Khamis, 31 Disember 2015

KHALIFAH ALLAH AL MAHDI DATANG DENGAN BUKTI YANG NYATA, NAMUN TIADA SIAPA YANG DAPAT MENYANGKA DAN MEMAHAMI BAGAIMANA KEDATANGANNYA SEHINGGA DIA MENJELASKKAN

Berita Besar dan bagaimana memahaminya? Berita kedatangan Khalifah Allah adalah berita besar dan Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran dalam surah Berita, surah Al-Naba' surah 78: ayat 1-5 أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ﴿بسم الله الرحمن الرحيم﴾ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani ﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾ Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang mereka perselisihkan tentang nya. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui. (5) [Al-Naba' 78:1-5] ﴿قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ *انْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ* ........ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ﴾ {Katakanlah: "Ia adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya *.......... Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa waktu lagi.):[Shaad 38:67,68 dan 88]. Hakikatnya kedatangan berita besar yang menjadi tanda tanya dan diperselisihkan oleh manusia adalah mengenai kedatangan Khalifah Allah yang Allah sendiri lantik sebagai wakil dan hujjahnya ke atas mahluk. Bahkan sejak awal lagi berita besar ini telah menyebabkan Malaikat berselisih dan bertanya kepada tuhanNya tentang pelantikan Nabi Adam (a.s)sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Lalu Iblis gagal apabila Allah mengujinya dengan Mahluk baru yang Allah ciptakan sebagai wakilnya dibumi iaitu Adam (a.s) Dan begitulah perselisihan terjadi di kalangan manusia pada setiap kali diutuskan Khalifah lantikan Allah yang terdiri dari para nabi dan rasul serta para wasi mereka yang menjadi hujah ke atas umat dizamannya. Dan Iblis (la) telah berjanji bahawa dia akan menyesatkan mereka, anak-anak Adam dan dia telah menyebabkan mereka (manusia) untuk mengikuti jejak langkahnya dengan menjadi sombong terhadap Khalifah Allah SWT di sepanjang zaman. Oleh itu, di sepanjang zaman manusia dibahagikan antara sebahagian yang mengikut jejak langkah Malaikat iaitu mereka yang taat kepada Khalifah Allah, dan bahagian yang lain yang mengikuti Iblis (la) dengan kesombongannya terhadap Khalifah Allah. Dan kelak akan diketahui mereka yang mengikut Iblis (la) dalam kesombongan mereka terhadap khalifah Allah, ke tempat mana mereka akan kembali Di akhir zaman, Manusia yang berselisih bukan sahaja dikalangan umat Islam, bahkan dikalangan pengikut Yahudi dan Kristian. Kaum Yahudi mempercayai kedatangan Elia sang penyelamat di akhir zaman. Umat Kristian meyakini kedatangan kedua Yesus @ Isa yang telah mati tiang salib. Manakala Umat Islam pula mempercayai kemunculan keturunan Rasulullah di akhir zaman yang disebut sebagai Al Mahdi. Dikalangan Umat Islam sendiri perselisihan tentang kedatangan Khalifah Allah Al Mahdi sebelum kiamat kubra (kiamat besar)begitu jelas dan tidak dapat dinafikan. Kedua Mazhab Sunni dan Syiah saling bertikai tentang kedatangan Al Mahdi. Di sisi Sunni dipercayai bahawa Imam Mahdi yang akan muncul diakhir zaman adalah seorang lelaki yang dilahirkan di akhir zaman dari Zuriat Rasulullah. Manakala Syiah pula meyakini bahawa Imam Mahdi adalah Imam Muhammad Ibnu Hassan Al Askari yang telah dilahirkan pada pertengahan Syabaan Tahun 255 Hijrah, lalu ghaib selepas itu dan akan muncul di akhir zaman. Selain itu, perselisihan dan kekeliruan umat tentang kedatangan satu figure penyelamat di akhir zaman semakin parah dengan adanya penuntut penuntut palsu yang mendakwa kononya sebagai Imam Al Mahdi. Persoalannya ialah bagaiaman perselisihan ini dapat dirungkai dan manusia dapat mengenal Khalifah Lantikan Allah Al Mahdi agar mereka tidak menuduh bahawa Allah tidak pernah menurunkan peraturan bagaimana manusia dapat mengenal Khalifah yang Allah lantik?