Isnin, 9 Januari 2012

2012: REVOLUSI TELAH BERMULA, AYUH KITA GERAKAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

NABI PERNAH BERSABDA :
"BERSEGERALAH KAMU DENGAN SEDEKAH KERANA SESUNGGUHNYA BALA TIDAK AKAN MELANGKAH SEDEKAH"


Kita tidak memerlukan wang kerana wang itu adalah satu kelangkaan buatan manusia. Jika kita terperangkan di sebuah pulau, apakah wang, emas dan perak akan menjadi berguna kepada kita.Tidak berguna sama sekali!  Apa yang kita perlukan adalah makanan yang mencukupi dan berkhasiat, tempat berteduh dan pakaian yang selesa. 


Hanya satu masalah sahaja yang dihadapi jika kita terperangkan di sebuah pulau. Masalah itu ialah bagaimana kita boleh sediakan keperluan  tersebut untuk keperluan semua orang dengan kadar yang cepat dan cekap.


Penyelesaiannya adalah teknologi. Mengapa teknologi?


Kerana teknologi itu adalah alat yang dibentuk melalui pendekatan sains. Apa itu sains?


Sains itu adalah ILMU. Ia adalah ILMU ALAM.


dan ILMU ALAM itu Hendaklah dipandu Dengan ILMU AGAMA


NABI MENGAJARKAN ILMU  AGAMA SECARA PERCUMA KERANA IA DATANG DARI ALLAH YANG MAHA KAYA


NAH! JIKA KAMU PERCAYA ILMU AKHIRAT @ AGAMA ITU LEBIH TINGGI DAN MULIA DARIPADA ILMU DUNIA, MAKA ILMU DUNIA ITU JUGA HARUS DIAJARKAN DAN DISEBARKAN DENGAN PERCUMA. APATAH LAGI JIKA ILMU DUNIA ITU MENGGUNAKAN SUMBER ALAM YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SECARA PERCUMA KEPADA MANUSIA! NOKTAH!


TANYALAH KEPADA M.O DAN SRI KANDI MISTISFILES MENGAPA MEREKA MENULIS BLOG? TANYALAH KEPADA DIRI ANDA. MENGAPA ANDA MENULIS BLOG? KERANA ANDA MAHU BERKONGSI DAN MEMBERI BUKAN? ANDA INGIN BERKONGSI DAN MEMBERITAHU KEPADA ORANG LAIN TENTANG APA YANG ANDA TAHU. ANDA INGIN BERSEDEKAH DENGAN APA YANG ANDA TAHU. 



MARI SAYA PERKENALKAN KEPADA ANDA SESUATU YANG MEMUNGKINKAN SEGALANYA. SEMUANYA ADALAH PERCUMA!
















Maka benarlah seperti yang telah di katakan oleh Saidina Ali, bahawa:"ILMU ITU ADALAH PEMIMPIN DAN AMAL ITU ADALAH PENGIKUTNYA".


Lihat juga kata-kata Saidina Ali mengenai 10 keutamaan ilmu ------> KLIK SINI  (ILMU VS HARTA)


Internet telah memberikan impak yang besar

Perhatikan apa yang anda dan kamu serta rakan-rakan yang lain boleh lakukan. Dengan adanya blog maka kita boleh berdakwah dengan lebih mudah dan cepat. Ilmu dan maklumat dapat tersebar dengan cepat.

Dengan adanya internet, kita boleh berkongsi dan memberi sumbangan hampir semua perkara yang kita minati.
inilah yang dipanggil teknologi Open Source @ Sumber terbuka. Open source ini telah berjaya menyediakan ruang untuk orang-orang pakar IT di bidang jurutera perisian membangunkan kod-kod perisian yang disebarkan secara percuma dan boleh diubahsuai ikut kemahuan dan cita rasa oleh orang yang menggunakannya. 

Perkara ini telah memberi cabaran kepada syarikat-syarikat besar seperti MIcrosoft dan  Apple. Linux telah memberi cabaran kepada Microsoft dalam membangunkan sistem operasi (Windows vs Ubuntu) dan pemprosesan perkataan (Ms Office Vs Open Office). Ini adalah contoh yang paling mudah. 

Sebenarnya di Barat mereka berasa hairan bagaimana masyarakat pada hari ini telah berjaya melakukan satu pekerjaan dan bergerak bukan atas prinsip mengharapkan ganjaran wang semata. Mereka seperti berasa kagum seolah-olah teori motivasi mereka berkenaan dorongan yang menggerakan dan menarik manusia untuk bekerja runtuh sama sekalai. Sangkaan mereka bahawa manusia itu bekerja semata-mata berhajat kepada ganjaran adalah tidak benar sama sekali.

Kita lihat contoh wikipedia. Wikipedia telah meyediakan satu ensiklopedia secara percuma kepada warga dunia dalam sekala yang belum pernah dicapai sebelum ini. Dan mereka bergerak atas prinsip DERMA/SEDEKAH daripada orang ramai untuk membiayai kos operasinya. Apa yang mengagumkan, dana sumbangan ini semakin bertambah dari hari ke sehari.

Bahkan dikatakan bahawa internet telah menjadikan institusi-institusi tradisional menjadi lapuk. Dulu jika seorang itu mahu memberikan sumbangan, mereka perlu melalui sebuah organisasi syarikat yang akan mengambil mereka bekerja. Namun hal ini mempunyai beberapa halangan seperti kena lulus temuduga atau syarat-syarat pengambilan yang ketat dan kadang-kala perkauman. Tetapi hal ini tidak terjadi dengan adanya internet. Lihatlah bagaimana wikipedia beroperasi, bagaimana Linux telah berjaya dan lihat juga bagaimana Open Source Ecology yang baru muncul akan memberikan impak yang besar kepada dunia (http://opensourceecology.org/


Saya berasakan sedikit masa lagi, semua institusi seperti syarikat perniagaan dan institusi politik akan berhadapan dengan tekanan yang kuat dari masyarakat civil. Ini kerana masyarakat sivil tidak perlu lagi bergantung kepada institusi ini untuk mendapat apa yang mereka perlukan kerana masyarakt menjadi semakin berdikari dengan adanya revolusi internet.

Dan saya melihat bahawa apa yang nabi pernah sabdakan bahawa imam mahdi akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan kekayaan yang melimpah ruah akan terjadi dan insyaAllah, mungkin kita akan sempat melihat ia berlaku di depan mata.

Berkenaan dengan salib-salib yang akan dimusnahkan, saya berpendapat bahawa ia bukannya terjadi kerana peperangan antara orang islam dan kristian dimana orang islam yang menang akan menawan gereja dan menghancurkan salib. Akan tetapi orang kristian itu sendirilah yang menghancurkannya kerana mereka akan memeluk islam secara beramai-beramai dengan aman.

MAKA DENGAN INI SAYA MENYERU KEPADA KAMU SEMUA UMAT ISLAM DILUAR SANA TERUTAMANYA MEREKA-MEREKA YANG ADA KEPAKARAN DALAM ILMU SAINS, AYUH KITA GERAKAN INI UNTUK MENJADIKAN DUNIA YANG LEBIH BAIK.


MARI KITA GERAKKAN PERKARA INI DENGAN BERTERASKAN KONSEP SEDEKAH. KERANA SESUNGGUHNYA NABI PERNAH BERSABDA "BERSEGERALAH KAMU DENGAN SEDEKAH KERANA SESUNGGUHNYA BALA TIDAK AKAN MELANGKAH SEDEKAH"

SOLAWAT!


Jumaat, 6 Januari 2012

RENUNGAN HARI JUMAAT : ILMU VS HARTA



Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah


Saidina Ali pernah berkata: 
"Ilmu itu adalah pemimpin dan amal adalah pengikutnya"



Pada suatu hari, sepuluh orang telah mendatangi Imam Ali ra. Mereka ingin mengetahui mengapa ilmu lebih baik daripada harta dan mereka meminta agar masing-masing dari mereka diberikan jawaban yang berbeda. Imam Ali ra menjawab sebagaimana berikut:

Yang Pertama:
Ilmu adalah warisan Nabi, sebaliknya harta adalah warisan Firaun. Sebagaimana Nabi lebih unggul daripada Firaun, maka ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kedua:
Engkau harus menjaga hartamu, tetapi Ilmu akan menjagamu. Maka dari itu, Ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Ketiga:
Ketika Ilmu dibagikan ia semakin bertambah. Ketika harta dibagikan ia berkurang. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Keempat:
Manusia yang mempunyai banyak harta memiliki banyak musuh, sedangkan manusia berilmu memiliki banyak teman. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kelima:
Ilmu menjadikan seseorang bermurah hati karena pandangannya yang luas, sedangkan manusia kaya menjadi sengsara kerana kecintaannya kepada harta. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Keenam:
Ilmu tidak dapat dicuri, tetapi harta terus-menerus terdedah kepada kecurian. Maka, ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Ketujuh:
Seiring berjalannya waktu, kedalaman dan keluasan ilmu bertambah. Sebaliknya, timbunan dirham menjadi berkarat. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kelapan:
Engkau dapat menyimpan catatan kekayaanmu karena ia terbatas, tetapi engkau tidak dapat menyimpan catatan ilmumu karena ia tidak terbatas. Untuk itulah mengapa ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kesembilan
Ilmu mencerahkan pikiran, sementara harta cenderung menjadikannya gelap. Maka dari itu, ilmu lebih baik daripada harta.

Yang Kesepuluh:
Ilmu lebih baik daripada harta, karena ilmu menyebabkan Nabi berkata kepada Tuhan “Kami menyembah-Nya sebagaimana kami adalah hamba-hamba-Nya”, sementara harta membahayakan, menyebabkan Firaun dan Nimrud bersikap bongkak dengan menyatakan diri mereka sebagai Tuhan.

*********

Sumber artikel:

Diterjemahkan oleh Dimas Tandayu dari “Superiority of knowledge over wealth”
Dikutip dari buku berjudul “Hadrat Ali r.a.”, Oleh Prof. Madud-ul-Hasan.


PENTINGNYA ILMU

“Allah akan MENINGGIKAN orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” 
(QS. Al-Mujadalah:11)

Al-Imam Asy-Syafi’i:

“BELAJARLAH karena tidak ada seorangpun yang dilahirkan dalam keadaan BERILMU, dan tidaklah orang yang berilmu seperti orang yang bodoh.
Sesungguhnya suatu kaum yang BESAR tetapi tidak memiliki ILMU maka sebenarnya kaum itu adalah KECIL apabila terluput darinya KEAGUNGAN (ILMU).
Dan sesungguhnya kaum yang KECIL jika memiliki ILMU maka pada hakikatnya mereka adalah kaum yang BESAR apabila perkumpulan mereka selalu dengan ILMU.”

Kebutuhan manusia terhadap ILMU itu lebih besar daripada kebutuhan mereka kepada MAKANAN dan MINUMAN, karena makanan dan minuman hanya dibutuhkan sekali atau dua kali dalam sehari, sedangkan ILMU dibutuhkan sebanyak SEJUMLAH PERNAFASAN kita sepanjang hari. 
( Imam Ahmad bin Hambal)

Dari Al-Hasan Al-Bashriy rahimahullaah, beliau berkata: “Sungguh aku mempelajari satu bab dari ILMU lalu aku MENGAJARKANNYA kepada seorang muslim di jalan Allah LEBIH AKU CINTAIi daripada aku mempunyai DUNIA SELURUHNYA.” 
(Al-Majmuu’ Syarh Al-Muhadzdzab, karya Al-Imam An-Nawawiy, 1/21)

Muadz bin Jabal pernah mengatakan:
“Pelajarilah ilmu,
karena mempelajari ilmu karena Allah adalah KEBAIKAN
dan menuntut ilmu adalah IBADAH,
pengkajiannya adalah TASBIH,
penyidikannya terhadap ilmu adalah JIHAD,
pengajarannya adalah SEDEKAH,
dan pemberian kepada ahlinya adalah PENDEKATAN DIRI kepada Allah.

Ilmu adalah PENGHIBUR dikala kesepian,
TEMAN diwaktu sendirian,
dan PETUNJUK dikala senang dan susah.
Ia adalah PEMBANTU dan TEMAN yang baik,
dan PENERANG jalan ke SYURGA.”

Siapa Muadz Bin Jabal ini? Ia seorang pemuda, yang masuk Islam ketika berumur 18 tahun kemudian Nabi Saw mengakatnya menjadi seorang penguasa sekaligus pengajar ke Negara Yaman ketika ia berusia 24 tahun. Ia dikenal sebagai ulama yang masyhur.

Dari ‘Umar Ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Sesungguhnya seseorang keluar dari rumahnya dalam keadaan dia mempunyai dosa-dosa seperti gunung Tihamah, akan tetapi apabila dia mendengar ILMU , kemudian dia menjadi TAKUT, kembali kepada Rabbnya dan BERTAUBAT, maka dia pulang ke rumahnya dalam keadaan tidak mempunyai dosa. Oleh karena itu, janganlah kalian meninggalkan majelisnya para ulama.” (Miftaah Daaris Sa’aadah, karya Al-Imam Ibnul Qayyim, 1/77)

Dan beliau juga berkata: “Wahai manusia, WAJIB atas kalian untuk BERILMU (mempelajari dan mengamalkannya), karena sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai SELENDANG yang Dia cintai. Maka barangsiapa yang MEMPELAJARI satu bab dari ILMU, Allah akan selendangkan dia dengan SELENDANG-Nya. Apabila dia terjatuh pada suatu DOSA hendaklah meminta AMPUN kepada-Nya, supaya Dia tidak melepaskan selendang-Nya tersebut SAMPAI dia MENINGGAL.” (Ibid. 1/121)

”Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan membuka baginya satu jalan dari JALAN-JALAN SYURGA.” 
(Hadits hasan)


Ibnu Hazm seorang pakar fikih dan usul fikih menyimpulkan:
Ilmu pengetahuan Islam itu memiliki manfaat yang banyak bagi kehidupan manusia. Antara lain :

1. Menghilangkan KERESAHAN
2. Menghindarkan bujukan SYETAN
3. Mengikis SUNTUK, RESAH, GUNDAH GULANA
4. Menghilangkan KESEDIHAN


“Barangsiapa yang Allah akan berikan KEBAIKAN kepada seseorang, maka Allah memberi KEFAHAMAN dalam ILMU AGAMA.”
(HR. Bukhari Muslim)

Dipetik dan diubah suai  daripada blog : 

Jumaat, 6 Januari 2012: 5.45 pagi






Sabtu, 24 Disember 2011

SISTEM YANG BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH RASULULLAH : INTRO DARI KITAB TANBIHUL GHAFILIN (PERINGATAN BAGI YANG LUPA)

Assalamualaikum Warahmatullah.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. 

Ini adalah intro daripada Kitab Tanbihul Ghafilin berkenaan dengan "Bab Meng abaikan Dunia atau Menolaknya"

Petikan bab ini diambil daripada pautan blog http://rockbebeh.blogspot.com/. Kredit kepada penulis blog tersebut kerana telah memudahkan artikel ini ditulis tanpa perlu menyalin sendiri sepenuhnya daripada Kitab yang dimaksudkan.

Di dalam artikel terdahulu telah dituliskan bagaimana sistem ekonomi dunia hari ini berfungsi dan digerakkan oleh prinsip memenuhi keperluan dan kehendak manusia seperti yang diajarkan di dalam teori ekonomi moden di universiti di seluruh dunia. Klik sini untuk membaca semula artikel terdahulu :----------->>

SISTEM YANG BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH RASULULLAH - Bahagian Satu



PENTING!

perhatikan sebahagian daripada teori ekonomi seperti berikut :


human wants are the driving force which stimulates demand for goods and services". 

Tahukah tuan-tuan & puan-puan apakah kehendak dan keperluan seorang manusia itu?

Perhatikan juga istilah ekonomi 'opportunity cost´ 

Istilah ekonomi ´opportunity cost´ begitu diterima di mana-mana, merentas batasan bidang ekonomi itu sendiri. Prinsipnya sering digunakan manusia (kadang-kadang digelar ilmuan dalam bidang-bidang tertentu), apabila merujuk tentang peluang dan pilihan. 

Namun adalah amat jarang sekali istilah ini digunakan untuk menggambarkan tentang pilihan antara dunia dan akhirat.

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang niatnya keakhirat maka Allah s.w.t. akan menghimpun baginya semuanya dan dijadikan kaya hati dan datang kepadanya dunia merendah diri. Dan siapa yang niatnya dunia maka Allah s.w.t. akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinannya selalu membayang diruang matanya dan tidak akan datang kepadanya dunia kecuali yang ditentukan baginya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-Aswad bin Qays berkata: "Saya telah mendengar Jundub berkata: "Umar r.a. masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. sedang Nabi Muhammad s.a.w. diatas tikar yang telah berbekas dipinggangnya, maka menangis Umar r.a. melihat keadaan itu, makaNabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis, ya Umar?" Jawab Umar r.a.: "Saya teringat kepada Raja Kaisar dan Kisra dengan segala kemewahan dunianya sedang Rasulullah adalah utusanAllah s.w.t. sehingga berbekas di pinggangmu garis-garis tikar." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Mereka kaum yang telah diberi kontan kesenangan mereka didunia dan kami kaum yang ditunda kesenangan kami diakhirat."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya yang saya khuatirkan atas kamu hanya dua iaitu:
  • Panjang angan-angan dan
  • Menurut hawa nafsu
sebab panjang angan-angan itu melupakan akhirat dan menurut hawa nafsu itu menghalangi (menentang) hak, sedang dunia sudah berjalan membelakangi kami dan akhirat akan tiba kepada kami, dan masing-masing ada mempunyai anak-anak, maka jadilah kamu dari anak-anak akhirat dan jangan menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya hari ini beramal dan tidak ada hisab sedang kelak hisab tidak ada amal. Perbanyaklah amal sekarang sebab kamu tidak dapat beramal pada hari esok."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan Albashri berkata: "Saya mencari khutbah Nabi Muhammad s.a.w. tiap Jumaat selama empat tahun tidak bertemu, tiba-tiba saya mendapat berita bahawa itu ada pada seorang sahabat Anshar dan ketika ditemui ialah Jabir bin Abdillah r.a., maka saya bertanya: "Apakah benar engkau telah mendengar khutbah Nabi Muhammad s.a.w. yang dibaca tiap Jumaat?" Jawabnya: "Ya, saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai orang-orang, sesungguhnya untuk kamu telah ada petunjuk-petunjuk maka berhentilah pada petunjuk-petunjuk jalan itu, dan kamu juga mempunyai batas maka berhentilah (ikutilah) batas-batas yang telah ditentukan bagimu itu. Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin berada diantara dua ketakutan, antara ajal masa yang lalu, ia tidak mengetahui bagaimana Allah s.w.t. akan berbuat kepadanya, dan masa yang akan datang juga tidak mengetahui apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu tiap orang harus berbekal untuk kepentingan dirinya sendiri dan
  • masa hidupnya untuk matinya
  • masa mudanya untuk masa tuanya
  • dunianya untuk akhiratnya
Maka dunia ini dijadikan untuk kamu dan kamu jadikan untuk akhirat. Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesudah mati tidak ada jalan untuk taubat dan sesudah dunia tidak ada tempat kecuali syurga atau neraka. Saya ucapkan kata-kata ini dan aku mohon ampaun kepada Allah s.w.t. untuk diriku dan untukmu."

Sahl bin Abdillah Attustari biasa membelanjakan kekayaannya dalam segala jalan yang menuju taat kepada Allah s.w.t., lalu ibu dan sanak saudaranya yang menyampaikan hal itu kepada Abdullah bin Almubarak, mereka berkata: "Bahawa orang itu jika sedekah tidak kira-kira kerana itu kami khuatir kalau ia menjadi miskin." Maka Abdullah bin Almubarak menyampaikan keluhan ibu dan saudara-maranya itu kepada Sahl bin Abdullah Attustari. Jawab Sahl: "Ya Aba Abdirrahman, bagaimana pendapatmu bila ada orang kota telah membeli tanah kebun didesa dan ia akan pindah kedesa itu, apakah harus meninggalkan apa-apa dikota, padahal ia tidak akan kembali lagi kekota itu?" Abdullah bin Almubarak berkata: "Sahl telah mengalahkan kamu dalam keluhanmu itu, iaitu siapa yang akan pidah ketempat lain tidak seharusnya ia meninggalkan apa-apa ditempat yang akan ditinggalkan itu, demikian pula orang yang akan pindah dari dunia keakhirat, mengapakah harus meninggalkan apa-apa didunia ini."

Abul Laits berkata: "Siapa yang sempurna akal, maka ia rela dengan sederhana didunia, dan tidak sibuk memperbanyak dan sibuk beramal untuk akhirat sebab akhirat itulah tempatnya nikmat, kekal sedang dunia akan rosak, tipuan dan fitnah."

Juwaibir meriwayatkan dari Adhdhahhak berkata: "Ketika Allah s.w.t. telah menurunkan Nabi Adam a.s. dan Hawwa kebumi, lalu dapat merasakan bau busuk dan kehilangan bau syurga, pengsanlah keduanya selama empat puluh hari kerana sangat busuknya dunia ini."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sungguh hairan ajaib bagi seorang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi kemudian ia masih sibuk dengan tempat tipuan dan sementara."

Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: "Saya hadir dimajlis Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang bagus muka dan rambutnya, berpakaian putih, lalu berkata: "Assalamu alaikum, ya Rasulullah." Dijawab Nabi Muhammad s.a.w. "Wa alaikum salam warahmatullah." Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, apakah dunia ini?" JawabNabi Muhammad s.a.w. "Bagaikan impian orang tidur, sedang penduduknya bakal dibalas dan disiksa." Lalu ia bertanya: "Dan apakah akhirat?" JawabNabi Muhammad s.a.w. "Kekal, sebahagian disyurga dan sebahagian dineraka." Lalu ditanya: "Apakah syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w."Gantinya dunia, bagi orang yang sanggup meninggalkannya mendapat kesenangannya untuk selamanya." Lalu ditanya: "Dan apakah Jahannam itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Gantinya dunia bagi yang cinta kepadanya, tidak akan pisah lepas dari Jahannam untuk selamanya." Lalu ditanya: "Maka siapakah yang sebaik-baik ummat ini?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Yang berbuat taat ketika didunia." Lalu ditanya: "Bagaimana didalamnya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bersungguh seperti orang yang mengejar gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lama tinggal didalam dunia?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Seperti lamanya orang yang tertinggal dari gafilah-gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lamakah antara dunia dan akhirat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Sekelip mata" Maka pergilah orang itu dan tidak kelihatan, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Itu Jibril datang untuk menzuhudkan kamu didunia dan menggemarkan kamu diakhirat."


Nabi Ibrahim a.s. ketika ditanya: "Mengapa Allah s.w.t. menjadikan engkau khalilullah?" Jawabnya: Kerana tiga sebab iaitu:
  • Tiada aku disuruh memilih dua macam melainkan saya pilih yang untuk Allah s.w.t. dari yang lain-lainnya
  • Saya tidak pernah risau hati terhadap apa yang dijamin olehAllah s.w.t. dalam urusan rezekiku
  • Tidak pernah makan siang atau malam melainkan bersama tetamu

Seorang cendikiawan berkata: "Kehidupan hati itu dengan empat ilmu iaitu:
  • Ilmu
  • Ridho
  • Qana'ah
  • Zuhud
Maka ilmu iaitu yang menimbulkan ridho dan ridho menyampaikan kepada qana'ah (teriman) dan qana'ah itu menyampaikan kepada zuhud bererti meremehkan dunia (tidak rakus kepada dunia). Dan zuhud ada tiga tingkat iaitu:
  • Mengenal dunia dan meninggalkannya
  • Ibadat kepada Allah s.w.t. dengan adab
  • Rindu kepada akhirat dan berusaha mencapainya

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Hikmat itu turun dari langit masuk kedalam semua hati kecuali hati yang ada empat macam iaitu:
  • Yang condong kepada dunia
  • Risau untuk hari esok
  • Hasud kepada saudara
  • Ingin kepada pangkat kedudukan
Yahya juga berkata: "Seorang yang sempurna akal iaitu yang berbuat tiga perkara iaitu:
  • Meninggalkan dunia sebelum ditinggalkannya
  • Membangun kubur sebelum dimasukkannya
  • Mengerjakan apa yang diridhoi Allah s.w.t. sebelum menghadap kepadaNya

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Siapa yang menghimpunkan enam macam maka bererti telah benar-benar berusaha untuk mendapatkan syurga dan lari dari api neraka iaitu:
  • Mengenal Allah s.w.t. lalu mentaatiNya dan mengenal syaitan laknatullah lalu menentangnya
  • Mengenal hak lalu mengikutinya dan mengenal bathil lalu menghindarinya
  • Mengenal dunia lalu mengabaikannya dan mengenal akhirat lalu berusaha untuk mencapainya

Ja'far Assadiq dari Muhammad Albaaqir dari Ali Zainul Abidin dari Alhusain bin Ali r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Ali, empat macam tanda celaka iaitu:
  • Kering air mata
  • Keras hati
  • Cinta dunia
  • Jauh angan-angan

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan dunia ini disisi Allah s.w.t. menyamai nilai satu sayap nyamuk maka tidak akan diberikan kepada orang kafir walau seteguk air."

