ERAMAHDI.NET

Ahad, 15 Ogos 2010

Surah Al-Kahfi dan Fenomena Zaman




Assalamualaikum.

Syabas dah tahniah diucapkan kepada pengarang buku Imran Nazar Hosein di atas analisis dan kajian mengenai fenomena akhir zaman dan kaitannya dengan surah Al-Kahfi.


Bangsa Eropah Kristian (termasuk Amerika) merupakan bangsa yang paling dominan dan budaya yang di bawa mereka pada hari ini telah menyusup ke segenap lapisan masyarakat dunia. Agenda globalisasi adalah alat untuk mereka menyesatkan orang lain agar menyerap masuk menganuti fahaman sesat yang kini dipukul canang secara halus dan secara massa @global melalui pelbagai rangkaian organisai yang tersusun. Bermula dengan konsep kenegaraan, organisasi pekerjaan, media massa sehinggalah kepada peringkat yang lebih besar dalam kerjasama ekonomi seperti WTO.

Klik sini untuk muat turun dokumen berkaitan


Selain itu, daripada penulisan beliau juga boleh disimpulkan bahawa hampir semua tanda-tanda akhir zaman telah pun muncul termasuk kemunculan Yakjuj Makjuj.

Dakwaan Yakjuj Makjud telah muncul dan keluar adalah bersandarkan kepada bukti sejarah bangsa Eropah Kristian yang telah muncul sebagai kuasa penjajah yang akhirnya telah membantu kaum Yahudi Zionis kembali ke Jerusalam. Sila klik gambar di bawah untuk muat turun E-book berkenaan.

Tiada ulasan: