Rabu, 16 Februari 2011

Pelabur, Strategi dan Persatuan

1. Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM) adalah sebuah persatuan pemikir dan bertindak yang memperjuangkan kepentingan-kepentingan Melayu yang strategik terutamanya pada bidang ekonomi dan pendidikan melalui pemilikan aset-aset dan alat-alat yang strategik serta melalui kaedah-kaedah yang sah. Perkara ini ada dinyatakan dengan jelas di dalam matlamat penubuhan PPSMM.

2. Perkataan pelabur jika diterjemahkan secara langsung bermaksud seseorang yang mempunyai sumber kewangan dan menggunakannya bagi mencapai sesuatu yang diinginkan pada masa depan. Keinginan yang hendak dicapai boleh sahaja berbentuk kewangan dan material mahupun kepuasan hati. Namun istilah pelabur yang ingin digunakan disini bukanlah semata-mata merujuk kepada keupayaan dari segi wang dan harta benda. Yang paling penting sekali adalah ilmu dan pengetahuan yang boleh menjadi daya penggerak kepada segala cita-cita yang diinginkan. Asalkan seseorang itu mempunyai ilmu dan kemahuan yang cenderung ke arah kebaikan dan ingin mendapatkan keredhaan Allah, maka si dia adalah seorang pelabur yang bakal menuai hasil di dunia dan akhirat bukan untuk dirinya sahaja, bahkan untuk generasi yang akan mewarisinya.

3. Kata strategi atau strategy dalam bahasa Inggeris berasal daripada bahasa Greek  Kuno iaitu  stratos (bermaksud tentera) +  ago (bermaksud memimpin). Daripada dua kata itu  terbinalah kata  strategos yang bermaksud pemimpin atau pemerintah ketumbukan tentera. Daripada kata  strategos terbina  pula  kata strategia yang bermaksud jawatan jeneral atau kepemimpinan  jeneral (en.wiktionary.org/wiki/strategy). Konsep awal strategi yang digunakan tentera merujuk peranan utama yang dimainkan seseorang jeneral yang memerintah  bala tenteranya. Peranan utama  jeneral tentera, antara lain, ialah menyusunkan dan mengendali bala tentera dan kelengkapan  atau logistik peperangan untuk menewaskan tentera musuh.
Harvard Business Essentials (2005) menyimpulkan bahawa strategi ialah suatu pelan atau cara  untuk mencapai sesuatu. Pelan dirancangkan supaya tercipta kelebihan daya saing (competitive advantage) sesebuah organisasi berbanding dengan pesaingnya. Kelebihan daya saing dapat dimiliki jika tindakan atau proses pembedaan (differentiation) dilaksana. Ia juga menjelaskan bahawa strategi ialah  proses berfikir yang dilaksana oleh seseorang atau sekumpulan orang (lazimnya pemilik atau kepemimpinan organisasi) yang mencuba memahami dan mencari jawaban bagi pertanyaan-pertanyaan tentang  „what you do and what you don’t do,  „what you want to become, dan – yang paling penting  „focusing on how you plan to get there.  Pelan ini menggariskan sempadan di sekeliling skop hasrat sesebuah organisasi. Usul buku ini tentang konsep strategi menyamai pandangan yang dibuat lebih awal oleh Porter (1996) apabila beliau mengatakan bahawa strategi “...renders choices about what not to do as important as choices about what to do”

4. Strategik pula merujuk kepada alat-alat yang penting yang perlu dikuasai dan digunakan bagi melaksanakan strategi yang dirangka. Pengunaan alat yang tepat dan bersesuaian akan menentukan sama ada strategi yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan atau sebaliknya. Strategi yang dapat dilaksanakan dengan berkesan akan dapat memberikan hasil yang diinginkan dengan sepenuhnya pula.

5. Sebagai contoh, strategi untuk menang di medan perang ada banyak cara dan di antaranya ialah dengan cara perang gerila, iaitu dengan cara serang dan lari. Satu cara yang lain ialah dengan memusnahkan musuh dalam skala yang besar tetapi dengan cara sekali serangan. Jika memilih kaedah serangan gerilla sebagai strategi untuk menang, maka lokasi yang tersembunyi, terpencil dan mudah untuk meloloskan diri setelah menyerang musuh perlu dikuasai kerana dianggap sebagai lokasi yang strategik. Jika memilih untuk memusnahkan musuh dalam skala yang besar tetapi dengan cara sekali serangan, maka senjata nuklear atau sejata kimia atau senjata biologi merupakan alat @ senjata yang strategik yang perlu dimiliki.

6. Maka, sekiranya kita ingin melihat segala strategi yang kita rancang bagi mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan berjaya dilaksanakan, kita perlulah memiliki alat-alat atau menguasai pengetahuan-pengetahuan yang strategik. 

Bersambung.

Khamis, 3 Februari 2011

SEJARAH NUSANTARA BERUSIA 5000 TAHUN SEBELUM MASIHI

Megalithic Site Together With A Mass Grave Now Declared Sacred

Tengah duduk sibuk mencari maklumat mengenai sejarah Melayu dan aktiviti arkeologikal di Sumatera, tiba-tiba terjumpa satu kenyataan yang memeranjatkan. Satu tapak tinggalan sejarah berusia seawal 5000 TAHUN SEBELUM MASIHI telah ditemui di sebuah ladang kopi, Sumatera, 10 kilometer dari Pagar Alam. Klik sini

Apa yang menarik ialah terdapat artifak berbentuk seorang wanita menunggang gajah bersama dua orang anaknya.

Selain itu terdapat juga sebuah kubur yang mempunyai batu nisan bercorak batik yang dipercayai milik seorang raja. Klik sini dan sini.dan juga di sini serta di sini. Juga boleh baca langsung di bawah ini.



Megalithic site found in South Sumatra

The Jakarta Post, Jakarta | Tue, 01/18/2011 9:26 AM | Archipelago
A | A | A |
A prehistoric megalithic site with a mass grave was recently uncovered on a one-hectare plot of land in a South Sumatra village.
The site was found in a coffee plantation belonging to Thamrin, 62, a resident of Segayun Village in Gumay Ulu District, Lahat Regency.
“There is a grave stone carved with batik-like motifs 50 centimeters high and 15 centimeters wide,” Thamrin told Antara on Monday.
A small statue was also found around 30 meters away from the grave.
A researcher from Palembang Archeology Center, Kristantina Indriastuti, said it was a residential area from the prehistoric era, as indicated by the statue that predates the spread of Islam in Indonesia.
“The grave with the gravestone may have belonged to a king,” she said.