Assalamualaikum Warahmatullah..
Dengan nama Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
Dengan nama Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
Pada tahun 2007 & 2008 telah dilaporkan penemuan Bahtera Nabi Noh di Turkey oleh wakil kerjasama ekspedesi dari China dan Turkey di Gunung Ararat, Turkey. Apakah ini adalah petunjuk bahawa telah munculnya Imam Mahdi? Perhatikanlah..
.......................
Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.” (HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir) Abu Dzar Al- Ghiffari RA
..................................
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.
Lihatlah video di bawah...........
....................................
“Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .” - At-Thabarani
..............................................
Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat.” Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku” Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”
Perhatikanlah wahai saudaraku! Carilah dia dengan petunjukk Allah. Janganlah sekadar berpuas hati dengan apa yang kamu miliki.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Solawat!
4 ulasan:
Assalamualaikum wbt...
maaf kalau saya bertanya,sekadar ingin tahu dan cuba memperdalamkan perbincangan...
setelah apa yang tuan tuliskan,
siapakah IM pada pandangan tuan?
Dia adalah keturunan Rasulullah dan akan menegakkan hukum Allah berdasarkan sunnah Nabi.
Namun dikhuatiri ramai yang akan menentang beliau kerana apa yang akan ditegakkan adalah 180 darjah bertentangan dengan sistem yang kita pakai pada hari ini.
salam,
benar,ramai yang akan menentang kerana menyangkakan segala yang diceritakan di dalam Quran adalah cerita dongeng orang2 dahulukala...
cerita2 yang didengarkan seolah2 night time story...yang percaya hanyalah yang benar2 mewujudkan keadaan itu di dalam fikiran mereka,dan bila bertukar menjadi realiti,mereka tidak terkejut kerana sudah mengagaknya...
andai nabi saw wujud pada zaman sekarang yang mana sudah diperkenalkan islam pun,saya yakin masih ramai yang bangkit menentang...kerana menganggap cerita2 kitab Quran cerita2 dongeng dan hanya berlaku zaman dahulukala...tndakan mereka seolah menyatakan bahawa Quran satu cerita night time story...tidak ideal jika direalitikan pada zaman sekarang...
Dan penentangan yang akan diterima adalah lebih hebat daripada nabi, kerana akan ada daripada ulama yang menentangnya dengan menggunakan Kitabullah.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah
Catat Ulasan