Jumaat, 11 November 2011

SISTEM YANG BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH RASULULLAH - Bahagian Satu


Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, 
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : ``Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. 

Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " 
Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi) 


Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.


Runtuhnya kapitalisme kerana asas idea pembinaan ekonominya yang rapuh. Subjek ekonomi yang diajarkan di Universiti seluruh dunia secara terang dan jelas berarus songsang dengan sunnah Rasulullah S.A.W.


Perhatikan! Subjek ekonomi yang diajarkan diseluruh dunia memegang kepada teori dan prinsip berikut : (sumber daripada wikipedia)

The economic problem is most simply explained by the question "how do we satisfy unlimited wants with limited resources?" The premise of the economic problem model is that human wants are constant and infinite due to constantly changing demands (often closely related to changing (demographics) of the population. However, resources in the world to satisfy human wants are always limited to the amount of natural or [human resources] available. The economic problem, and methods to curb it, revolve around the idea of choice in prioritizing which wants can be fulfilled.. and how do we know what to produce for economy.


While the basic needs of human survival are important in the function of the economy, human wants are the driving force which stimulates demand for goods and services. In order to curb the economic problem, economists must classify the nature and different wants of consumers, as well as prioritize wants and organize production TO SATISFY AS MANY WANTS AS POSSIBLE.


Ringkasan dan terjemahannya adalah begini:

Ahli ekonomi barat sentiasa berfikir bagaimanakah cara untuk kita memenuhi kehendak (baca:Nafsu) yang tidak terbatas dengan sumber yang terhad.
Hujah pertama: Keperluan dan kehendak manusia adalah sentiasa kekal dan tidak terbatas dan tidak pernah puas.  
Hujah kedua: Sumber yang ada untuk memenuhi kehendak manusia di bumi ini adalah terhad dan terbatas.
Persoalan Ekonomi: Yang mana satukah yang perlu dipenuhi dahulu dan diberi keutamaan? Bagaimanakah kita mengetahui tentang apakah yang perlu dihasilkan untuk ekonomi?

Ahli ekonomi barat menyedari bahawa perkara yang perlu dilakukan dan diutamakan adalah untuk menyediakan keperluan asas manusia secukupnya seperti makanan dan minuman, tempat tinggal, kesihatan dan kasih sayang. Tiada apa masalah dengan hal ini kerana ianya memang tuntutan fardhu kifayah.

Tetapi, ahli ekonomi barat belum berpuas hati jika hanya setakat memenuhi keperluan asas manusia sahaja. Kerana pada satu ketika nanti apabila keperluan manusia sudah dipenuhi, maka ekonomi akan menjadi satu keadaan yang stabil dan membosankan.Ada satu lagi perkara yang perlu diselesaikan, MEMENUHI KEHENDAK MANUSIA. Ya! dalam erti kata yang lain ialah MEMENUHI KEHENDAK NAFSU MANUSIA!

Siapakah yang mencadangkan teori ini? Orangnya adalah Adam Smith melalui karyanya pada 1776 dan dikenali sebagai An Inquiry Into Natures and Causes For Wealth For The Nations. Rujuk sini: http://www.indiastudychannel.com/resources/133733-Adam-Smith-his-theory-human-wants.aspx 

Adam Smith dianggap merupakan seorang tokoh akademik yang terlalu asyik dengan pengajian beliau dan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Apa yang agak memeranjatkan mengenai Adam Smith ini ialah beliau dikatakan seorang yang suka bercakap dengan diri sendiri dan semasa di zaman kanak-kanak beliau sering dilihat tersenyum kepada teman ghaibnya. Beliau juga pernah dilaporkan telah berada dalam keadaan tidak sedar dan berjalan dalam keadaan tidur disiang hari sejauh 24 kilometer di sebuah pekan. Sila rujuk pautan di SINI




Gambar Adam Smith di atas Checkered Floor?


Perhatikan hadis ini.


Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, 
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : ``Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. 

Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " 
Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi) 




Dan perhatkan sebahagian daripada teori ekonomi seperti berikut :


human wants are the driving force which stimulates demand for goods and services". 

Dan inilah yang telah disepakati oleh mereka (barat) bahawa kehendak dan nafsu manusia inilah yang menjadi daya pemacu yang menggalakan permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan. Dan dari sinilah orang-orang Eropah memulakan penjajahan mereka. Inilah salah satu punca Portugis menyerang Melaka kerana ingin menguasai perdagangan rempah yang mempunyai permintaan yang tinggi di Eropah.