Syahr bin Hausyab dari Abdurrahman bin Usman berkata: "Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang subuh didekat tempat pembuangan kotoran, maka melihat ulat bergerak dalam kotoran, maka Nabi Muhammad s.a.w. menghentikan untanya menantikan orang-orang, lalu bertanya kepada orang-orang: "Apakah kamu mengetahui bahawa orang-orang ditempat ini jijik terhadap ulat ini?" Jawab mereka: "Benar, ya Rasulullah." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, sesungguhnya dunia ini lebih rendah (hina) disisi Allah s.w.t. melebihi dari hinanya ulat terhadap orang-orang yang mempunyai tempat ini."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini sebagai syurga bagi orang kafir sedang kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya."

Abul Laits berkata: "Erti sabda Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah: "Seorang mukmin meskipun adakalanya mewah dan nikmat, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat dan kemewahan yang disediakan untuknya disyurga, maka seolah-olah ia berada didalam penjara, sebab seorang jika mati dan diperlihatkan kepadanya syurga dan kemuliaan yang ada didalamnya, ia sedar bahawa selama di dunia seolah-olah dalam penjara. Sedang seorang kafir jika mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman-hukuman dalam neraka, maka ia merasa bahawa ia tadi dalam syurga. Kerana itu seorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara dan tidak akan mencari kesenangan dalam penjara. Maka seorang yang berakal harus memperhatikan apa yang telah dijelaskan Allah s.w.t. mengenai dunia dalam ayat-ayat Al-Quran, sebab dalam ayat Al-Quran dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. cukup perumpamaan yang jelas supaya orang mukmin jangan tertipu oleh dunia."


إِنَّمَا مَثَلُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا كَمَآءٍ أَنزَلۡنَـٰهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ فَٱخۡتَلَطَ بِهِۦ نَبَاتُ ٱلۡأَرۡضِ مِمَّا يَأۡكُلُ ٱلنَّاسُ وَٱلۡأَنۡعَـٰمُ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَخَذَتِ ٱلۡأَرۡضُ زُخۡرُفَهَا وَٱزَّيَّنَتۡ وَظَنَّ أَهۡلُهَآ أَنَّہُمۡ قَـٰدِرُونَ عَلَيۡہَآ أَتَٮٰهَآ أَمۡرُنَا لَيۡلاً أَوۡ نَہَارً۬ا فَجَعَلۡنَـٰهَا حَصِيدً۬ا كَأَن لَّمۡ تَغۡنَ بِٱلۡأَمۡسِ‌ۚ كَذَٲلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَتَفَڪَّرُونَ  
(Surah Yunus ayat 24)
(Yang bermaksud)"Sesungguhnya perumpamaan kerosakan dunia ini bagaikan air yang Kami turunkan dari langit maka meresap kedalam tanah dan menumbuhkan makanan orang-orang dan binatang-binatang, sehingga apabila bumi ini telah berhias dengan segala hasilnya dan indah dan pemiliknya telah mengira ia sangat berkuasa atasnya, tiba-tiba datang siksa Allah diwaktu malam atau siang hari, maka jadilah semua itu terketam habis, seakan-akan tidak ada apa-apa sejak kelmarinnya. Demikianlah contoh dunia ini. Kami jelaskan bagi orang-orang yang suka berfikir dan memperhatikan."

Nabi Muhammad s.a.w. didatangi seorang dari Syam, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w. tentang luas tanah mereka dan berbagai kenikmatan yang mereka rasakan, lalu ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w. "Lalu kamu berbuat apakah?" Jawabnya: "Kami membuat berbagai macam makanan untuk kami makan." Ditanya: "Kemudian jadi apa?" Jawabnya: "Sebagaimana yang telah engkau ketahui, ya Rasulullah." (Yakni kencing dan kotoran) Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Maka demikianlah perumpamaan dan contoh dunia ini."

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabbul a'lamin dan manusia sebagai tanamannya sedang maut itu sebagai cangkulnya. Dan Malakulmaut itu sebagai pengetamnya dan kubur sebagai lombongnya dan kiamat sebagai lesungnya dan syurga atau neraka temapt pemuasnya, sebahagian syurga dan sebahagian dalam neraka Sa'ir."

Luqman Alhakiem berkata kepada puteranya: "Hai anak, sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah tenggelam didalamnya kebanyakkan manusia, kerana itu jadilah perahu didunia ini taqwa kepadaAllah s.w.t."

Kata pujangga: "Sesungguhnya ada hamba-hamba Allah yang cerdas cendikia (cerdik pandai) telah menceraikan dunia dan takut dari fitnahnya (tipu dayanya). Mereka memperhatikan benar-benar segala akibatnya dan ketika telah mengerti bahawa dunia ini bukan tempat hidup yang abadi, maka mereka menjadikan dunia ini bagaikan lautan dan menggunakan amal soleh sebagai bahteranya. Maka amal soleh itulah yang menjadi barang dagangan dan kerajinan beramal sebagai keuntungannya dan hari-hari sebagai gelombangnya dan tawakkal sebagai naungannya, dan kitab Allah s.w.t.penunjuknya dan menahan nafsu sebagai tali ikatnya dan maut itu ujungnya dan kiamat pasarannya dan Allah s.w.t. pemiliknya."

Alfudhail bin Iyaadh berkata: "Pada hari kiamat kelak akan tiba dunia berlagak dengan keindahannya, lalu berkata: "Ya Tuhan, jadikanlah aku rumah untuk sebaik-baik hambaMu." Jawab Allah s.w.t.: "Aku tidak rela kamu menjadi rumah mereka, jadilah kamu sebagai debu yang berhamburan." Maka seketika itu menjadi debu yang berhamburan."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Pada hari kiamat kelak akan dihadapkan dunia ini berupa wanita tua yang kembung perutnya, tampak gigi siungnya, buruk rupanya, tiada seorang yang melihatnya melainkan membencinya, maka ia melihat orang-orang lalu orang-orang itu ditanya: "Apakah kamu kenal pada ini?" Jawab mereka: "Naudzu billah, jangan sampai kenal padanya." Lalu diberitahu bahawa itulah dunia yang dahulu kamu berebut, berbangga dan berperang kerananya." Dilain raiwayat: Kemudian diperintahkan supaya dilemparkan kedalam neraka, lalu ia bertanya: "Dimanakah pengikutku dan sahabat-sahabatku?" Maka ikut semuanya.

