Isnin, 9 November 2015

KHUTBAH PENGAMPUNAN OLEH: IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI A.S, WASHI DAN UTUSAN IMAM MAHDI A.S.



Untuk mereka yang pernah bersalah dan berdosa
Buat meraka yang pernah terkhilaf dan terlajak tingkah laku sebelum beriman
Dosa dosa kalian akan terampun sekalipun setinggi langit dan sebesar gunung. In Sha Allah

Perhatikanlah Khutbah Khalifah Allah Al Mahdi yang dijanjikan

KHUTBAH PENGAMPUNAN
OLEH: IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI A.S, WASHI DAN UTUSAN IMAM MAHDI A.S.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, selawat dan salamMu keatas Muhammad dan Keluarga Muhammad.

Dan orang-orang yang beriman yang beramal soleh dan beriman dalam apa yang telah diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah kebenaran daripada Tuhan mereka, Dia sembunyikan untuk mereka kesalahan mereka dan diselesaikan fikiran mereka. [Surah Muhammad 47:2]

Beginilah keadaan orang-orang yang beriman [dengan] Hujjah Allah. Mereka pada mulanya mempercayai ayat-ayat Allah dan beriman kepadaNya, kemudian mereka beramal dengannya dan beriman kepada Hujjah Allah keatas mereka, yang ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Maka mereka beroleh ganjaran dari Tuhan mereka berupa “yang disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka dan dan diselesaikan fikiran mereka.”

Sekarang mari kita bertanya pada diri kita sendiri, adakah kita beramal dengan firman-Nya, “disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka?”

 Saudaramu yang beriman digambarkan oleh Allah swt sebagai bersih dan suci.Allah tidak hanya memaafkan salah laku, bahkan Dia telah menghapuskannya: “Disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka,” menghapuskan bermaksud untuk melindungi dan menyembunyikan. Ya, Dia bukan sahaja telah memaafkan mereka, tetapi melindungi dan menyembunyikan kesalahan itu. Dan adakah anda tahu dari siapakah disembunyikan kesalahan itu?

 Dia sembunyikan kesalahan itu daripada malaikat-malaikat. Ya, dari daratan dan dari semua yang menyaksikan kesalahan atau dosa tersebut. Oleh itu, dosa itu tidak lagi wujud dan tidak lagi mempunyai kesan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Malaikat yang menulis kesalahan itu: Allah menjadikan dia lupa apa yang tulisnya. Ya, begitu juga daratan dan segala-galanya.

Orang yang jahil tentang kebenaran berkata bahawa perbuatan yang salah dan dosa-dosa itu diampunkan Allah, tetapi kesannya kekal. Dan mereka itu memberikan contoh bahawa jiwa itu adalah seperti sekeping kayu dan perbuatan salah itu seperti paku yang telah diketuk ke dalam kayu tersebut, dan mereka berkata walaupun paku tersebut telah ditarik keluar, kesannya akan tetap kekal. Jadi mereka melihat walaupun
kesalahan itu telah diampunkan, kesannya masih tertinggal. Inilah apa yang mereka katakan.

Saya katakan dan kebenaran yang saya katakan kepada kalian, bahawa kalian salah. Mengapa kalian bercakap tentang apa yang kalian tidak tahu? Mengapa kalian menutup pintu Kerajaan Malakut terhadap orang yang bertaubat? Yang mamakukan paku ke dalam kayu tersebut bukanlah Pencipta kayu yang mampu mengembalikannya kepada keadaan asalnya. Manakala Yang Mengampunkan perbuatan salah adalah Dia, Allah yang menciptakan ruh dan Dia mampu keatas segala-galanya. Dia mampu mengembalikan ruh sebagaimana asalnya.

Jika seorang hamba bertaubat kepada Allah, maka Allah menjadikan malaikat yang mencatat menjadi lupa apa yang mereka menulis, dan Dia menjadikan daratan di mana hamba tersebut melakukan kesalahan menjadi lupa apa yang ia saksikan. Dia mengangkat setiap jejak kesalahan dari jiwa hamba tersebut, iaitu hamba yang ikhlas dalam taubatnya. Ya, dia kembali sepertimana hari ibunya melahirkanya, fitrah suci. Tidak ada dosa. Tiada kesan. Tiada siapa yang ingat.

Ya, dengan rahmat Allah, Allah menjadikan hamba tersebut mengingati kesalahannya, bukan untuk berbicara tentangnya, kerana Allah juga tidak pernah cukup dengan demikian, tetapi untuk dia tidak akan kembali kepada kesalahan tersebut, dan supaya dia sentiasa merasakan kepedihan akibat ketidakpatuhan dengan kepatuhan, dan terus ditinggikan (martabatnya) dengan kepedihan tersebut.

Wahai orang-orang yang bertaubat, kalian hari ini adalah fitrah yang suci sepertimana hari ibu kalian melahirkan kalian. Tiada pintu dari pintu-pintu langit yang tertutup di hadapan kalian jika sekiranya anda ingin naik (ke kedudukan yang lebih tingg). Kalian ingin menjadi orang-orang yang dekat (muqarrabin), ya silakan kerana pintu itu terbuka untuk kalian, yang dibukakan oleh Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Allah mahukan kalian mendengar Dia swt supaya tinggalkan seruan syaitan. Jangan tertipu dengan perkataanya, "Siapakah anda? Apa anda akan jadi supaya anda menjadi orang-orang yang dekat?" Jangan diperbodohkan dengan perkataannya yang berkata kepada kalian, "Siapakah anda supaya anda boleh naik ke tahap yang lebih tinggi?"

Sekiranya kalian terpaksa berpaling kepadanya, maka katakanlah kepadanya, "Aku adalah hamba yang lemah, bersalah lagi miskin dan seorang hamba yang berdosa, tetapi Tuhanku Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang dan Pemurah, Dia telah membuka pintu buatku melalui anugerah pemberian-Nya.”

Beginilah keadaan orang yang beriman dengan Hujjah Allah “disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka.” Sekarang, kita tahu bagaimana Allah swt menyembunyikan salah laku mereka. Jadi, apakah kita telah memberi hak mereka? Adakah kita telah memberi mereka yang bersih lagi suci itu akan hak mereka? Bagaimana kita berurusan antara satu sama lain? Ya, setiap seorang daripada kita sepatutnya tahu bahawa saudaranya yang beriman adalah menyayangi Allah dan sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang beriman dan mencintai sesiapa jua yang mencintai mereka.

Cukupkah bagi kalian mengetahui bahawa dia adalah suci dan bahawa sesungguhnya Allah menyembunyikan kesalahanya supaya kalian mengasihi dia. Cukuplah bahawa sesungguhnya Allah menyintai dia supaya kalian menyintai dia. Cukuplah bahawa para nabi dan pewaris nabi (awsiya) menyintai dia itu supaya kalian cinta kepadanya. Cukuplah bahawa malaikat cinta kepadanya supaya kalian menyintainya. Cukuplah (bagi mereka) bahawa Allah tidak redha bahawa kalian menyakiti orang yang beriman itu dengan perkataan, supaya kalian mengelakkan diri dari menyakiti mereka. Cukuplah bagi kalian untuk mengetahui bahawa makhluk yang paling dikasihi oleh Allah adalah mereka yang cinta demi Allah [cinta sesama saudara yang beriman], supaya kalian bermula seperti baharu.

Wahai orang-orang berimana, yang disucikan oleh rasa cinta atau menjauhkan dari menyakiti saudara seiman kalian yang disucikan. Ya, ini adalah kewajipan kalian untuk pergi ke kedudukan yang lebih tinggi. Pintu-pintu tersebut adalah terbuka buat kalian, oleh itu janganlah kalian mengendahkan tipu daya Syaitan. Jangan sesekali mengabaikan kecintaan kepada orang-orang yang beriman atau menyakiti mereka, agar pintu yang telah dibuka untuk kalian tidak tertutup sekali lagi.

Kemudian adakah kita telah beramal dengan firman-Nya SWT, “Dan diselesaikan keadaan fikiran mereka.” Adakah kita gembira dengan rahmat keselamatan agama ini dan bai’ah yang benar?