Minat mereka untuk memenuhi nafsu ini sebenarnya bermula lebih awal. Sistem kewangan yang pada mula berasaskan emas telah digantikan dengan sistem wang kertas bagi memudahkan transaksi jual beli. Pada mulanya wang kertas merupakan token yang boleh ditebus semula kepada emas kerana nilai wang kertas itu merupakan satu sijil yang mewakili sejumlah emas yang disimpan oleh tukang emas (gold smith). Dengan itu, masalah membawa emas yang banyak terdedah kepada risiko rompakan dan tenggelam dilaut dapat di atasi seterusnya mempercepatkan proses jual beli. Tetapi akhirnya si Gold Smith entah macam mana telah mendapat akal memikirkan bagaimana membuat untung dengan hanya mengeluarkan wang kertas sahaja tanpa bersandarkan nilai emas dan menipu orang ramai. Perhatikan video di bawah :



Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.  (al-Baqarah, 275) 



Idea yang dibawa oleh Adam Smith ini merupakan satu faktor yang penting kepada revolusi perindustrian di Eropah. Revolusi industri yang berlaku di Eropah telah mempercepatkan lagi proses memenuhi nafsu manusia ini. Alat dan mesin berteknologi tinggi telah berjaya meningkatkan kadar pengeluaran dan pelbagai barangan dapat dicipta dengan menggunakan teknologi baru. Maka misi memenuhi kehendak dan nafsu manusia telah menjadi semakin hebat dan rakus. 





Dan misi ini masih berterusan sehingga ke saat tulisan ini dihasilkan, malah ia lebih menakjubkan lagi.

Tak percaya? Biar saya buktikan.
Pergi dan lihatlah di pasar raya seperti Tesco, Giant, Carefour & Mydin. Berapa banyak jenis makanan yang tersedia untuk dipilih oleh kita? Apakah kita memerlukan kesemua jenis makanan tersebut?

Lihat pula restoran makanan segera seperti McDonald, KFC A&W, Burger King dan lain-lain. Apakah makanan jenis ini benar-benar diperlukan oleh kita?

Lihatlah apa yang ada di dalam rumah kita. Buatlah senarai dan asingkan mengikut kategori sama ada barang itu keperluan atau kehendak semata-mata.

Dan mungkin ada diantara barang-barang makanan yang anda beli telah sampai kepada tarikh luputnya  dan tidak dimakan kerana terlampau banyak membeli dan menyimpannya terlalu lama.

Lihatlah keadaan semasa di bulan puasa. Pelbagai jenis juadah disediakan di bazar Ramadhan dan saya percaya kebanyakan kita membeli juadah pada waktu itu pasti ada makanan yang dibeli berlebihan dan akhirnya terpaksa dimasukkan ke tong sampah. Dan membazir itu amalan syaitan.


Anda perlukan bukti lagi?


Teknik Pemasaran dan Pengiklanan

Teknik pemasaran dan pengiklanan juga telah berperanan dan menyumbang kepada peningkatan kadar  daya memuaskan nafsu manusia. Cuba tonton video di bawah. Saya  akan berikan komen seterusnya.



Kreatif bukan? Ya, memang iklan ini kreatif. Adalah mustahil untuk menerangkan rasa sedap burger menerusi iklan di TV. Dengan menggunakan tema kasih sayang dalam keluarga dan perdamaian diantara dua orang adik beradik yang sering berebut dan bertelagah atas sesuatu, iklan ini telah berjaya menimbulkan satu persepsi baru kepada penontonnya. Kalau anda ingin berikan kegembiraan kepada anak-anak anda, maka bawalah mereka ke Mcdonalds. Di situ ada jalan penyelesaiannya. Di situ ada kasih sayang. Di situ ada kegembiraan. Lihat. Secara tidak sedar anda telah ditipu. Iklan ini secara tidak sedar telah menipu dan menawarkan kebahagian yang palsu, iaitu : Jika anda ingin anak-anak anda gembira dan keluarga anda bahagia, pergilah berkunjung ke McDonalds. Kamilah yang akan berikan anda kebahagian. AWAS! Dikhuatiri iklan ini boleh membawa kepada syirik. Syirik Moden! Kerana punca kebahagian di dalam keluarga sebenarnya datangnya dari Allah. Bukan dari ibu-bapa, anak-anak apatah lagi McDonalds!

Jom kita tonton lagi iklan McDonalds Versi Jepun

Apa kena mengena gadis seksi dengan burger McDonald? Melihat kepada trend fesyen muda-mudi Jepun yang overdoze memang tidak menghairankan.



Jom kita layan pula video ni. Ada subliminal mesej Mcdonalds pada rancangan Iron Chef Amerika


Perhatikanlah wahai saudaraku! Apakah ini semuanya terjadi secara kebetulan?



Kesimpulan

Kita tidak perlu berasa sangsi dan ragu lagi. Ekonomi hari ini sememangnya 180 darjah bertentangan dengan sunah Rasullulah.

Ekonomi hari ini digerakkan untuk memenuhi keperluan nafsu dan kehendak manusia yang tiada penghujungnya. Nafsu dan kehendak manusia merupakan nadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi. "human wants are the driving force which stimulates demand for goods and services". 

Perhatikanlah! Pelbagai penyakit sosial dan penyakit badan yang timbul hari berpunca daripada apa?

Pernahkan anda terasa bosan dan letih bekerja? Tidak menghairankan jika anda mengatakan YA! Kerana Apa? Kerana kita semua bekerja semata-mata untuk memenuhi nafsu kita sendiri! kita sudah tidak merdeka lagi! Kita menjadi hamba kepada hawa nafsu kita sendiri!

Setiap tahun kita dicanangkan di media mengenai pertumbuhan ekonomi. Kita selalu mendengar laporan oleh bank negara mengenai unjuran peratus pertumbuhan ekonomi sama ada mencapai sasaran atau tidak, menguncup atau berkembang. Kita sering tertanya, bilakah ekonomi akan berhenti berkembang dan berada dalam keadaan tetap? Tidak cukupkah dengan apa yang ada pada hari ini?

Memang benarlah bak kata pepatah orang Melayu : ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta, ikut nafsu lesu!


Cadangan


Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, 
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : ``Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. 

Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " 
Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi) 



Peperangan melawan nafsu merupakan jihad yang lebih besar daripada berperang seperti yang disabdakan oleh nabi

Maka  langkah pertama yang perlu diambil ialah : 

Setiap kita perlulah menahan nafsu dan menahan diri dari berkehendakkan kepada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan. Belilah mengikut keperluan sahaja dan bukannya mengikut kehendak. Duit yang lebih itu berilah sedekah kepada kaum kerabat dan dan fakir miskin. Jangan disimpan di Bank atau amanah saham dan ASB melainkan untuk keperluan bersara sahaja! (Pelik, kenapa tak boleh di simpan di dalam bank?) saya akan terangkan pada masa akan datang nanti. Insya Allah)

Langkah Kedua :

Kita perlu melancarkan perang ideologi ke atas idea-idea barat yang ternyata bertentangan 180 darjah dengan Sunnah Rasulullah. Penelitian secara kritis dan teliti perlu dilakukan ke atas semua subjek dan teori yang dicadangkan oleh barat seperti teori ekonomi yang diajarkan di seluruh universiti di dunia.

“Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. Ali Imran - Ayat 54


 “Perang adalah tipu daya” 
(Shahih Bukhari No. 3030, Shahih Muslim No. 1740).



Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Solawat!

bersambung.... InsyaAllah.

ZEITGEIST - BERMULANYA HARAPAN BARU

Selasa, 1 November 2011

Al-Quran di Tulis Menggunakan Darah

Mengejutkan! Bagaimana sesuatu yang suci boleh dicampurkan dengan yang kotor? 

Tetapi inilah yang telah berlaku. Saddam Hussien telah memerintahkah agar sebuah Al-Quran ditulis dengan menggunakan darahnya sendiri sebagai menunjukkan tanda kesyukuran!


Semasa beliau masih hidup, memang ada ulama yang tidak setuju tetapi tiada siapa pun yang berani lantang bersuara. Faham-faham je lah.. kan Saddam Hussein tu.. cari nahas la kalau membantah!

Tetapi selepas beliau dihukum gantung, telah terjadi dilema. Mahu hapuskankah atau dipertahankan? 

Baca seterusnya di bawah. 