Abul Laits berkata: "Sebenarnya dunia ini tidak berdosa dan tidak ada siksa baginya, tetapi sengaja dilempar kedalam neraka untuk menunjukkan kehinaannya disisi Allah s.w.t., sebagaimana berhala-berhala yang dimasukkan kedalam neraka, sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): 
(إِنَّڪُمۡ وَمَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنتُمۡ لَهَا وَٲرِدُونَ (٩٨ 

(Yang bermaksud): "Sesungguhnya kamu dan semua yang kamu sembah selain Allah itu akan menjadi batu bara neraka jahannam, kamu pasti akan masuk kedalamnya." (Surah Al-Anbiya ayat 98) Maka seharusnya seorang mukmin beramal untuk akhirat dan tidak melulu sibuk dunia kecuali apa yang menjadi kepentingan yang lazim dan utama tanpa menggantungkan hati dan fikiran padanya."

Nabi Isa bin Maryam a.s berkata: "Sungguh ajaib keadaanmu itu, kamu giat bekerja untuk mendapat dunia yang pasti akan tiba padamu, tetapi tidak pasti giat beramal untuk akhirat, padahal akhirat itu tidak dapat dicapai tanpa amal."


Abu Ubaidah Al-asadi berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang meresap dalam hatinya cinta dunia maka terikat hatinya dengan tiga iaitu:
  • Kesibukan yang tidak akan terlepas kesukarannya
  • Angan-angan yang tidak ada hujung puncaknya
  • Kerakusan yang tidak dapat mencapai kekayaan atau kecukupannya
Sedang dunia dan akhirat sama-sama kejar mengejar, maka siapa yang mengejar akhirat dikejar oleh dunia sehingga menerima cukup daripadanya rezekinya dan siapa yang mengejar dunia dikejar akhirat sehingga tiba matinya yang mencekiknya dengan tiba-tiba dan mendadak."

Ibrahim bin Yusuf dari Kinanah berkata: "Abu Hazim berkata: "Saya dapatkan dunia ini dua macam iaitu:
  • Sesuatu yang untukku tidak akan terlepas daripadaku
  • Sesuatu yang untuk orang lain maka tidak akan dapat saya kejar dan
  • Allah s.w.t telah menolak lain orang hakku sebagaimana menolak hak lain orang daripadaku 
Maka didalam bahagian yang mana saya harus menghabiskan umurku? Juga saya dapatkan apa yang telah diberikan kepadaku dari dunia ini dua macam iaitu:
  • Yang satu akan terlepas daripadaku sebelum ajalku, maka saya tidak berdaya untuk mempertahankannya dan yang satu lagi
  • akan tetap ada padaku sehingga matiku sehingga saya tinggalkan kepada orang lain.
Maka didalam yang mana saya harus melanggar Tuhan untuk mendapatkannya?"

Al-A'masy dari Sufyan dari guru-gurunya berkata: "Sa'ad bin Abi Waqqash r.a. masuk ketempat Salman Alfarisi sedang sakit, maka menangislah Salman. Ditanya oleh Sa'ad: "Mengapa engkau menangis, hai Abu Abdillah? Rasulullah s.a.w. ketika meninggal ridho kepadamu." Jawabnya: "Saya tidak menangis kerana takut mati atau kerana rakus kepada dunia, tetapi Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada kami: "Hendaklah membawa bekal salah satu kamu dari dunia ini seperti bekal orang berpergian. Sedang dikelilingku ini macam-macam, padahal yang ada hanya bejana, ember, panci dan tempat berwuduk." Sa'ad berkata: "Hai Abu Abdillah, berpesanlah kepada kami untuk kami pergunakan sepeninggalanmu." Berkata Salman: "Hai Sa'ad, berdzikirlah (ingatlah) kepada Allah s.w.t. ketika akan mengerjakan sesuatu dan ketika menghukum dan ketika melaksanakan apa yang telah engkau putuskan dengan sumpahmu."

Juwaibir dari Adhdhahhaak berkata Nabi Muhammad s.a.w. ditanya: "Ya, Rasulullah, siapakah yang amat zahid?" Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang tidak lupa kubur dan kerosakan dan meninggalkan kelebihan dari perhiasan dunia, dan mengutamakan yang kekal daripada yang sementara dan rosak, dan tidak menghitung-hitung harinya dan menganggap dirinya dari golongan orang yang mati."
Seorang cendikiawan berkata: "Kami mencari empat macam tetapi keliru jalan iaitu:
  • Kami kira kekayaan itu dalam banyaknya harta, tiba-tiba dalam qana'ah (teriman)
  • Kami kira istirehat itu dalam banyak tiba-tiba dalam sedikit (ertinya bertambah banyak bertambah sibuk dan tidak dapat beristirehat)
  • Kami kira kehormatan itu dalam bentuk lahir tiba-tiba dalam taqwa
  • Kami kira nikmat itu dalam makan minum tiba-tiba dalam tertutupnya aib dan dosa dan Islam (ertinya jika Allah s.w.t.menutupi kesalahan dosa kita, maka itulah nikmatnya)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang pada pagi harinya menjadikan dunia ini kepentingannya yang utama maka Allah s.w.t. akan melazimkan dalam hatinya tiga macam iaitu:
  • Kerisauan yang tidak terputus-putus untuk selamanya
  • Kesibukan yang tidak ada istirehatnya untuk selamanya
  • Rasa kefakiran yang tidak ada ujungnya sama sekali untuk selamanya
Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Tiada seorangpun pada tiap hari melainkan ia sebagai tamu dan hartanya sebagai pinjaman, tamu harus segera berangkat meninggalkan tempat sedang pinjaman harus segera dikembalikan."

Alfudhail bin Iyaadh berkata: "Kejahatan itu semua dikumpulkan dalam sebuah rumah sedang kuncinya ialah cinta kepada dunia dan kebaikan itu juga dikumpulkan dalam rumah dan kuncinya ialah zuhud (tidak tamak rakus) pada dunia."

Tsabit dari Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Yyafrahu abdiyal mu'min idza bashathtu lahu syai'a minad dunia, wa dzalika ab'adu lahu minni, wayahzanu idzaqartartu alaihid dunia wa dzalika aqrabu lahu minni." (Yang bermaksud): "HambaKu yang mukmin merasa gembira jika Aku luaskan sedikit daripada dunia, padahal yang demikian itu bererti jauh daripadaKu  dan susah jika Aku seretkan padanya dunia, padahal yang demikian itu lebih mendekatkan ia kepadaKu ."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. membacakan ayat (Yang berbunyi):                                                                                                                  
 (أَيَحۡسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِۦ مِن مَّالٍ۬ وَبَنِينَ (٥٥) نُسَارِعُ لَهُمۡ فِى ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ بَل لَّا يَشۡعُرُونَ (٥٦
(Yang berbunyi): "Apakah mereka mengira bahawa apa yang Kami berikan berupa harta dan anak-anak itu, Kami menyegerakan untuk mereka semua kebaikan tetapi mereka tidak merasa (tidak mengetahui)." (Surah Al-mukminun ayat 55-56) Tidak merasa atau tidak mengetahui bahawa itu ujian bagi mereka bagaimana mereka mempergunakan pemberian Allah s.w.t. itu.

