Assalamualaikum Warahmatullah
Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mistisfiles kerana telah banyak menyumbangkan penulisan dan membincangkan kebanyakkan perkara yang berada diluar kotak terutamanya mengenai teori konspirasi dan sejarah rahsia orang-orang Melayu. Namun saya berasa kecewa apabila M.O mengumumkan untuk berhenti menulis pada artikelnya yang terakhir. Klik sini http://mistisfiles.blogspot.com/2011/10/ucapan-dari-moderator-mf.html
Jadi, sebelum kamu M.O berhasrat untuk berhenti menulis dan menutup blog mistisfiles, maka dengarkan seruanku ini.....
Wahai M.O ! Apakah kamu sudah bosan menulis di Mistisfiles ni?
Apakah kamu sudah mahu berhenti daripada bersedekah? Kamu mengkhabarkan kepada kami mengenai ucapan baginda di dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”
Mungkin kamu terlupa bahawa nabi juga telah bersabda :
Daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda telah bersabda: “Mana-mana penyeru kepada kesesatan lalu ia diikuti maka dia memperolehi dosa seperti dosa-dosa sekalian orang yang mengikutinya tanpa kurang sedikitpun daripada dosa-dosa mereka. Mana-mana penyeru kepada petunjuk lalu ia diikuti maka dia memperolehi pahala seperti pahala-pahala sekalian orang yang mengikutinya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala-pahala mereka"
Apakah kamu mahu berhenti daripada bersedekah wahai M.O?
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik sedekah ialah seseorang muslim itu mempelajari satu ilmu kemudian mengajarkannya kepada saudaranya yang muslim.
Apakah kamu mahu berhenti daripada bersedekah wahai M.O?
Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.”
Wahai M.O!
Kamu mengatakan bahawa para elit Luciferian yang mendominasi dunia material.Mereka memiliki bisnes bernilai bertrilion pound sterling,teknologi-teknologi canggih bertahap 'luar angkasa' dan pengaruh 'mindcontrol' yang kuat ke atas majoriti manusia.Jika ada orang yang berlagak di depan saya hanya kerana dia tauke kedai atau bekerja sebagai akauntan,saya hanya ketawa terbahak-bahak di depan manusia malang itu.Saya pernah bergaul dengan para elit Luciferian ini dan mereka memang 'humble'.Apakah sifat yang paling mereka agungkan?Ia adalah "The more you give, the more you have/get".Ini adalah prinsip dalam sains kehidupan yang diajarkan oleh New Age Religion,salah satu cabang dalam agama menyembah Iblis.
Jika mereka si penyembah Iblis berlumba-lumba untuk memberi, mengapa pula kamu mahu berhenti? Apakah kamu sudah bosan? Oh, ya! Kamu mahu berhenti kerana mahu fokus kepada ibadah,mahu dekatkan diri kepada Allah bukan?
Tidakkah kamu mendengar bahawa nabi pernah bersabda:
"Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari"
Dan...
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.” (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Wahai M.O!
Bersedekah itu wajib. Apakah sejak kamu mula menulis di Mistisfiles kamu tidak berniat untuk bersedekah? Atau kamu memang hendak cari popular? Jika kamu memang berniat untuk bersedekah, maka apakah pula alasan kamu untuk berhenti daripada terus memberi?
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya. (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Sememang aku sungguh gembira apabila kamu menyebutkan tentang ajaran Rasulullah (Solawat atas baginda) yang menyuruh untuk perbanyakkan sedekah! Aku memang telah memasang niat untuk mengkaji berkenaan bab memberi sedekah. Insya Allah, jika diberikan kesempatan aku juga akan menulis mengenai bab sedekah ini dan kaitkan dengan kehidupan moden zaman sekarang ini di mana kehidupan zaman moden ini telah membuat kebanyakkan kita dan saudara Islam yang lainnya berpaling 180 darjah daripada apa yang Rasulullah ajarkan supaya banyak memberi.
Aku juga seperti kamu wahai M.O. Masih mencari dan akan terus mencari! Dan aku mempunyai niat untuk menulis. Cuma masaku sekarang ini terbatas.
Wahai M.O! Aku menyeru kepada kamu, jika benar kamu orang yang ikhlas, beriman kepada Allah dan Rasul, maka janganlah berehat dan berhenti menulis! Insya Allah, urusan kamu akan Allah permudahkan.
“Celakalah orang-orang Arab karena keburukan yang telah dekat. Hari ini, dinding Ya’juj dan Ma’juj telah dibuka seperti ini”, seraya beliau melingkarkan ibu jari dengan jari setelahnya.
[ Shahih Al-Bukhari (3347, 7136) dan Shahih Muslim (2880).]
Wahai M.O!
Dunia ini adalah penjara bagi orang-orang Mukmin. Ini bukan masanya untuk kita berehat. 1400 tahun dahulu nabi telah bimbang dan khabarkan bahawa Sesungguhnya Yakjuj Makjuj telah berjaya menembusi tembok Zulkarnain. Jadi, apakah kamu fikir bahawa kiamat itu masih lama lagi?
Allah berfirman di dalam surah At-Tariq
"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya”
Jika kita benar-benar beriman kepada ayat-ayat Allah pada surah At-Tariq ini, Maka marilah kita semua ramai-ramai berdoa dan berkorban supaya kita menjadi “Alat” kepada Allah dan sebahagian daripada perancangan-Nya untuk membalas tipu daya orang-orang kafir, si penyembah Iblis laknatullah!!
Solawat!