BloggerMu.com - Sebuah surat kabar Inggris mengungkapkan kontroversi telah terjadi di Irak terkait salinan Al-Quran yang di tulis dengan darah Saddam Hussein. Selama dua tahun yang melelahkan di akhir 1990-an, Saddam Hussein duduk teratur dengan seorang perawat dan seorang kaligrafi Islam; dan mengambil sekitar 27 liter darahnya dan menggunakannya sebagai tinta untuk menuliskan Al Qur'an.

Namun sejak jatuhnya Baghdad, hampir delapan tahun yang lalu, hasil karya 'mengerikan' ini hilang dari pandangan - terkunci di balik tiga pintu berkubah. Dan Al-Quran ini adalah satu bagian dari warisan mantan tiran yang pemerintah Irak sekarang benar-benar tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan warisan 'berharga' tersebut.

Kubah di masjid besar di Baghdad tetap terkunci selama tiga tahun terakhir, menyimpan 114 surat dari kitab suci umat Islam yang tak terlihat - sementara mereka yang menjalankan pemerintahan Irak saat ini telah bersusah payah memproses sisa-sisa kebudayaan lainnya dari 30 tahun pemerintahan Saddam dan partai sosialis Ba'ath.

"Apa yang ada di sini adalah tak ternilai harganya, bernilai jutaan dolar," kata Syaikh Ahmad al-Samarrai, kepala pendanaaan anugrah Sunni, yang berdiri di dekat menara menjulang tinggi masjid barat Baghdad yang oleh Saddam dinamakan "Ibu dari Segala Perang". Di belakangnya terlihat mushaf Al Qur'an, yang ditulis dengan menggunakan darah Saddam sendiri.

Bahkan untuk sampai ke titik ini - langkah terakhir sebelum memasuki kubah terlarang - telah menjadi proses yang berbelit-belit. Di satu sisi pemerintah telah melakukan semua yang bisa untuk mencegah akses ke peninggalan Saddam. Rezim yang dipimpin Syiah sangat sensitif terhadap munculnya kembali setiap simbol yang mungkin mengangkat sisa-sisa peninggalan Ba'athist dan Saddam.

Dan kemudian ada kaum Sunni sendiri, yang takut adanya tekanan pemerintah jika mereka membuka pintu tempat menyimpan Al-Quran darah Saddam dan ketidaksetujuan jika mereka memperlakukan Al-Qur'an tersebut dengan tidak semestinya.

"Hal ini sebenarnya salah untuk melakukan apa yang dia lakukan, dengan menulis Al-Quran menggunakan darah," kata Syaikh Samarrai. "Ini adalah haram."

Meskipun demikian, Syaikh Sammarai mengatakan ia bertindak sebagai pelindung dokumen tersebut selama kekacauan yang menyusul adanya invasi pimpinan Amerika tahun 2003, menyembunyikan Al-Quran darah tersebut di rumahnya.

"Saya tahu Al-Quran ini akan banyak dicari dan kami membuat keputusan untuk melindunginya. Tetapi melihat ini sekarang menjadi tidak mudah. Ada tiga kunci dan tidak satupun dari mereka disimpan di satu tempat. Saya punya satu, kepala polisi di wilayah ini juga memiliki satu kunci dan kunci ketiga terdapat di Baghdad. Harus ada keputusan komite untuk membiarkan Anda masuk ke dalam ruangan penyimpanan Al-Quran darah ini."

Abbas Shakir Joody al-Baghdadi adalah kaligrafer yang ditugaskan untuk menuliskan Al-Qur'an dengan tinta darah Saddam. Dia duduk bersama dengan Saddam selama dua tahun setelah menerima panggilan telepon dari penguasa tiran tersebut. Saddam, pada saat itu, telah memutuskan untuk kembali memeluk agama Islam setelah anaknya sulung, Uday, selamat dari upaya pembunuhan. (Sumber: EraMuslim)



sumber :


http://en.wikipedia.org/wiki/Blood_Quran

http://islam.bloggermu.com/2010/12/al-quran-yang-ditulis-dengan-tinta.html

http://news.bbc.co.uk/2/hi/world/monitoring/media_reports/941490.stm

Jumaat, 28 Oktober 2011

NABI TERLALU BANYAK MEMBERI KEPADA UMAT DAN HANYA MEMINTA UMATNYA TUNAIKAN SATU PERKARA

Assalamualaikum Warahmatullah

Sesungguhnya kita memang telah diberikan pesanan oleh nabi supaya sentiasa hidup dengan penuh sifat memberi sesuatu yang bermanfaat buat diri orang lain tanpa mengharapkan sebarang timbal balas.