Anas bin Malik berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar dan memegang tangan Abu Dzar, lalu berkata: "Hai Abu Dzar, sesungguhnya dihadapanmu ada bukit penghalang yang sukar didaki, tidak dapat mendaki kecuali orang-orang yang ringan bawaannya." Abu Dzar bertanya: "Ya Rasulullah, saya ini termasuk yang ringan atau yang berat?" Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah engkau mempunyai makan untuk hari ini?" Jawabnya: "Ya." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah mempunyai makan untuk besok pagi?" Jawabnya: "Ya." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah mempunyai makan untuk lusa?" Jawab Abu Dzar: "Tidak." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan engkau mempunyai makanan untuk lusa (untuk tiga hari) nescaya engkau termasuk orang-orang yang berat."

Ahad, 27 November 2011

HIJRAH - SANGGUPKAH KITA MENEMPUH JALAN ITU?





Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Maal Hijrah  merupakan salah satu peristiwa besar di dalam sejarah Islam. Namun sejauh manakah kita menghayati peristiwa yang besar ini dan terapkan di dalam kehidupan kita seharian?


Ada dua keadaan yang perlu diperhatikan ke atas peristiwa Hijrah ini yang melibatkan golongan Muhajirin dan Ansar.


Yang pertama
Berhijrah dari atau meninggalkan suatu keadaan dan tempat ke arah suatu keadaan dan tempat yang lain dan lebih baik. Itulah tindakan yang dilakukan oleh orang-orang Muhajirin


Yang Kedua:
Kekal diam dan menunggu di suatu tempat serta sanggup memberi kepada orang lain dan menerima orang yang datang berhajat. Itulah tindakan yang dilakukan oleh orang-orang Ansar.


Perhatikanlah wahai saudaraku! Perhatikanlah apa yang telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu dari kalangan Muhajirin dan Ansar! Kedua-duanya menempuh jalan sukar demi keredhaan Allah dan Rasul-Nya




Atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta



Tauladan yang boleh kita pelajari dari golongan Muhajirin dan Ansar

Mereka golongan Muhajirin sanggup meninggalkan Mekah dan kaum kerabat serta segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut nabi demi menyelamatkan iman dan akidah mereka. Golongan Muhajirin ini sudah tentu sedar bahawa kebaikan berhijrah lebih baik buat mereka berbanding duduk kekal di Mekah yang penuh penentangan orang-orang kafir Quraish. Mereka sudah tentu tidak akan berhijrah jika mereka tidak meyakini  janji Allah dan Rasul-Nya.

Manakala orang-orang Ansar adalah orang yang menetap di Madinah dan sanggup menerima kedatangan orang-orang Muhajirin. Kebaikan yang dibuat oleh orang-orang Ansar mendapat pujian daripada Allah dan Rasul-Nya seperti yang dirakam di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi seperti berikut : 

dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya. SURAH AL-HASYR - AYAT 9

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, danorang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan Pembela antara satu Dengan Yang lain. dan orang-orang Yang beriman Yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu Dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum Yang ada perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha melihat akan apa Yang kamu lakukan. SURAH AL-ANFAL - AYAT KE 72

dan orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia Yang mulia. SURAH AL-ANFAL - AYAT KE 74
dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar. SURAH AL-TAWBAH - AYAT 100
Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar Yang mengikutnya (berjuang) Dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; Sesungguhnya Allah amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka. SURAH AL-TAUBAH - AYAT KE 117


Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan menyambut seorang pengantin. Maka Nabi s.a.w berdirimemberi penghormatan dan bersabda: Ya Allah, mereka adalah orang yang aku cintai. (Nabi mengulangnya sebanyak tiga kali. Iaitu Kaum Ansar.(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam r.a katanya: Rasulullah s.a.w berdoa: Wahai tuhanku! Ampunilah Orang-orang Ansar, anak-anak Ansar dan keturunan Ansar

Diriwayatkan daripada Abu Usaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik kabilah Ansar ialah Bani Najjar, selepas itu Bani Abdul Asyhal, selepas itu Bani al-Haris bin Khazraj, selepas itu Bani Saidah. Sementara itu, pada setiap kabilah Ansar ada kebaikan. Saad berkata: Setahu aku, Rasulullah s.a.w mengutamakan kami. Ada yang berkata: Baginda s.a.w mengutamakan kamu dari kaum lain. 
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Realiti kita Pada hari ini berbeza dengan orang-orang Muhajirin dan Ansar

Kita mungkin pernah terfikir dan berasakan bahawa melepaskan sesuatu atau meninggalkan sesuatu itu mungkin akan merubah dan menjadikan diri kita lebih baik. Contoh yang mudah adalah merokok. Ramai yang sedar akan bahaya merokok kepada kesihatan diri dan orang lain. Namun untuk membuang tabiat dan ketagihan itu seperti amat sukar sekali. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan namun ianya ibarat seperti mencurahkan air ke daun keladi.

Buktinya, jumlah perokok semakin meningkat pada setiap tahun dan dianggarkan lebih kurang 10,000 orang telah berhijrah ke alam kubur kerana wabak rokok pada setiap tahun. 



Bagi perokok yang beragama Islam, pada bulan puasa mereka mampu menahan diri daripada merokok disiang hari tetapi sayangnya kembali merokok selepas berbuka puasa. Bagi yang lebih berjaya sedikit, disepanjang bulan Ramadhan langsung tidak menyentuh rokok tetapi sayangnya sebaik sahaja Syawal menjelma, rokok itu hampir sama kedudukannya dengan kuih raya dan ketupat rendang. Mungkin pengaruh dan bisikan Jin kepada perokok itu amat kuat sekali dan pada setiap hari mendesak dan merayu kepada tuannya supaya diberikan "makanan". 

Jika tidak merokok, maka sudah pasti badan dan fikiran pun berasa tidak kena dan tidak selesa. Mula berasa gelisah dan gelisah itu tidak mententeramkan dan menyusahkan. Maka kita pun akan terus merokok dan merokok kerana kita tidak sanggup berasa susah sedikit untuk membuang ketagihan. Padahal kita pada mulanya lebih senang tanpa rokok. Pelik bin ajaib, hari ini kita sanggup bersusah payah mengadaikan wang dan kesihatan demi  sedikit kelazatan batil yang datang dari racun yang bernama rokok.  

