak mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. [157].
Mereka yang sujud kepada Allah tetapi mereka akan diazab adalah kerena mereka tidak mengenali (mengakui) pada Wilayah Ali (as) samada dengan perkataan mahupun dengan hati, namun mereka terpaksa mengakuinya menerusi perbuatan mereka dan sujud ke tempat dimana Imam Ali (as) dilahirkan iaitu Ka’bah, dan Allah SWT telah menghina mereka melalui sujud yang mereka lakukan dan akan menjadikan mereka berada di dalam kerugian:
Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. [158].
Jelas bahawa Kiblat itu adalah untuk bertawajjuh (menghadap) kepada Allah dan dengannya Allah SWT dikenali, Kiblat pada hakikat adalah manusia yang sempurna (Insan Kamil), dengannya akan dikenal Allah dan dia adalah wajah Allah SWT, yang dengannya telah menghadap penciptaannya. Dan bertawajjuh (menghadap) kepadanya adalah bertawajjuh kepada Allah. Insan Kamil adalah Ali bin Abi Talib (as), penguhulu Aushiak dan Auliak, Allah telah menjadikan beliau lahir keluar dari Ka’bah adalah untuk mengatakan bahawa manusia ini adalah Kiblat dan hujjaj (Haji) kamu kepadanya, dan untuk itu Allah SWT mengatakan, Aku tidak mencipta Ka’bah melainkan untuk Ali (as) dan dilahirkan Ali (as) di dalamnya. Oleh itu, jika aku mempunyai anak, pasti anak itu akan dilahirkan di RumahKu,
Katakanlah, jika benar Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak, maka akulah orang yang mula-mula memuliakan (anak itu). [159].
Maka, siapakah yang lebih wajar dijadikan sebagai Kiblat; batu binaan atau yang mensucikan batu-batuan binaan dengan sebab kelahirannya di dalamnya?
Berkata Isa (as) apa yang bermaksud: (kamu ulamak al-suuk yang bersumpah dengan haikal (Gereja) tidak mematuhi haknya tetapi bersumpah dengan haikal emas kamu mematuhi haknya, Hai kamu orang-orang bodoh dan orang-orang buta, apakah yang lebih penting, emas atau Rumah Tuhan yang menguduskan emas itu) [160].
✡✡✡✡✡
--------------------------------------------------------------------------------------------
[153] – Thaha 20:115.
[154] - Abi Ja'far (AS) berkata: (Allah mengambil Persetiaan ke atas para Nabi, FirmanNya, bukankah Aku Tuhanmu dan bahawa Mohammad RasulKu dan Ali Amir Al-Mukminin? Mereka menjawab: Ya. Maka disahkan nubuwah mereka. Kemudian diambil Persetiaan ke atas Uuli Al-‘Adzim, Bahawa Aku Tuhan kamu dan Mohammad RasulKu, Ali Amir Al-Mukminin, Aushiak selepasnya Wali UrusanKu dan Pemyimpan IlmuKu, dan bahawa Mahdi akan memenangkan agamaKu, dan dia menzahirkan KerajaanKu, dan membalas bela musuh-musuhKu dan mengabdi padanya secara sukarela atau terpaksa, mereka berkata, Kami berikrar -. Wahai Tuhan Kami -. dan kami berikrar. Adam (as) tidak menafikan, dan tidak juga berikrar, Maka dilaksanakan keazaman bagi mereka kelima-limanya (Uuli Al-‘Adzim) pada Mahdi (as), Adam tidak kuat keazamannya atas ikrar itu, ia adalah firman Allah Tabaraka wa Taala:
[Dan sesungguhnya telah Kami ambil perjanjian pada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya keazaman yang kuat.] Bashair Darajaat: halaman 90 Hadits 2.
[155] – Dari Al-Fadhil, dari Abi Ja’far (AS), beliau berkata, melihat kepada orang ramai yang tawaf mengelilingi Ka’bah, beliau berkata: (mereka bertawaf dalam kejahilan, bahawa diperintahkan mereka tawaf padanya, Kemudian mengasingkan kita dan mengajar kita wilayah mereka dan supaya kita mengasihi mereka dan meletakkan kita supaya menolong mereka,, kemudian membaca Ayat ini:
[dan jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka]) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 392 Hadits 1.
.
[156] - Al-Ra3d 13:15.
[157] - Al-Hajj 22:18.
[158] - Al-Hajj 22:18.
[159] – Al-Zukhruf 43:81.
[160] - Alkitab / Perjanjian Baru - Injil Matius 23 (Matthew 23): ((16) Celakalah kamu, hai pemimpin-pemimpin buta, yang berkata: Bersumpah demi Bait Suci (Rumah Tuhan), sumpah itu tidak sah; tetapi bersumpah demi emas Bait Suci, sumpah itu mengikat. (17) Hai kamu orang-orang bodoh dan orang-orang buta, apakah yang lebih penting, emas atau Bait Suci yang menguduskan emas itu?.. ..).
Langgan:
Ulasan (Atom)