Rasulullah S.A.W (Jangan lupa untuk berselawat ke atas Baginda) sebagai kekasih Allah sudah tentu mempunyai darjat keikhlasan yang paling tinggi. Apabila kita menyatakan bahawa Rasulullah mempunyai keikhlasan yang paling tinggi, apakah Rasulullah memang benar tindak mengharapkan sebarang timbal balas dari umatnya? Perhatikan ayat Al - Quran di bawah.


“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah ke atasnya (tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu), kecuali (yang aku minta hanyalah) kasih sayang pada pertalian keluarga/kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu)”. Al-Syura (42) : 23





Jika kita menganggap bahawa orang yang ikhlas itu tidak mengharapkan sebarang timbal balas ke atas apa yang telah diberikan, jadi apakah Rasullah itu sendiri tidak Ikhlas? SALAH SAMA SEKALI JIKA KITA MENGATAKAN NABI TIDAK IKHLAS!
Jika Rasulullah benar-benar ikhlas dan tidak mengharapkan sesuatu pun selain daripada Allah, mengapa pula ayat di atas diturunkan?
Al-Quran memberitahu kita tentang perlunya ada pertalian yang erat dengan keluarga Nabi SAW dan mencontohi mereka kerana adanya jaminan kesucian dan istiqamah dalam keperibadian mereka. Apa yang dimaksudkan oleh al-Quran dalam perkara ini ialah kita akan mendapat ketenangan jiwa jika kita erat mengasihi ahl al-bayt dan iltizam dengan cara perjalanan mereka dengan mengambil agama dari jalan mereka, kerana jalan merekalah yang aman, yang dijamin ketahanan dan kelurusan mereka. Ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:
النُّجُوْمُ أَمَانٌ لأَهْلِ الأَرْضِ مِنَ الْغَرَقِ وَ أَهْلُ بَيْتِيْ أَمَانٌ لأُمَّتِيْ مِنَ الإِخْتِلاَفِ فَإِذَا خَالَفَتْهَا قَبِيْلَةٌ مِنَ الْعَرَبِ اِخْتَلَفُوْا فَصَارُوْا حِزْبَ إِبْلِيْسَ.
Maksudnya:
“Bintang-bintang mengamankan ahli bumi daripada tenggelam dan ahli keluargaku mengamankan umatku daripada perselisihan. Apabila satu kabilah dari bangsa Arab mengingkarinya (ahl al-bayt), maka akan berpecah-belahlah mereka (kabilah itu), dan jadilah mereka kumpulan Iblis.” (Riwayat al-Hakim: 4715)

Untuk selanjutnya, sila klik sini
dan sini

Rabu, 26 Oktober 2011

SURAT TERBUKA KEPADA MISTISFILES.BLOGSPOT.COM

Assalamualaikum Warahmatullah


Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mistisfiles kerana telah banyak menyumbangkan penulisan dan membincangkan kebanyakkan perkara yang berada diluar kotak terutamanya mengenai teori konspirasi dan sejarah rahsia orang-orang Melayu. Namun saya berasa kecewa apabila M.O mengumumkan untuk berhenti menulis pada artikelnya yang terakhir. Klik sini  http://mistisfiles.blogspot.com/2011/10/ucapan-dari-moderator-mf.html


Jadi, sebelum kamu M.O berhasrat untuk berhenti menulis dan menutup blog mistisfiles, maka dengarkan seruanku ini.....


Wahai M.O ! Apakah kamu sudah bosan menulis di Mistisfiles ni?


Apakah kamu sudah mahu berhenti daripada bersedekah? Kamu mengkhabarkan kepada kami mengenai ucapan baginda di dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”

Mungkin kamu terlupa bahawa nabi juga telah  bersabda :

Daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda telah bersabda: “Mana-mana penyeru kepada kesesatan lalu ia diikuti maka dia memperolehi dosa seperti dosa-dosa sekalian orang yang mengikutinya tanpa kurang sedikitpun daripada dosa-dosa mereka. Mana-mana penyeru kepada petunjuk lalu ia diikuti maka dia memperolehi pahala seperti pahala-pahala sekalian orang yang mengikutinya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala-pahala mereka"

Apakah kamu mahu berhenti daripada bersedekah wahai M.O?