Bagi sesetengah keluarga yang baru menimang cahaya mata, mereka sudah tentu memikirkan soal menjaga dan mengasuh anak. Setiap ibu pasti mempunyai naluri untuk menjaga dan mengasuh anaknya dengan tanganya sendiri. Tetapi soalnya apakah mampu menyara keluarga jika si ibu berhenti bekerja dan hanya ayahnya sahaja yang bekerja? Tepuk dada tanyalah poket!

Sebenarnya kebanyakkan kita mampu untuk menyara keluarga jika hanya si bapa sahaja yang bekerja. Soalnya bukan masalah wang semata. Soalnya ialah apakah kita mampu mengubah cara kita berbelanja dan cara hidup kita. Jika dahulu masa kita bujang kita selalu sibuk dengan barang-barang yang berjenama dan agak mewah, dengan pakaian, kasut dan aksesori badan yang  mahal. Dan kalau boleh kita mahu kekalkan keadaan itu sampailah kita sudah berumah tangga dan beranak pinak. Kalau dulu masa bercinta boleh selalu makan kat McDonalds, KFC, dan Pizza Hut maka selepas kahwin pun mesti mahu benda yang sama kalau boleh setiap hari.

Percaya atau tidak, kebanyakkan kita agak sukar untuk 'downgrade' gaya hidup kita. Kita bimbang jika kawan-kawan kita atau jiran kita menganggap kita sudah jatuh miskin. Kita tidak sanggup untuk berhijrah meninggalkan sesuatu yang kita anggap dan rasakan sebagai suatu kemewahan. Kita tidak sanggup untuk berasa sedikit kekurangan. Kalau boleh kita ingin sentiasa berasakan diri kita ini mempunyai kelebihan berbanding orang lain atau paling kurang setara dengan orang lain yang kita anggap sebagai mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Maka hari ini kita lihat ramai orang yang sentiasa sibuk memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan pendapatan yang lebih supaya  dapat mengekalkan gaya hidup mewah. Kalau boleh mahu lebih kaya lagi supaya kita menjadi lebih istimewa dan berbeza berbanding kebanyakkan orang. Kita mahu menjadi pada kedudukan yang paling atas di dalam piramid sosial.


Dan kerana mahu hidup mewah, maka dengan senang dan mudah kita akan ditipu dua kali. Pertama kita tertipu dengan permainan duniawi dan syaitan. Kedua, kita mungkin tertipu dengan manusia yang menjanjikan pelbagai skim yang kononnya boleh membuatkan kita menjadi kaya seperti skim MLM tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.


Kebanyakkan kita juga gagal mengikut tauladan orang-orang Ansar yang banyak memberi kepada orang Muhajirin. Orang-orang Ansar berkasih sayang dengan orang-orang Muhajirin dengan cara berkongsi harta. Malah ada yang sanggup mencerai isteri poligami untuk dikahwinkan kepada orang-orang muhajirin. Sesungguhnya orang-orang Ansar ini memang amat disayangi oleh Rasulullah kerana sikap mereka yang amat pemurah kepada orang-orang Muhajirin. 


Hari ini jika ada pengemis yang menghampiri kepada kita pun kita akan bersangka buruk dan buat acuh tidak acuh sahaja. Ramai dikalangan kita beranggapan bahawa golongan ini adalah pemalas, penipu ataupun dihantar oleh sindiket peminta sedekah. Mungkin ramai yang tidak tahu akan sabda nabi kepada sahabatnya Abu DZar yang menyatakan bahawa sedekah itu ajaib dengan ditegaskan sebanyak tiga kali! Nabi juga berpesan supaya bersegera sedekah kerana bala tidak akan melangkah sedekah dan dengan sedekah juga akan mengubati penyakit yang dihidapi. Sesungguhnya sedekah itu lebih baik daripada ubat dan skim insuran atau takaful.
Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila hubungan kekeluargaan dan silaturahim terputus kerana mengejar dunia. 


Dahulu kita sering mendengar nasib ibu-bapa yang dihantar ke rumah orang-orang tua kerana anak-anak tidak sanggup menjaga mereka. Hari ini keadaan semakin parah apabila kita lihat ada ibu bapa yang mengambil langkah menyaman anak-anak mereka kerana sikap anak yang tidak bertanggungjawab dan kurang ajar serta tidak mengenang budi.


http://www.bharian.com.my/articles/BapasamantigaanakRM2juta/Article






Ada juga kisah seorang yang bergaji besar RM 4500 sebulan tetapi tidak mampu bersedekah kepada ibu bapa kerana kononnya menangung hutang bank, sara hidup dan insurans pendidikan anak sehingga akhirnya kedua orang tuanya menyaman anak mereka kerana telah mungkir janji setelah harta orang tuanya ditukar nama kepada anak mereka. (Rujuk sini untuk info.) Macam mana nak mampu kalau kita asyik fikir bagaimana untuk menghabiskan pendapatan untuk menyenangkan diri sendiri sahaja sehingga melupakan keberkatan dengan bersedekah kepada kedua ibu bapa. Sesungguhnya ini merupakan salah satu tanda semakin hampirnya hari kiamat.


Kesimpulannya


Saya mengajak diri saya sendiri dan tuan/puan untuk memerhatikan perkara ini dengan berat agar kita saling berkasih sayang antara satu sama lain seperti yang telah ditunjukkan oleh orang-orang Muhajirin dan Ansar.


Kita tidak akan berjaya berhijrah jika kita tidak sanggup untuk meninggalkan kelazatan dunia yang sementara dan penuh tipu daya. Kita juga tidak akan berjaya behijrah jika kita tidak sanggup untuk bersusah payah demi memberikan kesenangan kepada orang lain.


Oleh itu marilah kita sama-sama merenung amalan kita dan mengurangkan kecenderungan ke arah duniawi semata-mata. Marilah kita sama-sama mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri terutamanya orang-orang yang terdekat dengan kita bermula daripada ibu-bapa, jiran tetangga, kaum kerabat dan sahabat handai. Dan jika ada yang datang meminta, sebaiknya tunaikanlah hajatnya. Jika ingin menolak sekalipun tolaklah ia dengan manis dan bersopan santun.


Akhir kata, selamat menyambut Tahun Hijrah 1433 /2011 Masehi.



Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan.


Solawat!