ERAMAHDI.NET

Khamis, 2 Disember 2010

Khidmat Macam Ni Pun Ada Ke? - Pasangan kekasih jadi perunding seks

Aduh! Perkhidmatan macam ni pun ada juga ya. Hmm, memang dunia dah nak kiamat. Agaknya ada tak orang kat Malaysia yang jadi macam ni?


Pasangan kekasih jadi perunding seks


GEOFF dan Sarah


LONDON - Sepasang kekasih, Geoff Daniels, 55, dan Sarah Moore, 39, menjadi perunding seks dengan memberikan khidmat nasihat selain melakukan hubungan seks dengan pelanggan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Geoff pernah meniduri 2,162 wanita termasuk 49 anak dara manakala Sarah pula telah melakukan seks bersama 3,323 orang lelaki termasuk 52 orang yang mendakwa masih teruna.

Mereka memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan lelaki dan wanita di kebanyakan negara seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia yang mengalami masalah dalam melakukan hubungan seks.

Kedua-duanya turut melakukan hubungan seks bersama pelanggan bagi meyakinkan mereka supaya lebih berkeyakinan dalam hubungan itu.

Sarah pernah tidur bersama seorang pesakit lelaki berusia 76 tahun yang dihantar oleh isterinya untuk meningkatkan ketahanan seksnya.

"Kami tidak dibayar sebarangan untuk memuaskan nafsu orang lain dan kami juga bukan pelacur," kata Sarah yang mengakui telah kehilangan dara pada usia 15 tahun.

Bagi menjamin kesihatan mereka, pasangan itu wajib menggunakan kondom semasa mereka melakukan hubungan seks.

Menurut Sarah, dia dan kekasihnya berasa bangga dengan pekerjaan itu dan tidak pernah berasa bersalah kerana tidur dengan orang lain.

Bayaran yang dikenakan pasangan itu untuk mendapatkan khidmat nasihat seks ialah antara £150 (RM737.37) hingga £300 (RM1,474) untuk satu pertemuan. - Agensi

2 ulasan:

Rosa berkata...

Very interesting! Truly low lying characters. Sex Crazy under the guise of THERAPY??

Selalunya orang bayar untuk mendapat seks..ini pula mereka dibayar untuk mendapat seks dan I'm sure mereka akan pilih siapa yang akan menjadi so called "client" mereka (tentu sekali memilih siapa yang menaikkan syawat mereka).....

Good luck to them and May they both end up with AIDS......

Fenomena Zaman berkata...

Sesetengah Mat Salleh ni memang gila pemikiranya. Lihat sahaja lah di Youtube dan Blog. Macam-macam ada