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik sedekah ialah seseorang muslim itu mempelajari satu ilmu kemudian mengajarkannya kepada saudaranya yang muslim.

Apakah kamu mahu berhenti daripada bersedekah wahai M.O?

Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.”


Wahai M.O!
Kamu mengatakan bahawa para elit Luciferian yang mendominasi dunia material.Mereka memiliki bisnes bernilai bertrilion pound sterling,teknologi-teknologi canggih bertahap 'luar angkasa' dan pengaruh 'mindcontrol' yang kuat ke atas majoriti manusia.Jika ada orang yang berlagak di depan saya hanya kerana dia tauke kedai atau bekerja sebagai akauntan,saya hanya ketawa terbahak-bahak di depan manusia malang itu.Saya pernah bergaul dengan para elit Luciferian ini dan mereka memang 'humble'.Apakah sifat yang paling mereka agungkan?Ia adalah "The more you give, the more you have/get".Ini adalah prinsip dalam sains kehidupan yang diajarkan oleh New Age Religion,salah satu cabang dalam agama menyembah Iblis.

Jika mereka si penyembah Iblis berlumba-lumba untuk memberi, mengapa pula kamu mahu berhenti? Apakah kamu sudah bosan? Oh, ya! Kamu mahu berhenti kerana mahu fokus kepada ibadah,mahu dekatkan diri kepada Allah bukan? 

Tidakkah kamu mendengar bahawa nabi pernah bersabda:
"Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari" 


Dan...
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.” (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Wahai M.O!
Bersedekah itu wajib. Apakah sejak kamu mula menulis di Mistisfiles kamu tidak berniat untuk bersedekah? Atau kamu memang hendak cari popular? Jika kamu memang berniat untuk bersedekah, maka apakah pula alasan kamu untuk berhenti daripada terus memberi?

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya. (Hadis Riwayat: Imam Bukhari) 

Sememang aku sungguh gembira apabila kamu menyebutkan tentang ajaran Rasulullah (Solawat atas baginda) yang menyuruh untuk perbanyakkan sedekah! Aku memang telah memasang niat untuk mengkaji berkenaan bab memberi sedekah. Insya Allah, jika diberikan kesempatan aku juga akan menulis mengenai bab sedekah ini dan kaitkan dengan kehidupan moden zaman sekarang ini di mana kehidupan zaman moden ini telah membuat kebanyakkan kita dan saudara Islam yang lainnya berpaling 180 darjah daripada apa yang Rasulullah ajarkan supaya banyak memberi.


Aku juga seperti kamu wahai M.O. Masih mencari dan akan terus mencari! Dan aku mempunyai niat untuk menulis. Cuma masaku sekarang ini terbatas.
Wahai M.O! Aku menyeru kepada kamu, jika benar kamu orang yang ikhlas, beriman kepada Allah dan Rasul, maka janganlah  berehat dan berhenti menulis! Insya Allah, urusan kamu akan Allah permudahkan.


“Celakalah orang-orang Arab karena keburukan yang telah dekat. Hari ini, dinding Ya’juj dan Ma’juj telah dibuka seperti ini”, seraya beliau melingkarkan ibu jari dengan jari setelahnya.
Shahih Al-Bukhari (3347, 7136) dan Shahih Muslim (2880).]


Wahai M.O!
Dunia ini adalah penjara bagi orang-orang Mukmin. Ini bukan masanya untuk kita berehat. 1400 tahun dahulu nabi telah bimbang dan khabarkan bahawa Sesungguhnya Yakjuj Makjuj telah berjaya menembusi tembok Zulkarnain. Jadi, apakah kamu fikir bahawa kiamat itu masih lama lagi?

Allah berfirman di dalam surah At-Tariq
"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya

Jika kita benar-benar beriman kepada ayat-ayat Allah pada surah At-Tariq ini, Maka marilah kita semua ramai-ramai berdoa dan berkorban supaya kita menjadi “Alat” kepada Allah dan sebahagian daripada perancangan-Nya untuk membalas tipu daya orang-orang kafir, si penyembah Iblis laknatullah!!

Solawat!