“Katakanlah, di dalam rahmat Allah dan kasihNya, di dalamnya dibiarkan mereka bersuka ria, ia adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”(Al-Maidah:5).

Adakah kita berdukacita terhadap apa yang kita hindarkan diri dari perkara-perkara duniawi termasuklah kemenangan materialistik? Adakah kita pernah berasa gembira sekiranya kemenangan materialistik yang diperolehi itu dapat dicapai bersebabkan kehendak dan rahmat-Nya?

“Supaya kamu tidak berdukacita terhadap apa yang telah kamu dihindarkan darinya dan tidak berasa gembira terhadap apa yang Dia kurniakan keatas kamu. Dan Allah tidak suka orang yang sombong takabbur” (Al-Hadid: 57)

Jika beginilah keadaan kita, maka kita menjadi contoh terhadap “diselesaikan keadaan fikiran mereka”. Ya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka itu dengan redha akan penghakimanNya dan tunduk kepada arahanNya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan pengabdian kepada Dia swt. Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan beramal diantara kedua tangan HujjahNya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan keikhlasan kepada Dia SWT. Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan harapan dan ketakutan.

Terdapat orang-orang jahil yang barangkali membayangkan bahawa Dia swt menyelesaikan keadaan fikiran dengan pembaikan dunia mereka iaitu dengan urusan-urusan materialistik. Mereka berimaginasi bahawa Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan urusan-urusan dunia materialistik, kerana dunia ini adalah sejauhmana yang mereka boleh gapai dalam pengetahuan mereka. Sedangkan bagi mereka yang keadaan fikirannya telah diselesaikan oleh Dia swt, seluruh dunia ini adalah kejahilan melainkan posisi keilmuan, dan keseluruhan ilmu itu adalah hujjah kecuali apa yang diamalkan, dan keseluruhan amalan adalah riya’ kecuali amalan yang ikhlas, dan keikhlasan itu di dalam bahaya sehingga orang itu melihat apa yang dimeterai (kehidupan) untuknya.

Maka keadaan fikiran mereka disibukkan dengan Dia SWT. Adakah ada sesuatu yang lebih melegakan selain dari sebuah fikiran yang disibukkan dengan Allah? Ya, benar bagi mereka yang sebegini, maka Dia swt “telah selesaikan keadaan fikirannya.”.

Salam Sejahtera keatas kalian, wahai orang-orang beriman dan dirahmati Allah. KeberkatanNya, salamNya dan doaNya keatas mereka tabah dalam keadaan keadaan kesakitan dan kesusahan.

Salam keatas anda wahai Ansar Allah, yang berhak lagi benar. Mereka yang telah mengesahkan ikrar mereka kepada Allah, maka Allah telah mengesahkan ikrar mereka. Semoga Dia mengurniakan mereka kedudukan yang tinggi bersama para Nabi dan Rasul.

Salam keatas anda, yang menyeberang ke akhirat dalam keadaan selamat dan sejahtera, dan juga dalam perlindungan agama, yang Allah cintai dan dengan apa yang diredhai Allah. Saya memohon kepada Allah untuk syafaat anda dalam urusan kami dan mendoakan untuk kami insan lemah yang tinggal di dunia yang kotor lagi gelap gelita ini, agar laluan kami pada hari laluan kami dicatatkan adalah kepada cahaya yang telah anda seberangi.

Ya Allah, bantulah kami, dan gunalah kami untuk membantu agamaMu dengan kehendak dan rahmatMu, dan dengan limpah kurniaanMu.

Dengan Nama Allah Yang Pengasih lagi Maha Pengasih

”Apabila telah datang kemenangan dari Allah dan pembukaan. Dan engkau melihat manusia berbondong bondong memasuki agama Allah. Oleh itu, sucikan dengan memuji Penciptamu dan pohonlah keampunan dari-Nya.Sesungguhnya, Dia Maha Menerima Taubah.” (An-Nasr: 110)

Rabu, 22 Julai 2015

GEMPAR! APAKAH WASIAT BAGINDA RASULULLAH DI MALAM KEWAFATANNYA?

GEMPAR! APAKAH WASIAT BAGINDA RASULULLAH DI MALAM KEWAFATANNYA?