Jumaat, 21 Oktober 2011

CELAKALAH ORANG-ORANG ARAB KERANA KEBURUKAN YANG TELAH DEKAT

“Celakalah orang-orang Arab karena keburukan yang telah dekat. Hari ini, dinding Ya’juj dan Ma’juj telah dibuka seperti ini”, seraya beliau melingkarkan ibu jari dengan jari setelahnya.
[ Shahih Al-Bukhari (3347, 7136) dan Shahih Muslim (2880).]



 

 1400 tahun yang lalu nabi telah khabarkan akan malangnya nasib bangsa arab. Petunjuk sudah jelas! Hari Itu semakin dekat!

Wahai saudara-saudara ku! Persiapkanlah diri kita dan berilah peringatan kepada keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dan muslim yang lainnya. Sesungguhnya petunjuk-petunjuk itu semakin jelas!


Siapakah mangsa yang seterusnya?!

Isnin, 3 Oktober 2011

Bersih & Berkorban

Ramadhan dan Syawal telah berlalu. Zulkaedah tiba dan Zulhijjah menanti.


Syukur diucapkan kerana telah diberi kesempatan membersihkan jiwa dengan 'Air Ramadhan' dan diberikan 'Pakaian Syawal' sebagai tanda kita telah kembali kepada fitrah kejadian kita : Bersih dan suci pada batinnya dan sekadar mencukupi keperluan zahirnya dan terdidik nafsunya supaya cenderung ke arah kebaikan.


Kini kita berada pada bulan Zulkaedah - bulan persediaan untuk menunaikan ibadah haji dan korban pada bulan berikutnya, Zulhijjah.


Akhir zaman ini manusia kebanyakkan bersifat tamak dan terlalu ingin bermewah-mewahan dan bersenang-senang. Sifat ini bukannya fitrah suci manusia melainkan semata-mata keinginan haiwani. Lihat sahaja budaya kepenggunaan atau consumerisme, pelbagai produk disajikan atas nama kemudahan dan bertujuan memudahkan tugas manusia, tetapi hakikatnya produk dikeluarkan bagi tujuan mencari untung semata dengan mengambil kesempatan ke atas nafsu serakah manusia..


Maka berlakulah persaingan dikalangan syarikat-syarikat pengeluar yang mengeluarkan barang sama dengan membuat sedikit ubahsuai dan penambahbaikan bagi membuktikan mereka lebih maju kehadapan berbanding pesaing mereka. Selepas itu berbondong-bondong orang ramai mendapatkan produk yang lebih maju dan terkini itu kononnya ia lebih memudahkan dan meningkatkan taraf hidup.


Hakikatnya telah berlaku banyak pembaziran dan merosakan bumi. Mereka telah menggunakan hasil bumi dengan boros demi mencari keuntungan yang sedikit. Lihat sahaja pencemaran disana sini. Mengapa perlu ada banyak syarikat yang bersaing pada hal mereka mengeluarkan produk yang sama?


Nanti ada orang yang berkata "Mana boleh macam tu! Kalau satu syarikat yang monopoli, nanti penggunalah yang akan dibuli. Syarikat boleh sesuka hati menaikkan harga barang."


Teori Demand & Supply menyatakan jika permintaan barangan di dalam sesuatu pasaran itu meningkat, maka kemungkinan harga barang tersebut juga akan meningkat disebabkan ramai orang memerlukan barang yang terhad. Kononnya ini membuktikan barang tersebut adalah sesuatu yang berharga. Ya betul, barang tersebut adalah sesuatu yang berharga bagi orang-orang yang sentiasa memenuhi nafsu syahwatnya sahaja dan bukannya bagi orang-orang yang sentiasa menahan diri dan mendidik nafsunya.


Bagi si pengeluar dan pembuat barang-barang pula, pertama sekali yang difikirkan adalah bagaimana cara membuat untung. Mereka sentiasa memikirkan cara bagaimana membuat keuntungan ke atas masyarakat disekelilingnya. Ditambah pula dengan teori strategi pemasaran yang telah bayak dibangunkan oleh tokoh-tokoh dibarat, maka tipu daya juga semakin bertambah kompleks dan sukar dimengerti (Fikirkan cara bagaimana skim cepat kaya dan MLM berfungsi). Cara lama yang paling biasa digunakan ialah dengan menyorokkan barangan dan menghadkan pengeluaran. Apabila barang terhad, orang ramai menjadi panik seperti penagih dadah. Kelihatan orang ramai terdesak. Zasssss.... harga dinaikkan. Tiada pilihan. Satu kosong. Kemenangan di pihak pengeluar dan kekalahan di pihak pengguna. Tapi cara ini mudah dikesan oleh orang ramai dan pihak berkuasa.  