Diketahui dari ayat-ayat Quran al Karim, penulisan wasiat adalah wajib hukumnya. Di sini saya sertakan ayat-ayat tersebut:




كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ


Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)



Seterusnya:


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ شَهَٰدَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ حِينَ ٱلْوَصِيَّةِ ٱثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ أَوْ ءَاخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنتُمْ ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَأَصَٰبَتْكُم مُّصِيبَةُ ٱلْمَوْتِ


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. (Al Maidah: 106)



Maka atas sebab itu, Muhammad SAW sebagai seorang Rasul Allah, pendokong syariat yang teragung dan terbaik, sudah pastinya akan menuliskan wasiat apabila kedatangan ajal padanya. Jika tidak, sudah pasti baginda akan dituduh sebagai seorang yang tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan dirinya sendiri. Allah melindunginya dari sifat ini.


Bagi melaksanakan syariat ini, maka pada hari Khamis, beberapa hari sebelum kewafatan baginda, telah dipintakan kepada orang ramai pena dan kertas agar baginda dapat menulis wasiat yang dapat menyelamatkan umatnya dari kesesatan selama-lamanya selagi kita berpegang kepadanya. Namun baginda telah dihalang dari menulisnya oleh sekumpulan “sahabat” yang dikepalai oleh Umar al Khattab.


Ibnu Abbas menyebut peristiwa ini sebagai Tragedi Hari Khamis. InsyaAllah, kami akan sertakan beberapa riwayat tersebut.



Hadis Pertama


عن ابن عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم


Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah” kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]



Hadis Kedua


ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)


Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah SAW semakin berat, kemudian Beliau SAW bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah SAW bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]



Hadis Ketiga



عن ابن عباس قال لما اشتد بالنبي صلى الله عليه وسلم وجعه قال (اتئوني بكتاب أكتب لكم كتابا لا تضلوا من بعده). قال عمر إن النبي صلى الله عليه وسلم غلبه الوجع، وعندنا كتاب الله حسبنا. فاختلفوا وكثر اللغط، قال (قوموا عني، ولا ينبغي عندي التنازع). فخرج ابن عباس يقول: إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله عليه وسلم وبين كتابه


Dari Ibnu Abbas yang berkata ketika sakit Nabi SAW semakin parah, Beliau bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan tuliskan untuk kalian tulisan yang kalian tidak akan sesat setelahnya”. Umar berkata”Sesungguhnya Nabi SAW telah dikalahkan oleh sakitnya dan kita sudah memiliki Kitabullah dan cukuplah itu bagi kita. Lalu mereka berselisih dan terjadi keributan. Nabi SAW pun berkata”Menyingkirlah kalian dari-Ku, tidak sepantasnya terjadi perselisihan di hadapan-Ku”. Maka Ibnu Abbas berkata “Sesungguhnya bencana yang sebenar-benar bencana adalah penghalangan antara Rasulullah SAW dan penulisan wasiatnya” [Shahih Bukhari no 114]



Dari tiga hadis di atas, kita dapati bahawa Nabi SAW menyebut dengan jelas bahawa apa yang baginda akan tuliskan adalah perkara yang akan menghalang/menyelamatkan umat dari kesesatan selepas baginda. Dan Ibnu Abbas menyebut dan menangisi peristiwa ini sebagai satu bencana atau musibah.


Saya tidak mahu menggunakan riwayat ini untuk menganalisis tindakan Umar al Khattab. Bagi saya ia telah jelas lagi bersuluh dan saya tinggalkan ia untuk penilaian para pembaca. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya kepada saya adalah, di manakah wasiat al maut(wasiat ketika kematian) oleh baginda? Sudah tentu baginda tidak akan meninggalkan penulisannya hanya kerana baginda telah dihalangi oleh sekumpulan manusia jahil?


Kerana jika benar begitu, maka baginda telah bercanggahan dengan syariat, dan sudah tentu Allah melindungi baginda dari perkara itu, sedangkan apa yang baginda ingin tuliskan adalah sesuatu yang besar. Bukan perkara remeh.


Semoga kalian dapat fikirkan hal ini dan memberikan jawabannya.