Hak Cipta
Ilmu pada hari ini mulianya adalah pada kedudukan nombor dua. Yang paling mulia adalah wang. Sampaikan koleksi doa-doa kesukaan Rasullah yang mereka cetak untuk dijual kepada orang ramai tertulis "Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada ................. Sdn Bhd.". Untungnya mereka ini bukan sahaja mendapat pahala. Bahkan wang ringgit juga mereka perolehi setiap kali buku kecil berharga RM 5.90 di Semenanjung dan RM 8.90 di Sabah dan Sarawak ini diulang cetak. Kalau nak cerita pasal isu hak cipta ni memang panjang lebar. Ia merangkumi hampir keseluruhan ciptaan & teknologi yang dibangunkan oleh manusia. Ilmu yang diperolehi tidak diamalkan dengan niat yang murni dan suci melainkan terdapat keinginan untuk mendapatkan keuntungan yang sedikit di dunia.


Yang paling untung sekali adalah bank. Merekalah yang paling atas sekali di dalam rantaian makanan kewangan. Syarikat pengeluar dan pengguna sentiasa berada di bawah mereka. Mereka ini (bank) ibarat bookie bola yang mengatur perlawanan di antara pasukan pengeluar dengan pasukan pengguna. Modal mereka hanyalah wang, wang dan wang. Mereka membuat keuntungan kewangan dengan hanya bermodalkan kewangan. Sungguh mudah. Kata orang putih ' They make money out of thin air'. 


Begitulah kebanyakkan manusia pada hari ini. Di dalam kehidupan seharian mereka memberikan sesuatu yang sedikit kepada yang lain dengan harapan untuk memperolehi sesuatu yang lebih banyak daripada orang lain. Mereka ini lebih banyak mengambil berbanding memberi. Jika begini, bagaimanakah boleh diharapkan pengorbanan daripada mereka ini? Sanggupkan mereka berkorban? Hanya mereka yang benar-benar bersih jiwanya yang sanggup berkorban.


Bersambung nanti...insya Allah

Selasa, 2 Ogos 2011

DOA-DOA KESUKAAN NABI MUHAMMAD : DOA 1


Assalamualaikum Warahmatullah.

Ramadhan datang lagi. Marilah kita sama-sama meningkatkan amal-amal yang baik sempena kedatangan bulan yang diberkati ini. Semoga kita selalu diberi ilham dan petunjuk dalam jalan menuju kebaikan dan meninggalkan jalan keburukan dan kejahatan. Semoga dipermudahkan Allah.

Kali ini sahabat ingin berkongsi mengenai doa-doa kesukaan nabi Muhammad yang diambil dari sebuah buku kecil terbitan PTS Publication bertajuk "Doa Kesukaan Nabi Muhammad" di mana ianya diambil daripada susunan Imam Nawawi. Ini adalah petikan permulaan mengenai doa-doa kesukaan Rasullah. Insya Allah, semua doa-doa yang sahabat tahu akan dikongsikan disini sepanjang Bulan Ramadhan.

Abu Umamah melaporkan, katanya, "Nabi Muhammad berdoa dengan doa yang panjang sehingga kami tidak dapat menghafalnya. Maka kami berkata 'Wahai Utusan Allah, tuan berdoa sangat panjang, sehingga kami tidak dapat menghafal sedikit pun daripada doa itu.'
Lalu Rasullulah berkata : "Sukakah saudara jika saya berikan doa yang menghimpunkan semua doa itu? Bacalah :



-.اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِمَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّمَااسْتَعَاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ وَعَلَْيْكَ الْبَلاَغُ
وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله




Ya Allah, aku bermohon kepdaMu sebaik-baik yang diminta oleh Nabi Muhammad saw dan lindungi aku daripada apa yang Nabi Muhammad minta perlindungan daripadaMu, Engkaulah tempat meminta bantuan dan Engkaulah yang memberi kecukupan, dan tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”